Pengikut

Khamis, Mei 17, 2018

Umrah DIY : رمضان كريم (part 2)

Assalamualaikum...
Harini 1 Ramadhan.... di Malaysia dan juga di Mekah ni. Meriah benor terawih malam pertama.

Cuaca di sini cerah, tapi taklah sepanas yg saya pergi sebelum ni. Pepagi kalau duduk kat mataf tuh memang terasa sejuknya. Tambah plak Masjidilharam dah banyak tempat ber air-cond.

In a way... berekon bestlah kan, sejuk jer. Tapi jangan lupa yer hajah2 n haji2 semua.... pakej aircond + minum air zamzam.... maka kejadian kebocoran pundi kencing akan selalu berlaku 😆😆😆😆😆

Dah saya mengambil pengajaran juga dari apa yang berlaku.
Alkisahnya saya ni berhajat taknak balik selepas zohor, nak terus lajak ke asar. Tapi bila pakej kesejukan aircond, mula2 rasa nk membuang, balik jer ke bilik (nasib baik dekat je kan), then pergi balik... tetiba aiyoooo nak membuang lagi... dah tak lama nak asar plak... tak per tahan skit, tahan lagi dan lagi... ambik kooo... elok jer azan dah x larat nak tahan. maka berkejaran ker acik ni balik ke bilik 😂😂😂😂😂

Dah tak sempat nak balik ke masjid kan... itulah gunanya ada masjid kat hotel ni yg bersambung saf dengan masjid... alhamdulillah. Pengajaran buat diri sebenarnya... sebab first time tahu pasal.musolla ni dok terfikir.... elehhh kaabah dekat ajer, apa klass nak solat kat hotel kan... dahh tengok! Allah bagi cash. So moral of the storynya... apa2 kemudahan yg ada ucapkan Alhamdulillah. Kita tak tahu bila masanya kita perlukannya. Musolla kat hotel ramai jer yg solat, sampai 20 saf gitu di belah perempuan.Most org tua, berkerusi roda, ada anak kecik, bertongkat etc. Still diorg boleh solat sekali dengan imam masjidilharam, alhamdulillah. Ruksyah bagi yang memerlukan. Sila ambil iktibar wahai diri ini yang banyak dosa 😥😣

Ok kita cerita pasal makan2 di Mekah ni. Hotel ni bawahnya shopping mall, foodcourt ada kat tingkat 3, Felda Dsaji pun kat sini ler.
Yang bagusnya bila makan sendiri ni, senang nak plan bila masa nak makan, n bila masa nak duduk jer kat masjid....
Harga makanan kalau banding di Malaysia mmg agak mahal. Bajet dalam SR30 sekali makan, tapi sebab portion besar, kalau beli nasi or shawarma, memang boleh makan berdua. Selalunya kami jarang ambik air, sebab bawa air zamzam jer. Jus buah dalam SR8 - SR10 gak ler, kecik jer bekasnya.
Most of the time kami makan nasi sekali jer sehari, kalau malam ada rasa lapar boleh beli roti, samada shawarma kecik ker, or mkn dengan kari or humus n salad. Bajet dalam SR10 ler per head. so total berdua utk makan dalam SR50.

Lupa plak.... utk breakfast n makan kudap2, kami ker BinDawood, beli susu, teh n kopi (hotel takde teaset, tp ada cerek), beli gak roti kecik2 tuh, beli cream cheese spread, buah2 etc. So kalau rasa lapar skit2 tuh, makan je kat bilik.

Ada satu hari jer kami breakfast makan nasi goreng kat felda Dsaji, SR15 kikiki.... cer compare ngan nasi goreng telur mata di Mesia kita kikikiki.... tapi ambik kira acik ni dah buhsan sangat dengan nasi mandhy, kabsha, beriani etc.... ok je lah kan. Teh tarik SR3, teh o ais SR4... gitu ler regenya. Sila compare dengan harga di Pavilion yer, jangan compare dgn teh tarik mamak 😂😂😂😂

Oklah... sekian dulu cerita acik mila kali ini.
In shaa Allah, nnt dah balik mesia acik betulkan typo typo tuh yer
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Selamat berpuasa dan mengerjakan umrah Kak. Moga dipermudahkan segala urusan, diterima amal ibadatnya serta beroleh umrah yang mabrur.

    Doa2lah utk kami suami isteri kembali ke sana juga. Rindu sangat dekat tanah haram :(

    BalasPadam

Love your comments...