Pengikut

Selasa, Mac 03, 2015

Sew for Adik....

Assalamualaikum kawan2 blogger semua.
Dah lama tak membebel di sini, dah lama jugak tak BW
Kawan2 masih ingat saya? uhuk uhuk.. jgn lupa daku

This week dah minggu ke2 bekerja.
Adik dah cukup 3 bulan on 28.02.2015 arituh... dan dah seberat 4.6kg
Kakak plak asyik x larat nak dukung adik lama2 huhuhu.. nasib ler dik

Macam2 cabaran bila ada orang baru kat rumah ni kan... kelam kelibut nak pergi ofis dah satu, takut plak terlupa susu ke, terlupa pam susu ker.. wadoiii
Dah balik rumah plak kelam kelibut nak masak, nak susukan adik, nak kemas beg etc etc
Dah tuh tak termasuk pakej night shift waduhhhh..

Aktiviti2 jahit menjahit saya setakat harini lebih tertumpu pada nak jahit barang Asfa jer, pastu nak convert baju yang ada jadi nursing friendly. Naka ambik upah?? oh tidak.... terpaksalah melupakan apa2 sahaja pasal ambik upah ni, kecuali telekung, sebab bukan sendiri yg jahit kan kikiki

Saya berpantang di kampung setakat 2 minggu jerr.. terpaksa balik awal sebab banjir huhuhu. Yer laaa,, tak dapat nak bayangkan camna nak pindah randah harung air dengan baby, tu yang mak suruh balik KL gak. Sedih tauuuu huhuhu

Dah kat KL, macam2 ler aktiviti saya, bagi memenuhi masa lapang, yang tak berapa lapang pun tuh..

SOFTIES untuk Asfa Maryam, ada cik ladybird and cik ellie anak beranak


QUILT for Asfa, alkisahnya tak sempat nak jahitkan quilt untuk asfa, so batu ni nak buat satu. Fit to baby cot, both sided boleh guna and equally beautiful
DIAPER STACKER.. dah bersepah jer diaper, baru terfikir nak buat. Siap ada poket tuh. Buat isi nail clipper and termometer

NURSING PILLOW dengan COVER
Cover tuh saya guna tuala yang belah pink tuh kuikui, konon takmo tergelincir, memandai jer ler mokcik nih kan


Boleh jadi "sit me up" boss kecik nih


Persiapan nak ke taska
TUALA mandi kita sulam nama supaya tak tertukar

BURP CLOTH cum selimut etc, tapi aku tengok penjaga kat taska tuh tak pandai pakai pun. Agak2 diorg lap guna apa ler kalau air liur meleleh ke apa kan..

BANTAL dengan sarung bantal minky lagi youuuu hihi

Dengan penuh gaya Asfa ke taska kan..
Alahai bukanlah nak berlagak ke apa, dah ada kemudahannya kan, buat je ler.

Wokey lah
Sampai jumpa lagi
Banyak nak tulis sebenarnya kat sini, tapi masa tak mengizinkan

Wassalam





Regards;

4 ulasan:

  1. Comelnye yg gajah tu..
    Tapi yg U-pillow tu.. Cik Sham berkenan sgt la pulak..

    BalasPadam
  2. wah.. rasa nak g mengomol la dak tecik tu... lama nya tak mencium org2 yang membawa bau-bauan syurga nih... meehaaaa...
    daku tumpang gumbira korang dapat anak...

    BalasPadam
  3. alah....tomei nya....asfa maryam....boy or girl....hehe rasa cam boy hehhe

    BalasPadam

Love your comments...