Pengikut

Isnin, April 07, 2014

Dalam Kenangan...

Assalamualaikum...

Rajin plak nak posting-posting cerita kat blog hari ni erks... last week sibuk memanjang.

Ini cerita tentang MALAS
Saya patut labelkan sebagai rezeki disebalik kemalasan

OPssss bukan rezeki dapat mesin baru tau..

Mesin ni kami (saya dan adik saya) dah putuskan untuk dijual. Sebelum tuh kami dok pikir2 nak servis dulu, almaklum mesin dah lama, walaupun takde apa2 masalah, tapi adalah lebih baik diservis dulu, supaya tidaklah menjual besi buruk plak kan.
Dah diservis pada bulan Disember 2013, dan disitulah duduknya mesin nih kikiki


Dari sehari ke sehari, saya dok terfikir nak ambik gambar dan post kat blog, kut2 ada sesiapa yang berminat. Terutama bagi nak guna mesin simple2, takat nak menjahit sekali sekala


Dan entah macamana.. pagi Jumaat minggu lepas saya ambik gambar ni..


Siap zoom in corak jahitan yang ada... hii
Saya plan2 nak jual dengan harga RM150-RM200 jerrr

Dan nak dijadikan cerita, hari Jumaat lepas, masa rehat, saya dah pun transfer gambar ke PC utk post kat blog, tapi entah macamana, sibuk jugak nak buka FB, dan terjumpa posting seorang rakan yang nak buat kelas amal di sebuah rumah anak yatim, yang perlukan mesin portable terpakai.
Dan dan tuh jugak dapat ilham, why not bagi free je lah... hahaha

Tujuan bercerita ini bukanlah nak menunjukkan diri pemurah sangat sebenarnya, yang disedekahkan pun bukanlah barang bagus sgt pun kan, tapi sekadar berkongsi, cantiknya perancangan Allah. Saya pun tak taulah kenapa it takes 4 months, untuk saya ambik gambar mesin jahit ini untuk menjualnya.. I have no reason for being soooo lazy. Kekadang plak rasa macam sayang nak jual, kut2 ada adik2 yang nak pakai... kejap2 rasa nak angkut bawa balik ke Kuching untuk senang menjahit disana.

Oh baru tahu, sebenarnya ianya adalah rezeki orang lain yang mungkin kita tak kenal, dan hanya Allah yang tahu masa yang sesuai untuk mereka memilikinya.
Moga mesin jahit ini terus berkhidmat dengan tuan barunya, moga tiada apa masalah dengan tuan barunya, sama seperti dia berkhidmat dengan kami.

Moga Allah terus rezekikan kami untuk memberi...
 Wassalam

Regards;

My Peberet!!!


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama kali try cream cheese spread ni masa kat Mekah...
Terus jatuh chenta..
Yumyum..
Tapi susah jugak nak jumpa kat sini, kat hypermarket ada yang jual, but kena cari area makanan arablah. Ini jumpa kat Azzain Bt. Caves, merasa jugaklah hihi



Regards;

BOM#4 April 2014 : 12.5" Bear's Paw

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Its my turn...
Excited nak try something new, saya pilih nak buat Bear's Paw nii
Tapi mak aiiii.. ini pro block dah nih..
Saya yang beginner nih rasa macam terkial-kial ler kui kui

Here is some of tutorial yang saya jumpa..

But saya pilih nak buat yang ini sebab lebih senang kihkih

Pilihan fabric yang tak berapa cun adeh!

Proses memotong kain yang sangat complicated!

Block comel2 nih memang mencabar!

Tadaaaa.. siap dah.. tapi erks! cacat tapak beruang mak ghupernyerr yerr
Nampak dak?
Adeh nak menetas ni mak rasa lemah longlai nih

Nanti-nantilah yerrr...Kalau malas, kita biarkan ajer hihi

Till next BOM... Wassalam

Regards;
 

Rabu, April 02, 2014

Ready stock telekung kanak-kanak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

For the first time, first trial readystock telekung kanak-kanak (fuhh macam opening kedai plak kikiki)
Sambil sambil menjahit order yang ada, sempat jugak selitkan readymade, dan ianya very limited.


Semua ini saiz S (saiz detail sama seperti tempahan)
Harga : 
# Strawberry in blue (booked) & Flower in pink RM40.00
#Flower in red RM50.00 (with cotton lace)
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
ALL SOLD

Termasuk pouch sulam dengan nama, Takes 1 - 2 days sebelum penghantaran untuk siapkan pouch dengan sulaman nama.

Boleh email saya at mr.telekung@gmail.com kalau berminat

Sebenarnya ini percubaan untuk readystock, kalau ramai berminat, mungkin akan ada lagi readystock nanti. Takut2 jugak kalau design seperti ini tidak menepati citarasa pelanggan kan...


Regards;