السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Sebulan....
Lebih dari sebulan nak siapkan quilt nih!
alhamdulillah siap juga akhirnya
Syukur kepadaNya, beri kekuatan dan kelapangan untuk menyiapkan tempahan
Nama penuh Muhammad Damar Alfurqan tapi nego-nego ngan mummy Damar, omit je lah Muhammad tuh. Bukan apa... quilt nih kekadang dipijak2, kekadang kena kencing ler... macam2 kan.. so rasa tak sedap hati nak letak nama Muhammad tuh, nasib baik mummy Damar ok jer...erkss kekadang terfikir jugak, am I too sensitive hihihi.. sebab ada je orang yang tak kisahkan.
Font DAMAR tuh hasil pembelian font kat sini http://embroiderysuperdeal.com/
at USD9.99 dapat 50 font type.... murah kan.. boleh pakai untuk macam2 project
Terlebih rajin menyulam, sarung bantal n bantal peluk pun ku sulam jugak kuikui
Handstitch binding
Bila tuan punya quilt tak sibuk2 tanya bila nak siap, saya take my own sweet time... itu yang boleh handstitch binding. Kalau yang sibuk tanya bila nak siap tuh memang ku balun jer guna mesin hihihi. Tiada ketenangan fikiran hahaha
Alkisahnya, sedikit fining dengan pattern buat sendiri ini...
Rasanya kira2 matematiknya dah betul, tapi bila jahit ada masalah plak, ada yang terpendek plak..
Saya kongsikan patchwork note saya... boleh baca n faham dak?
Dah jenuh kira2, baru terfikir nak measure semula kain yang dipotong, adoiiiii mokcik ni potong kain lebih seinci, hahahha padan muka.
Memang ler... patchwork ni kalau besar sangat pun susah, kecik sangat pun susah jugak. Lucky that I am addicted to this puzzle solving patchwork hihi
Oklah kawan2... selamat bekerja dihari Isnin.. mulakan harimu dengan senyuman k...
Wassalam
Regards;
sangat creatif
BalasPadamTQ Anum
PadamCantik ......pandai buat puzzle tu.
BalasPadamSeronok wat puzzle hihi
Padampening nak kira satu.. kang campur pening nak patch2.. org yg betul2 teliti je boleh buat ni. caya la kak mila.. hehe :)
BalasPadam