Pengikut

Khamis, Februari 27, 2014

Verangan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Happy Thursday
Happy Morning

Hari ini saya berangan lebih : berangan kalaulah saya ni tak perlu ke ofis setiap hari. Apalah agaknya saya nak buat kat rumah yer? Tak boring ker agaknya erks!
Ada orang memilih untuk jadi suri rumah sebab ramai anak, anak plak kecik2 lagi. Tapi kalau anak dah besar macam Izzah, saya nak buat apa agaknya yer..

Agaknya inilah jadual hidup saya:
6.00 pagi Bangun dan sediakan sarapan
7.00 pagi Hantar Izzah kesekolah
8.00 pagi Sambung tidooooooooo zzzzzzzzzzzzzzz (LOL)
11.30pm Masak makan tengahari
1.00 tghari Izzah balik sekolah, bagi dia makan, dan bersiap untuk kesekolah agama
2.00ptg Izzah naik van ke sekolah agama
Saya? sambung tidoooo kuikui
6.00 ptg Izzah balik dari sekolah agama & saya masak makan malam

Amboiiii banyaknyer tido yerrr kuikui
Sekadar berangan..kalau time "tido" tuh diganti dengan menjahit, dapat jugak hasilnya kan, tak pun layan FB ker (:-P).. maybe angan2 tuh terlalu optimis, kena masukkan masa untuk mengemas rumah. Tapi rumah yang dihuni dengan 2 manusia dewasa dan sorang manusia remaja ni taklah complicated sangat.
Or mungkin saya boleh register for a short courses, or serius skit.. ambik master huhuhuh... eh tokleh! angan2 saya nak register for Master Degree bila Izzah dapat masuk undergrad kikiki.

OH tidakkkkkkkkkk


يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمْ ٱلشَّيْطَـٰنُ إِلاَّ غُرُوراً
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka."  An Nisaa':120

Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kita dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
" Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."

                                  (Hadis riwayat Ibnu Abiddusya)

Berangan-angan tidak baik untuk kesihatan kikiki (erk fakta dari doktor mana plak nih) Yo lerr... duduk jer memanjang, ada baiknya bersenam ker, buat kerja ker.. bagi otot2 tuh aktif skit.

Tapi ada satu yang saya plan (bukan sekadar berangan) adalah one day saya nak seriously register for kelas menghafaz alQuran, menghafaz yang bukan sekadar ingat, tetapi sekali dengan tadabburnya. Moga Allah permudahkan, walaupun saya pun tak nampak jalan lagi bagaimana dan dimana...



Regards;
  

13 ulasan:

  1. berangan..hihihi.. master time izzah buat degree? hmm.. nak naik pentas sesama ek nanti? hehe... say apun blom amik master kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi plan dalam kepala camtuh ler, kut ada rezeki suatu hari nanti kan

      Padam
  2. berangan tak salah.. yang salah.. kalau angan-angan tu sekadar angan-angan...angan2 kosong yg tiada memberi sebarang makna dan impak dalam hidup kita ini.. angan2 lagha.,.. hahhaa.. JOM VERANGAN.. !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom kita berangan.... masa kecik2 dulu saya selalu berangan ada rumah besar, ada bilik sendiri hihi. itu memang angan2 laghaaa betul tuh

      Padam
  3. Akak pun macam tu Mila... nak daftar kelas hafazan.. sebenarnya tahun lepasdah masuk list nak buat apa lepashabis digree ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daftar kat mana tuh? actually tak tau camna n kat mana ada kelas khas untuk org dewasa nak hafaz alQuran ni, ada jugak tengok kat pondok2 tapi mcm kena fulltime plak. kalau boleh nak pergi yang part time.. hujung minggu

      Padam
  4. Bi'iznillah.. semoga Allah permudahkan urusan Mila.
    & semoga tercapai yg di "verangan"-kan..

    BalasPadam
  5. Mila x sempat tido. Kalau rasa masa kita free blh pergi kelas. Mcm2 kelas ada. Bila dah kat rumah kita akan isikan masa kita tu. Saya ni belum boleh lagii, pagi petang sibuk dengan anak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihii tido tuh sekadar angan2 hiihi.. rasanya tak sempat jugak.
      Saya pun no idea pasal kelas2 agama nih... ada yer on weekdays.

      Padam
  6. Tak mustahil kadang verangan jadi kenyataan.
    Especially kalau nak sambung belajar. Mila kenal tak Dr Robiah K Hamzah. Beliau kan ambil PhD sama dgn anak dia belajar. Hebat kan..

    BalasPadam

Love your comments...