Pengikut

Khamis, Jun 30, 2011

Marimo pouch... mari mari..

Lately ni saya agak malas nak menjahit.. teramatlah malasnya.
Apakah penyebab nyer itu yerr.. tidak lain dan tidak bukan kerana demam drama korea melanda..starting with Secret Garden, then My Girl, then cerita lama Autumn in My Heart.. but setakat episode 10 jer.. dah malas nak sambung tengok kat internet dah.

Izzah  pon dah pelik, apsal ummi ni tak sentuh mesin jahit wakaka

Bagi merawat penyakit malas saya ni, saya try new pattern plak, still from Senjyu, **pattern & tutorial**
Its Marimo pouch.. tak jauh beza dengan normal drawstring pouch..its cute and I like it



Nampak tak hujung tali tuh.. ada putik bunga yang belum kembang tuh.. comel kan. saya dapat tutorial from a korean blog, they are making a tulip drawstring bag, check out the tutorial here. Tulip bag tuh pon not bad, cute, boleh buat jugak kalau boring2 takde projek kan

BYEEEE

Regards;

Isnin, Jun 27, 2011

I see double...

Remember my guranibaggu kat sini?
Did i mentioned about a bigger version there?
Then here it is the bigger version of the guranibaggu..

Awat sampai dua? oh oh its a long story, but in the first place let me tell you about how do i enlarged the pattern. It is originally in pdf format, and i spend almost half day looking for a method to enlarged the pattern, bigger than an A4 size. Some tutorial mentioned about using corel draw.. what is that, heard it but never see it.. huhu dan mcm2 lagi. At last I am thinking of just photocopy it, but still not the best solution. At last I get an idea.. a very old fashion one, just shrink the image until I can print screen it. Lucky that I had Screen Hunter 5.1 in my PC, then paste it to Ms Exel, and enlarged it huwahuwa.. done. It will print in multiple page, I just need to cut and paste it together... a very non IT savvy and old fashion way kan...
So nak tanya kawan2lah.. how do you enlarged a pattern? especially those more than A4 and did not fit to A3 sizes? Mind sharing it?


Now bila dah dapat pattern yg besar, a bit excited, terus jer potong kat kain, kengkonon nak matching2kan kain buatlah ada sambung kat tengah, and then apa jadi?? without noticing it, I cut the same side of fabric... huhuhu.. yang sebelah lagi tiada.. and if you notice the blue one, the print is upsidedown right.. What do I do? Cut the other side, but I dont want to lose the other set that I cut earlier, maka jadilah beg ini dua.. sekian.. we live the life happily ever after wakakaka... not the true story... bila buat dua sekali ni fening.. mokcik fening
Akhirnya saya menggunakan webbing je lah.. I got this webbing for free from one of my blogger friend.. So nice right.. Many thanks to you the greenbeanlover
And.. the story not ends there, I also cut a black fabric for this pattern, and it will surely going to be double too.. ahhhh I dont feel like to finish the black one.. lets them rest in my UFO basket first (or forever)..

Zippered pocket cum divider kat dalam ni boleh buat isi macam2, boleh jugak isi telekung. Beg ni roomy enough..

This is in green..


And this one in blue..

Mana lebih cantik eks?

And this is another simple bag.. can also be a diaper bag.. sajer nak menghabiskan kain..

And I think I am cursed with double.. this is another double thing that happen to me.. nampak tak silap nya.. huwaaaa.. ahkak nak nangesssss hentak hentak kaki.. guling2.. (lama tak nangis guling2 dalam YM)


BYE.. (sambil mengesat air mata)

Regards;
 

Tulip Hat For Izzah

Dah lama saya tak buatkan sesuatu untuk Izzah.. last time was her in house slipper. And now I am a bit interested in hat making. And I found this simple pattern from Japan.. its a tulip hat (tutorial here)

The pattern was a bit smaller to Izzah, and I enlarged it as a trial, tak sangka its really fit to Izzah very well. She loves the sweets printed fabric very much. She said she can't eat sweets too much but she can now have as many sweets as she can on top of her head hahaha.. and I added the pink ricrac too. I should have put something on top of the hat.. maybe a flower?? ok ke? any idea?




We went for a kenduri yesterday, its at Bahau, jauhnyerrrr... tought that it just about the way to Seremban, rupanya jauh lagilah.. tapi all the way to and back home, Izzah and me kept on watching Ketika Cinta Bertasbih the series... sedar2 dah sampai rumah dah.. sempatlah habis 1 CD, which is equvalent to 5 episodes huhuhu.

Seronok jumpa kawan2... dan macam biasalah, kami ni kalau pergi kenduri rumah kawan2, kami dah jadi macam tuan rumah plak, lepak lama2 sampai petang. Walaupon tak ramai kawan2 yang available to join, at least adalah jugak kami memeriahkannya kan..

pst pst.. saya kemana2 pon mesti dok bawa my handmade bag tuh jer... tunggu ada mood nak shopping new handbag, baru boleh tukar baru..


Kami dan pengantin... Izzah paling seronok dapat bergambar dengan pengantin tau..
Sayangnya kami tak bawa digicam.. this is all from my Nokia 6220 nii jer..walaupon dah outdated tapi tetap disayangi, selalu jadi backup digicam.. Nak skodeng gambar orang lain kat FB, FB dah kena block plak kat ofis ni..

Selamat menyambung tugas di hari Isnin..

Regards;
 

Jumaat, Jun 24, 2011

Scrap and me..

Semalam saya bermalasan sahaja.
Malas nak masak dan Izzah plak request nak makan meggie sebab this month belum lagi makan meggie, hehe saya cuma benarkan sebulan sekali sahaja boleh makan meggie, kejam tak eks. Kalau boleh nak buat syarat 6 bulan sekali jer hahaha

Malas jugak nak mendobi kain, last2 pagi ni baru teringat yang baju sukan Izzah tak basuh lagi, sedangkan esok ada acara sukaneka tahunan kat sekolah dia wakaka.. Terpaksalah ku kerah jari2 ini untuk membasuh menggunakan tangan, hopefully hari ini cuaca panas dan kering lah..

Malas nak menjahit, tapi dok mengemas barang2 saya yang bersepah tuh dan terjumpa plak heavy cotton scrap.. aikk tetiba mood malas saya ni terbang melayang plak.. teringatkan meja makan saya tuh selalu takde alas, terutama bila nak letak mangkuk panas. Alas yang sedia ada selalu di kidnap oleh si cerek panas hahaha

dan saya pon start cantum2 scrap yang ada.. then cari2 scrap binding, cantum sana sini.. maka jadilah ini

no matching colour rules yer...



Lupa plak nak ambik gambar belah belakangnya, actually saya letak satu lapik (jadi mcm poket) yang mana alas ni boleh jugak dijadikan pot holder, kiranya 2 in 1 lerr. So lepas ni, meja ku itu tak lagi kepanasan..

Haaa hari ni dah hari Jumaat. Bestkan.. esok cuti.. esok juga pay day.. esok juga Izza ada sukan sekolah, dan hari ahad kami akan ke kenduri kawin di N9... tengah fikir2 nak buatkan apa untuk hadiah kawin nii.. or susah2 nanti, beli jer lah kan. But still I am more towards making it myself.

Selamat Berhujung minggu semua... Happy weekend

Regards;