Pengikut

Selasa, Jun 04, 2013

Cendawan goreng telur BEST!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Takde entry craft nampaknya dua tiga hari ni yerr...
Mokcik ni malas tahap gaban.. baru jer siapkan sehelai baju sekolah Izzah, nampaknya urgent nak kena jahit baju kurung dia, baju lamanya yang 2 helai tuh dah singkat benor.. Baju kena ada 5 helai sebab umi ni malas nak membasuh tengah2 minggu hihi... Lagipun kos buat baju kurung sekolah ni taklah banyak mana pun. 3 meter kain boleh dapat 2 helai baju--- kos tak sampai pun RM20.00 kan.

Kita buat entry pasal makan2 ler plak hihi..
Kat atas tajuk lain.. gambar tajuk lain... gitu ler bila bukan blogger food & recipe kan...

Asal puasa jer mestilah "ter"masak lebih huhu.. buka puasa ke melantak tuh hahaha

Ini siakap kukus campak2 jer apa yang ada dalam peti ais tuh hahaha...
Siakap, lemon, cauliflower, tomato, nenas, carrot, fish sauce, garam, halia, serai n bawang putih... nasiblah fridge tuh cukup besar.. tokleh masuk sekali dalam kukusan kuikui

Dan ini plak rendang pucuk ubi kayu dan cendawan goreng telur...
rendang tuh takat panaskan jer.. mak yang masak, first time makan, memang sedap!
Yang best tuh cendawan goreng telur tuh... dapat resepi dari JB. Cari2 kat cik goggle, tak jumpa plak resepi yang serupa... lebih kurang adalah..
Ok ok.. tak perlu minta resepi, saya terus tulis kat sini.. sebagai peringatan di kemudian hari..

BAHAN : 
Cendawan - basuh & disiat2, 
Bawang besar - di hiris halus, 
Cilipadi - hiris jer, 
garam & kunyit, 
Olive oil, 
Sebiji telur - dipukul sedikit dgn garfu.

*Cendawan di gaul dengan garam & kunyit. 
*Masukkan kedalam kuali dan keringkan ainya
*Ketepikan cendawan tuh (kat tepi kuali tu je pun), masukkan sedikit minyak -saya guna olive oil- then tumis bawang n cilipadi, sampai naik bau.
*Then ketepikan bawang tadi, dan masukkan telur.. kacau2 skit jadi mcm scramble egg
*Campurkan cendawan, bawang n telur n masak sampai kering skit, garing skit ler
*Sila gunakan non-stick pan supaya tak melekat yer...

Digandingkan plak dengan brown rice (for the first time!)
Selama ini takut nak beli brown rice sebab ada terbaca kat forum kata tak sedap... but SEDAP rupanya.. takde beza pun dengan nasi putih biasa tuh

Ok... tutuplah citer pasal makan2 ni..
Jom dengar Tafsir Surah AlFath ni.. banyak pasal perjanjian Hudaibiyah



Moga bermanfaat yer kawan-kawan
Wassalam..

Regards;



Isnin, Jun 03, 2013

Talaqqi Bersanad.... jom dengar dan fahami

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Happy Monday morning kawan-kawan
Bestkan cuti hujung minggu yang telahpun berakhir huhuhu
Tak banyak aktiviti jahit menjahit saya weekend baru ni, banyaknya mengemas rumah yang dah 2 weeks tak dikemas tuh hahaha.. almaklum, last week balik dari JB memang concentrate basuh baju dan apa yang perlu jer. aktiviti buang habuk ni ditunda ke minggu ni.
Tambah plak my 12 yrs old washing machine tuh dah uzur sangat dah.. bila membasuh jer mesin keluar air kat bawahnya, drum bocor kut... so terpaksalah meng'survey' washer baru plak dah. Actually dah berbulan camtuh, tapi akhir2 ni bertambah teruk plak dah. Nak di baiki pun tak berbaloi. At last dapat seketul brand new 10kg washer huhuhu. Banyak upgradenyer tuh, yang dulu2 cuma 6kg jer. Senang hati nak basuh comforter, jimat saploh hengget duit hantar comforter ke dobi.
Petang plak ke Jalan TAR, cari baju raya :P.. macamlah takde kain kat rumah tuhkan, opsss my roommate ni anti-cotton gitu.. cukup tak suka baju cotton yang susah nak gosok dila dah dibasuh (almaklum gosok sendiri kan kikikiki). Warna apa baju kiter tahun niiiii... rahsiaaaaa hihi. 
Beli baju awal ni dengan harapan bila masuk Ramadhan, dah siap, maka takdelah dok sibuk nak jahit baju raya. Ramadhan setahun sekali.. (ini pun tak taulah ada rezeki nak dapat ke tak kan.. Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan, Amiinn)
Sempat jugak kami layan cendol pulut kat pasar malam jalan TAR. Tempat feveret time2 berdating dulu wakakaka.... tambah plak pergi berdua jer, Izzah tengah sibuk main kat kampung di Temerloh sana (honeymoon gitu)
Ahad plak dok sibuk mencari barang dapur yang dah kering kontang tuh, peti ais pun dah kosong huhuu.. cuti punya pasal, semuanya cuti. This week refill semula huhuhu...

UIshhh.. macam2 cerita kan.. macam tulih diari plak dah.. actually nak kongsi pasal video ni.. baru terjumpa pasal talaqqi bersanad ni.. best, jadi halwa telinga dan hati sambil bekerja....

Bermanfaat harapnya buat kawan2 semua
Wassalam

Regards;

Khamis, Mei 30, 2013

Kuliah Syarah Al-Hikam 5: Kesungguhan kepada perkara yang telah diakui


"Kita adalah kaum yang Allah muliakan kita dengan agama Islam. Maka fahamilah! Kalau kita mencari kemuliaan yang lain selain Islam, nescaya Allah akan menghina kita."
ucapan Saidina Umar r.a. ketika pembukaan Baitulmaqdis






Regards;