Followers

Monday, December 29, 2014

BANJIR - Tempahan di tutup

Assalamualaikum semua...

Adalah dimaklumkan saya menutup semua tempahan telekung buat masa ini.
Seperti yang saya maklumkan bahawa telekung2 ini dijahit oleh adik saya di Temerloh. Berikutan banjir besar di Temerloh.... saya pun tak pasti bila boleh siapkan tempahan. Tambahan pula air tengah naik... kalu berterusan, ada kemungkinan stok kain dan mesin jahit pun akan rosak. Pertama kali dalam sejarah hidup saya ni... air naik sampai rumah kami.

Pada yang dah bayar deposit untuk tempahan, saya akan email anda semua untuk refund deposit.

Harap kawan2 semua faham dengan situasi kami sekarang. Insyaallah kami akan buka kembali tempahan bila keadaan dah pulih seperti biasa.

Doakan famili saya dan saudara mara sahabat handai di Temerloh dipermudahkan urusan dan selamay semuanya.
Terima kasih
Wassalam

7 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    hari ini x berapa ada mood nak update
    mengenangkan rumah anum kena banjir

    ReplyDelete
  2. Sedihnya Mila... kakak rasa ramai yg business online terjejas dek kerana banjir ini Mila. Termasuk yg dah post tapi tergendala dan ada yg rosak kakak rasa sebab post office pun tenggelam banjir tak boleh nak elak dah...

    Moga semuanya kembali pulih..

    ReplyDelete
  3. Semoga banjir ni cepat surut.. semoga family kak mila selamat semuanya.. amin...

    ReplyDelete
  4. Semoga bertabah dan bersabar mila...takziah untuk semua mangsa banjir...pray for pantai timur

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, bertabahlah..semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan. InsyaAllah dikurniakan yang lebih baik dari-Nya Amiin

    ReplyDelete
  6. Awok.. kita pun tak boleh nak balik jenguk MIL. Tapi MIL kat sebertak, jalan nyer la yg tak berapa nak bagus nak balik. Apa pun, semoga terselit hikmah dalam segala kesulitan

    ReplyDelete
  7. Family kak Mila pekabo? Semoga banjir semakin surut dan segalanya dipermudahkan. Aminn...

    ReplyDelete

Love your comments...