Pengikut

Rabu, Ogos 29, 2012

Oh! So Pinky...

A gift for a friend who just received a baby girl. 
Cuba teka... pinwheel ke or hourglass?
Hihi sama je pun mana2 kan. 
Sebenarnya saya buat hourglass block, tapi lupa nak mixed with other print, jadilah nampak macam pinwheel.
Dan bila dah siap cantum blok ni, baru saya tahu, sebenarnya saya lebih suka scrappy look dari two tone camni. at leastlah mix 3 4 colour or fabric print kan.. baru nampak seri.
Yang ini lebih kepada baby blanket, guna batting nipis jer, backing plak saya guna flannel. Terasa lembut jerrr. Flannel ni plak agak tebal, jumpa di Kamdar few months back. 
Ready to go to the owner... dan harapnya penerimanya sukalah yerr

Regards;

Selasa, Ogos 28, 2012

Fabric Panel for Quilt...

Kepada yang berminat untuk tempahan baby quilt dan kenan dengan panel fabric kat bawah ni bolehlah email saya yerr. Saiz panel about 2/3 yard sahaja, tetapi saya akan besarkan dengan border ataupun potong2 dan buat patchwork.
love u panel (green/pink)
friendship/owl&trees
flower pot/flower bouquet
rabbit story
zoo 



Regards;

Isnin, Ogos 27, 2012

Warming up..

Cerita semalam yang di sambung ke hari ini..

Bila mengemas tempat jahit saya ni, macam2lah jumpa. macam2 lah projek lama terimbas kembali ahaha.
Akhirnya siap jugak... si gebuzz gitu
Alkisahnya yang ini bukanlah comforter, bukan jugak tilam... apa ntah nak panggil. Asal kejadiannya adalah comforter set murahan yang ala2 tipah tertipu yang saya beli online. Memang rasa tertipu sebab katanya bebenorlah cotton dan sejuk dipakai. Sekali bila dah dapat emmmmm dok dalam aircond pun tak tahan panasnya tau. Lepas sekali pakai, jadilah comforter ni ditolak kesana kemari, dengan niat nak make over covernya. Tapi bila fikir2 balik, comforter ni agak pendek, lebih baik make over jadi playmate je lah kan..

Nak tau camna boleh jadi gebuz camni... saya buang piping tepi dan lipat dua, then masukkan kedalam sarung baru. Asalnya nak buat proper binding, ala2 takde kelazzzz kalau buat pillowcase binding....... rupanya si abang protex ni tokleh nak cater dengan ketebalan comforter ni nampaknya. Pst pst... kalau korang nak tau, bukan takat fiber comforter lama tuh jer, segala scrap fiber yang kecik2 tuh saya masukkan hihihi. Terpaksalah mokcik mengalah, buat pillowcase binding and then jahit tangan macam orang buat tilam kekabu tuh jerr.

Seronokkan budak ni dapat alas gebuz ni
Yang petak2 tuh bukan patchwork yerr.. mmg corak kain sebegitu.

Dan ini belah belakang.. sajer cari darker print..
Udah2 ler berposing yer... buat homework tuh cepat, lepas ini boleh tidur plak


Waghhhh ngantuknya.. selamat malam semua..
Regards;
 

Open for order

Salam Aidilfitri kawan2 semua..

Terasa lama tak bersiaran di blog ni, terasa rindu plak kan. rindu nak menaip macam2 cerita. Kekadang plan nak cerita benda lain, tapi tercerita hal lain plak kan.

Hari ini.. hari kembali ke rutin harian, iaitu coming back to office. Fuhhh dah seminggu berehat (bangun lambat ler tuh), harini cukup terasa culas nak kerja. Apa pun kerja itu amanah kan, dah sanggup terima gaji, kenalah sanggup pikul amanah siapkan kerja.

Sungguh pun terasa liat nak kembali ke ofis, tepat pukul 5 pagi jer terus mata jadi segar.. hahaha.. syndrom bersahur masih belum habis rupanya, alarm kat handphone pun masih belum tukar ahaksss..

whooppss.. arini takde sebarang laporan dari BILIK jahit (dah upgrade dari sudut jahit tau.. nanti dah siap saya kongsikan ok hihi). Just nak umumkan yang kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah quilt comforter (baby size or single size).. bolehlah email saya. Fuhh in doubt jugak ni, ada ke yang masih berminat setelah bercuti sekian lama kan kan.

Untuk serba sedikit panduan bolehlah tengok kat sini http://blogrimbun.blogspot.com/2012/03/tempahan-baby-quilt.html dan kalau nak tengok contoh2 yang saya pernah buat boleh tengok di sini http://blogrimbun.blogspot.com/search/label/Quilt.

Selamat Hari Kemerdekaan to all Malaysians for this coming 31st August 2012.
MERDEKA MERDEKA MERDEKA..


Regards;