Pengikut

Jumaat, Februari 28, 2014

"Saya Yang Comel"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sapa setuju "Saya comel" angkat keyboard k... (acik mila plak perahsan kang kikiki)

Kepada yang berminat untuk tempahan telekung, bolehlah email saya di mr.telekung@gmail.com 

Perasan tak ada perubahan pada email tuh? 

Dulu2 saya guna my.milakamila, my personal email address, tapi dsebabkan macam-macam email masuk, kekadang saya lupa nak check spam box, ada yang sangkut lama kat spam box, kesian kawan-kawan yang nak tempah telekung tapi acik mila ni tak reply2. Maafkan kami! (baca ala2 P.Ramlee)

So untuk mengelakkan kekeliruan, saya create new email account. Tetapi pada yang lebih selesa nak guna my personal email pun boleh jer.. dan jangan terkejut bila dapat reply guna alamat ini yer :-)

Fuhhh.. perancangan untuk telekung kanak2 ni sebenarnya banyak.. nak buat ready stock dah sekian lama dalam list tapi semacam belum mampu. Order yang ada pun kekadang terlewat sehari dua... Apakah kerana daku suka tidur awal erks kuikui

SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI
Checklist hari Jumaat:
erks sebahagian jer... mungkin boleh tambah lagi or boleh delete mana yang tak perlu..

Wassalam

Regards;
 

Khamis, Februari 27, 2014

Wordless Wednesday


Regards;
 

Verangan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Happy Thursday
Happy Morning

Hari ini saya berangan lebih : berangan kalaulah saya ni tak perlu ke ofis setiap hari. Apalah agaknya saya nak buat kat rumah yer? Tak boring ker agaknya erks!
Ada orang memilih untuk jadi suri rumah sebab ramai anak, anak plak kecik2 lagi. Tapi kalau anak dah besar macam Izzah, saya nak buat apa agaknya yer..

Agaknya inilah jadual hidup saya:
6.00 pagi Bangun dan sediakan sarapan
7.00 pagi Hantar Izzah kesekolah
8.00 pagi Sambung tidooooooooo zzzzzzzzzzzzzzz (LOL)
11.30pm Masak makan tengahari
1.00 tghari Izzah balik sekolah, bagi dia makan, dan bersiap untuk kesekolah agama
2.00ptg Izzah naik van ke sekolah agama
Saya? sambung tidoooo kuikui
6.00 ptg Izzah balik dari sekolah agama & saya masak makan malam

Amboiiii banyaknyer tido yerrr kuikui
Sekadar berangan..kalau time "tido" tuh diganti dengan menjahit, dapat jugak hasilnya kan, tak pun layan FB ker (:-P).. maybe angan2 tuh terlalu optimis, kena masukkan masa untuk mengemas rumah. Tapi rumah yang dihuni dengan 2 manusia dewasa dan sorang manusia remaja ni taklah complicated sangat.
Or mungkin saya boleh register for a short courses, or serius skit.. ambik master huhuhuh... eh tokleh! angan2 saya nak register for Master Degree bila Izzah dapat masuk undergrad kikiki.

OH tidakkkkkkkkkk


يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمْ ٱلشَّيْطَـٰنُ إِلاَّ غُرُوراً
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka."  An Nisaa':120

Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kita dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
" Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."

                                  (Hadis riwayat Ibnu Abiddusya)

Berangan-angan tidak baik untuk kesihatan kikiki (erk fakta dari doktor mana plak nih) Yo lerr... duduk jer memanjang, ada baiknya bersenam ker, buat kerja ker.. bagi otot2 tuh aktif skit.

Tapi ada satu yang saya plan (bukan sekadar berangan) adalah one day saya nak seriously register for kelas menghafaz alQuran, menghafaz yang bukan sekadar ingat, tetapi sekali dengan tadabburnya. Moga Allah permudahkan, walaupun saya pun tak nampak jalan lagi bagaimana dan dimana...



Regards;
  

Rabu, Februari 26, 2014

Bubur Nasi : My Style

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Saya tercari2 alternatif untuk buat bubur nasi ni, selalunya buat ala-ala bubur lambuk tuh, isi segala rempah ratus, but exclude santan.

Macam biasalah, zaman generasi google ni, segalanya type kat pocik google kan, so terjumpa ler plak resepi Chinese Chicken Congee ini 

Nampak macam sedap hihii
So excited to try
Maka jadilah Chicken Congee My Style

Buat peringatan untuk diri sendiri, so tulis jugak resepi kat sini

Bahan A:
Beras (kalau boleh rendam dulu) + Air
# Masukkan dalam slow cooker dan select "High"

Bahan B:
Ayam dada
Ayam (bahagian tulang)
Air
Halia seketul -banyak pun takper- (diketuk sahaja)
Bawang putih (ketuk)
Daun bawang (saya ambil bahagian bawahnya sahaja, buang akarnya dan ketuk)
# Masukkan dalam periuk dan rebus dengan api kecik lebih kurang 1 jam (lebih kurang ler yerr :-p)

Bahan C:
Halia hiris nipis
BAwang merah hiris nipis
Olive oil
#Goreng sampai agak garing

#Campurkan bahan A + B (Sup/air sahaja) + C
#Tambahkan : sesame oil & fish sauce & perasakan garam
#Isi ayam tadi di siat2 dan di masukkan kedalam bubur
#Masak sehingga beras tadi betul2 hancur dan bolehlah dihidangkan

#Optional#
Boleh tambahkan ikan bilis goreng, daun saderi & daun bawang yg dipotong kecil2, serunding daging /ikan/ayam, cili padi yg dihiris nipis + kicap + limau

Bila rasa bubur ni.. erkkkk ala2 rasa bubur mekdi plak huhuhuhu

Lepas ni boleh buat lagiiii
Wassalam


Regards;