Pengikut

Sabtu, Februari 16, 2019

Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (restock)

Assalamualaikum kawan-kawan

Wahhh.. baru perasan, dah masuk bulan Feb2019, tapi masih last post kat blog ini in 2018 hihihi
Sunyi dan sepi kan...
Ada jer ni... selalunya aktif di FB jer..

Bagi sesiapa yang berminat dengan buku MBBI, stok baru dah sampai, printing Jan 2019

Harga?

Sebuah RM39 + RM5 (kos pos)
3-9 buah : Free kos pos 

Borong?
10 buah dan ke atas RM30/book (exclude kos pos)


Wasap jer no. kat gambar ni yer
www.wasap.my/60192548268

Regards;
Mila

Khamis, September 20, 2018

Sepi.....

Assalamualaikum...

Sepi betul rumah maya ni yer..
Sesepi kerjatangan tuannya..

Yer... kalau ada orang yang singgah ke FB shop acik ni, mesti nampak posting lama jer
Malahan dah almost 2 bulan acik senyapkan diri jer..
Ada tempahan yang acik kensel kan jer
Ada yang diperam, kerana tuannya kata tak urgent...

Sebab apa?
Inilah penyebabnya..
Bermula dengan pecah pecah di jari telunjuk
Dengan gelojohnya acik sesuka suki pergi guna krim steroid, pastu tak handle betul2, terus jadi teruk. Mana2 area yang terkena krim tersebut memang naik semula (cepat baik, cepat dapat balik huhu)



Sampai kehari ini, nak pegang gunting pun agak payah, walaupun much better
Gatal2 tuh kadang2 ada juga datang kembali

Alhamdulillah.. Allah tunjukkan jalan, bahkan dekat sahaja dengan rumah
Allah tunjukkan jalan untuk acik berendam hotspring, Kolam Air Panas kat Selayang ni plak just 10 minit jer dari rumah... Rahmah dari Allah
Apa pun, bukanlah sekali pergi terus ok, cuma memang nampak sangat improvementnya
Sekarang dah takde pecah2 yang ketara (but bila kena air ada lg skit2 pedih tuh), kulit pun dah tak terlalu gatal (manageable). Yang berair pun dah kering. But kena apply VCO selalu, sbb kulit kering dan bersisik.
Elephant skin kat lengan pun dah lembut..
YA ALLAH... sakit ini amat ku syukuri Alhamdulillah
Terima kasih atas ujian kesakitan ini, banyaknya Rahmah dari Mu yang aku tidak nampak sebelum ini..



Regards; Mila

Selasa, Ogos 14, 2018

Telekung LittleMaryam : Clearance Sale

Assalamualaikum...

Sekian lama tak menulis di sini..
Pada yang mencari telekung simple untuk si comel yer...

Nak habiskan stok kain lama, kain pun dah dipotong telekung saiz xs, pada yang beminat boleh wasap yer








www.wasap.my/0192548268

posted from Bloggeroid

Selasa, Mei 22, 2018

Umrah DIY : رمضان كريم (part 4)

Assalamualaikum....

Hari ke6, merangkap hari pertama puasa kami travel ke Madinah.

Saya buat tawaf wada' siap2 selepas subuh. Hubby plak pergi tawaf dalam pukul 9 gitu. Sila settlekan urusan jualbeli etc sebelum tawaf wada' yer. Kalau ikut fatwa kat Malaysia ni, strict skit. Padahal kalau ikut Saudi, sunat jer tawaf wada' ni

Kami check out pukul 10.15 gitu... terus berjalan ke area belajang Dar atTaqwa... area tuh banyak ujar اجر kereta sewa or teksi hihihi. Biasa diorg akan dtg tanya bila nampak kita dengan beg2 gini. Boleh tawar menawar jugak.

Kami berdua sahaja, so pilih untuk share2 ler, baru jimat skit. Kalau nk sewa sebuah kereta betul dalam SR400 ke atas ler. Berbaloi kalau ramai.

Sampai2 jer terus dapat teksi innova ni... SR60 seorang ke Madinah, dah kira within budget ler. Tunggu dalam 10 minit jer pun, dah penuh...


Ini ler van nya, innova. Ini masa berhenti solat. Bagus driver ni, masuk waktu solat terus berhenti kat RNR yg berdekatan. Saya buat solat qasar je... bagi cepat.

Perjalanan selama 4 jam ke Madinah. sakit montot rasanya dok dalam kete. Dah ntah berapa kali tidur n bangun dah hahaha.

Kami turun dari van tak jauh dari hotel. Actually kalau nak ambik van dari Madinah ke Mekah pun area tu juga... hadapan DarAlEiman Madinah.

Hotel kami Royal Inn Nokba.. belakang Hilton Madinah, agak dekat jugaklah dengan pintu MasjidNabawi. Sengaja hubby ambik area tuh sebab dekat dengan pintu masuk wanita ke masjid (pintu 25 & 26 kalau tak silap)

Cuaca di Madinah mmg jauh lebih panas dari di Mekah. So advisable untuk solat dalam masjid yg ada ekon, dari solat kat luar. Tapi kalau dah lewat, memang penuh, bentang je lah sejadah kat tepi2 tuh walaupun kadang kena marah huhuhu

Berbuka puasa memang meriah... kat luar pagar masjid pun org buka saprah. ada kosong kita duduk jer. First day dapat makan nasi Mandhy ayam. Banyak... sampai x habis acik ni makan... Tapi bila nk solat memang kalut skit, sudahnya kat pintu pagar masjid ajer hihihi





ok lah... nnt sambung lg

posted from Bloggeroid