Sedar tak sedar dah masuk hari yang ke 20 kita berpuasa. Hanya tinggal 10 sahaja lagi kita di bulan yang mulia ini.
Sedihkan... di saat orang memperbanyakan amalan di mlm2 terakhir ramadhan niii, ada yg dok sibuk nak menyiapkan persiapan aidifitri (its me ok).. baju ku baru siap satu (sapo suruh wat baju sampai 2 kan kekeke).. baju izzah pon baru siap satu (nii mesti kena ikut umi).. and 1 baju melayu budak n 1 baju kurung baby for my fren. Ops tertinggal plak.. jubah seluar untuk makku.... tu ler.. nak sgt buatkan sendiri. kalau suruh adik buatkan mesti dah siap kut. Langsir rumah MIL lg... nasib untuk 2 tingkap je.
To those yg malas mcm saya.. bole jugak try wat camni kat leher baju kurung.. cepat & cantik jugak ler. Takde ler nak belek lama2 mcm buat tulang belut tuh. Ops baru teringat, sabtu ni nak ambik baju melayu hubby, so pasni nak menyulam ler plak huhuhu
How about biskut raya.. huhuhu.. dah beli 6 ketul butter, kebetulan murah kat C4 aritu, tp bila nak start projek ntah ler. ntah2 projek terbengkalai kut kekeke. Dalam kepala nak jugak buat biskut mazola, biskut badam, biskut choclate chips, sarang semut, tart nenas, yumyum.. ops puasa ler. Agaknya tinggal angan2 je lah nnt kut.
Apa pon.. hayatilah akhir Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amalan baik. May be menjahit baju family dan buat juadah untuk famili pon ada amalan yg baik jugak kan. Yang penting keikhlasan hati.
SALAM SEMUA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Love your comments...