Pengikut

Ahad, Jun 18, 2017

Cerita GA lagiii

Assalamualaikum..
Salam akhir Ramadhan..

Semangat jer tengok ramai yang tidur n iktikaf dimasjid. Mungkin agak tidak biasa bagi kita di Malaysia ni, tapi bila ke masjid UIA, amalan tuh seolah jadi biasa. Bukan setakat yang bujang, yang ada anak 3 4 orang pun turut sama, bawa anak duduk di masjid beriktikaf. Dalam hati teringin nak join...

Alkisahnya GA arituh...
Plan asal nak bagi jer telekung readymade, mana yg ada pilih jer satu. Tapi entah camna, terasa nak jahit satu yang baru untuk pemenang GA pertama kali ini, kira jahit dari hati gitu kikikiki
Kebetulan pula, sebenarnya pemenang GA kali ini sebenarnya adalah rakan sekolah menengah. Tapi tak tahu pun selama ini sebab beliau hanya guna ID Ummu Nawal dan tak pernah bertegur sapa pun. Biasalah saya ni, kadang orang request friend pun saya approve kalau tak suspicious sgt, terutama kalau ramai kawan2 kita yg kawan dengan dia kan..

Dan inilah dia... testing design baru
Body putih, renda pink, ropol purple... 3 in1 gitu.. acaner? lawa dak?


Dan inilah dia tuannya... Nawal Maisara, fit elok kat muka Nawal nampaknya
Cuma mungkin dah agak tinggi Nawal ni, ini saiz L, umur 10 tahun, Nampak macam ngam2 jer dah, mungkin tak lama kena upgrade ke saiz dewasa dah kut.

 
Comel orangnya..

Cerita Ramadhan ni banyak yang nak ditulis sebenarnya..
Tapi NAK ajer.. buatnya idok kuakuakua

Sampai jumpa lagi...
Salam 23 Ramadhan

Regards; Mila

2 ulasan:

Love your comments...