Pengikut

Sabtu, Jun 30, 2012

Instant cardigan/jacket

Lately ni saya dok mencari sweater untuk Izzah, nak menggantikan sweater lama dia yang dah pendek tuh.
Cari punya cari, selalu jer ada yang tak kena. Kekadang saiz tak kenalah, warna tak sesuai lah, harga far away from budget lah... emmmm macam2. Tapi alasan sebenarnya adalah, hati ini dok teringat kain yang saya beli online tak lama dulu hahaha... kain ni sangat sesuai untuk sweater or jacket or cardigan.. apa2 yang sewaktu dengannya lah. Saya pun tak tau apa beza antara terms ni..

Malam tadi saya menung panjang, nak buat camnalah niii.. kain ni pula memang limited.. rasanya about 40x18 inch jer dan akhirnya.... jeng jeng..
Siap juga my version of superduper fast and easy jacket ni...
Gunting kain pagi tadi, siap jugak petang ni... plus minus masa memasak, membasuh, mengemas etc, saya agak2 siap in 3 hours kut huhuuu

Keliling ni saya top stitch dengan benang tebal... nampaklah ada deco skit hihi
Versi nyanyi lagu Negaraku...
Dan ianya reversible tau... both sides boleh pakai..

Fabric pink ni sebenarnya adalah cotton biasa jer, bukan cotton knit untuk buat jacket tuh.
Banyak boleh buat improvement kalau ada masa, contohnya letak extra butang, bg couple gitu, so takdelah nampak butang tuh dok one side jer kan.

Apa2 je lah kan... yang penting kalau sejuk nanti anak umi boleh pakai.
Made with love to warm you my dear...

Regards;

Khamis, Jun 28, 2012

Mini Jubah

Dah lama rasanya saya tak jahit baju, terutama baju lelaki. Bukan takmo jahit tapi kena banyak bereksperimen dulu, baru jadi. Kang kalau kurang sedap pakai, or tak dipakai, rasa macam kecik hati plak kan. Nak buatkan baju budak lelaki, saya takde anak lelaki.

Since last week saya testing buat mini jubah, macam jubah tapi takat lutut jer lah. Kolar pun takat bulat jer.. betul2 simple niiii hehehe

Ada berani ke tuannyer pakai?
Kain ni saya beli dah lama sangat, bertahun dah. Cotton untuk buat kemeja lelaki di Kamdar. Agak cantik kainnyer, tapi saya beli remnant sahaja. Adalah setakat 2.5 meter.
Leher tuh saya guna bias tape jer. Buat sendiri dan attach macam quilt tuh, nampak agak kemaslah (hati manyak suka...).
Hujung lengan plak plan asal saya takmau isi cuff, tapi nampak tak berapa cantik plak.. adoiiii tambah je lah (read: tambah kerja). Nasib masih ingat cara2 nak isi cuff ni...

Kenapa entah.. dah dekat2 nak cuti niii banyak benor kerja, mokcik bizi memanjang. Nasib dah tutup order quilt awal2, kalau idok, makin pening nak siapkan tempahan customer kan.

Sunday to Tuesday arituh ke Langkawi (hilang masa menjahit den)... sakanlah bershopping cekelat... tapi takde gambar lawatan yang boleh di tampal disini.. kerana apa? kerana hanya ada gambar lawatan ke loji kumbahan hihihi... tidak ada lawatan ke cabel car keee, makam mahsuri kerr.. pulau dayang bunting kerr... TIADA.
 One fine day, nak jugak ke Langkawi lagi.. boleh bawa Izzah sekali. Last time kami pergi sekeluarga 6 or 7 tahun lepas rasanya. Masa tuh Izzah belum sekolah pun, dia pun dah tak ingat kut. Banyak betul perubahan di Langkawi, terutama area pantai Chenang sana, kalau dulu dari jalan raya dah boleh nampak pantai kan, now hanya nampak kedai dan kedai. Kalau kesana malam2, dah macam kat oversea plak hahaha.. hanya nampak foreigner jerr. Yang masih belum berubah... rasanya airport kut hihi.... masih lagi takde aerobridge, kena menapaklah nampaknya. So.. naik MAS or AA, setaraf je lah.

OK salam sayang semua..

pst pst.. esok last day saya akan hantar barang, untuk sebarang pembelian dengan pembayaran yang dibuat selewat2nya malam ini. Kalau bayar esok pagi, maknanya saya hanya akan pos pada 16hb yerr. Harap maklum yer. Saya tak larat nak entertain last minute posting walaupun untuk satu dua barang sahaja, terkejar2 sangat rasanya.

Regards;
 

Isnin, Jun 18, 2012

All about transportation

My last quilt order finished for June.
in bright colour.. its all about transportation..
Saya guna organic cotton yang blue in vehicle print tuh.. plus "tyre track" untuk border, all from Timeless Treasure. So its a mix of organic cotton, not fully. Kalau fully organic rasanya cost sama dengan sale price hahaha

Asal patchwork pattern yang saya buat lain, rearange balik, last2 jadi camni. Thanks kawan2 for your response in my previous posting kat sini


Ini bukan quilt, tapi sarung tilam, zippered.

Tambah 2 helai barut bertali, dan a baby bib

Ready to go to the owner...
Owner baby quilt ni dah 7 tahun menanti cahaya mata  dan hati mereka. Saya doakan moga di permudahkan segalanya. Moga the baby and the mother sihat selalu... Aminnnn

Saya ni sok sek sok sek... selsema. So today on MC, penangan pergi konsert Maher Zain. Duduk tempat terbuka pada masa jerubu camni... adeh.. ngantuk nyerrr

Regards;
 

Sabtu, Jun 16, 2012

Telekung pink vogue :P (with tutorial)

In pink youuuuu...
senyum memanjang budak kecik sorang ni, telekung ini hanya untuk special occasion sahaja katanya.. nak berjalan jauh niii

Saya try nak tulis sedikit tutorial camna nak jahit telekung sendiri, tapi rasanya agak terbatas bila guna gambar sebegini... emmm apa yang boleh di terangkan sahajalah yer.. andai anda rasa tak paham dan nak lebih detail, silalah belajar dengan guru menjahit betul. Janganlah sayang duit, insyallah tak rugi belajar. Boleh contact kak Zai kat sini http://zairazone.blogspot.com/ untuk kelas jahit tudung dan telekung.

Untuk saiz Izzah ni, first I need at least 1.8 meter kain dengan wof (width of fabric=bidang kain) 45 inch dan dilipat dua (Untuk telekung dewasa saya selalunya menggunakan 2 meter kain dengan wof 60 inch)
Ambil telekung yang sedia ada dan potong ikut saiz yang diperlukan, dari situ boleh adjust labuh belakang atau depan, ikut kesesuaian.

Gunting alas dahi dan alas dagu
(update on 18/2/2013)
Saiz lapik atas dahi, lebar 2 inci, panjang 12.5 inci
Kedutkan sehingga 10.5 inci or boleh juga guna getah 10 inci sahaja
Lapik bawah dagu, lebar 1.5 inch, panjang 10 inci (mesti di potong serong supaya ianya stretchy
.

Cantumkan alas dagu dan alas dahi dengan menggunakan pin dan ukur/test pada muka.

Kalau dah betul saiznya, bolehlah di cantumkan keduanya

Now cantumkan body telekung dengan alas dahi bermula dari titik tengah atas kepala, hingga ke titik tengah alas dagu.


Saya sebenarnya terlupa, sepatutnya dah lekatkan getah dulu, so saya tebuk skit dan masukkan getah, dan dijahit semula

Untuk telekung ini saya buat lining bahagian kepala, sebab saya tahu, Izzah memang jarang nak pakai anak tudung, tapi saya omit step lining sebab rasa mcm agak susah nak diterangkan

Now cantumkan dari bawah alas dagu sehinggalah ke kaki telekung

Top stitch muka telekung, kalau tak buat lining, bahagian muka ni hendaklah dijahit tepi terlebih dahulu, kemudian baru top stitch


Saya guna deco stitch NV50 untuk cantumkan lining dengan body telekung

Finished.....

Kalau anda nak lebih simple, boleh tengok tutorial dari AzimaDIY di sini  ataupun MakcikRehan di sini (update on 18/2/2012), yang mana tak pelukan lapik dahi, cuma perlu isi getah jer dan lekatkan lapik dagu. Dulu2 saya buat camni jugak, tapi since dah belajar dengan Kak Zai, yang ada lapik ini lebih selesa dipakai.

Selamat mencuba yerrr

Gambar Izzah  masa di Marwah, lepas saie in July 2012, senang nak cari hihihi (update 18/02/2012)



Regards;