Pengikut

Khamis, September 17, 2009

SALAM AIDIL FITRI

Buat kawan-kawan semua, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat bergembira di AidilFitri. Bersyukurlah kita atas segala kurniaan dan rahmat yang Allah berikan, terutama rahmat keimanan kepadaNya, yang tidak mungkin dapat di tukar ganti mahu pun di jual beli atau pun diwarisi.

Ramadhan ini mengingatkan kita bahawa sesungguhnya tiap sesuatu yang kita ada hari ini adalah atas kurniaan Ilahi dan ingatlah ianya hanyalah pinjaman sahaja, maka tidak salah rasanya kalau kita panjangkan pemberian Allah kepada kita dengan sedekah kepada yang memerlukan, alangkah tingginya pemberian ini... kita di beri pinjaman tapi, tidak tahu bilakah tempoh matangnya, tiada pembayaran balik, tiada bunga dan andainya kita panjangkan kepada yang lebih memerlukan kita di beri ganjaran... No any bankers doing this kind of loan... loan at the interest of the borrower..

Kesyukuran kita harapnya tidak hanya terbatas pada kurniaan harta benda, tapi pada keteguhan iman kita pada Allah, ketenangan hati, kesihatan, kualiti masa dsb.

Dalam perjalanan ke office pagi tadi, saya ternampak satu kemalangan jalan raya melibatkan 2 buah kereta tapi rasanya tidak melibatkan kemalangan jiwa, dalam hati ini benar2 mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana bukan aku yang berada di tempat mangsa. Syukur syukur.... tapi turut bersimpati dengan mangsa, kerana di kala orang lain bergembira ingin menyambut raya, tapi mereka ditimpa bencana.

Oleh itu kepada kawan2 semua, berhati-hatilah ketika memandu pulang untuk berhari raya bersama keluarga di kampung. Jangan lupa bacalah doa musafir dan doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Moga Allah selamatkan perjalanan kita semua.

Salam kemaafan juga buat semua... andai ada terkasar bahasa, or tersalah kata, kepada customer2 saya, halalkanlah terlebih terkurang, moga jual beli kita di berkati Allah.
SALAM AIDILFITRI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Love your comments...