Pengikut

Selasa, September 20, 2016

Pakej SPA & Urut Khas hihihi

Assalamualaikum...

Pagi Selasa yang tenang..
Cerita 2 minggu yang lepas..
alkisah cik protex ni ada masalah takleh nak rewind bobbin..
Macam kecik jer masalahnya kan, tapi kalau stok bobbin dah abih dan kena gulung dengan NV, boleh guna benang ketul kecik jer... abih ler acik niii

Mula2 nak panggil JP Doshi
Start msg Jack on Friday.. yer la.. paham jugakkan, diorg mesti bizi, so nak dapatkan jadual bila diorg boleh datang... NO ANSWER

Message lagi on Saturday... the eanswer "Isnin kita datang"
Macam mudah sangatkan, tapi "masa" nak datang tak de plak bgtau
Maka seharianlah makcik ni dok prepare if they come on Monday
Dah pukul 2 ptg, call lg si Jack ni, nak datang pukul berapa
Di jawabnya.. nanti kita confirm, nanti kita call balik
Sampai ke sudah tak call2
Saya pun message jer suruh datang Selasa

Selasa acik tunggulah dari pagi
Message kat Jack, katanya nanti dia check.. adoiiii
Sampai pukul 4 petang, acik dah hilang sabar
Terus cari2 nombor Simon ni, dan tanya dia boleh tak servis mesin protex
Wahhh senang berurusan dengan Simon ni, terus dia jawab "Boleh, kat mana and nak dia datang bila"

Disebabkan takut jugak kut tetiba si Doshi ni datang plak, saya pun minta Simon datang Rabu

Elok jer dah confirm dengan Simon, ada plak staff Doshi ni telefon, bagitau arini diorg tak dapat datang sebab technician pergi ke Taiping. Esok boleh datang before tghari...

Ek eleee...kalau dari semalam call me and bgtau kan ke bagus. Why taking soo long. Tak kisah sebenarnya tak dapat datang segera, sebab diorg pun mestilah dah ada jadual sendiri. Tapi ini sepi tanpa cerita...
sebenarnya few months back memang dah pernah call for service, tapi camni ler... nanti kita call balik yerrr... sampai sudah tak call

Rabu tu Simon datang servis mesin...
Wahhh impress betul... sebab before this bobbin tuh takleh nak auto off bila benang penuh. Means, kita kena potong benang, kalau terlepas pandang maunyer buang jer benang tuh.. melimpah ruah dari bobbin kuikui.. tapi si Simon ni dah adjust... bila penuh jer terus tendang.. OFF (Pernah tanya Doshi dulu2, tp katanya takleh buat camtuh)

Dulu mesin ni takleh nak jahit lycra or jersey.. even tukar tapak non-stick pun, hanya lycra tertentu jer yg ok.. Now dah adjust.. boleh jahit lycra dan jersey walaupun guna tapak biasa... fuh acikkk suka.. Alhamdulillah
Adalah few improvement yang Simon ni tolong adjustkan.. memang acik suko ati betoi lerr

Servis juga si penyanyi kat sebelah tuh... mesin jait tepi.. tukar cutter yang dah tumpul. Siap jumpa telur cicak lg huhu.. ini mesti kes acik lama tak menjahit bila ngandungkan Asfa arituh.. Sempat ekau wat projek kat situ yer cikcak oiii

 
Panjang kisah acik pagi ni kan...
Acik geram dengan si Doshi ni..
Tapi bila fikir2 balik.. setiap sesuatu yg terjadi tuh sebenarnya Allah dah aturkan dan Allah nak bagi yang terbaik untuk kita.. Nampak tak..
Allah jadikan Doshi ni wat hal.. Allah bukakan jalan untuk panggil orang lain, rupanya Allah nak bagi yang lebih baik
Seronok bila menjahit rasa mcm mesin baru kikiki
Alhamdulillah ala kulli hal
 
Pada yang nak servis mesin jahit.... kat sini acik share nombor yer...
Area mana dia cover tuh silalah tanya yerr
Sebenarnya dapat nombor ni dari blogger jugak... cik Melor
Dah lama simpan dan dah pernah call for servis, cuma ingatkan Simon ni boleh servis mesin Singer jer.. rupanya boleh servis mcm2 jenis mesin. Kalau mesin sulam tuh, part computer chips tuh jer kena hantar kat manufacturer... kalau takat bersihkan body n part lain pun dia boleh buat.

 Wassalam... till we meet again


Regards; mila

1 ulasan:

  1. Tu baru betul mesin jahit untuk meniaga ye Mila....hihi
    Betullah tu kalau tgh menjahit , mesin jahit pulak buat hal mmg tak senang hati dibuatnya tambah lagi ada tempahan pulak....

    Nasiblah abang Simon jadi penyelamat hihi

    BalasPadam

Love your comments...