Pengikut

Khamis, Oktober 31, 2013

Hangat dan hangit..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Curi-curi masa untuk menghapdet blog kesayangan hamba ni hihi

Macam2 cerita ngeri akhir2 ini kan.. tembaklah, tikam, bunuh etc etc.. sungguh tak selamat Malaysia ni jadinya. Walaupun selalu dengar statement Malaysia negara yang AMAN. Tapi hakikatnya bukan sahaja di luar rumah, di dalam rumah pun kekadang tak selamat kan... tekanan hidupkah? ataupun hilangnya pegangan hidup yang mendorong manusia bertukar jadi binatang sebegitu?

Arituh terdengar kat ikim.fm pasal adab keluar rumah.. so bila dah dengar, maksudnya dah tahu lah kan, bila dah tau takde makna kalau tak amalkan. Dan kalau amalkan sendiri2 pun takde maknanya, baik ajak sekali anak2 dan ahli keluarga (dan tak lupa kawan2 maya ku ini) amalkan.. 
Amalan apakah itu?

Jom baca 
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ 
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dari Allah”.

Doa ini bersumber dari hadis Nabi:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ يَعْنِي إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ يُقَالُ لَهُ كُفِيتَ وَوُقِيتَ وَتَنَحَّى عَنْهُ الشَّيْطَانُ
Dari Anas ibn Malik bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang berdoa ketika keluar dari rumahnya dengan : “Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi la haula wala quwwata illa billah” maka akan dikatakan baginya: “telah dicukupkan untukmu, dan telah ditakutkan kepadamu”, dan ia telah dijauhkan dari syaitan”.

Actually ada lagi doa yang agak panjang, tapi kekadang kalau panjang2 sangat susah plak nak ingat, terutama nak suruh budak2 baca kan... so betterlah pendek jer tapi di amalkan

Dah lama saya tak posting gambar telekung kan...
Acik kekurangan masa lapang lerr hihi.. yang penting telekung2 ni dah sampai ke tuannya.
Antara yang sempat di muatkan disini... layannnnzzz


Sajer nyelit projek yang dah lama siap..
Atas permintaan anak dara  yang nak jugak ada Miz Owlie niii
Fabrik pilihan sendiri, tapi umi lah yg do the matching, kalau ikutkan tuannya, semua nak pink... tak rock langsung!
Tuannya happy betul tuh..


Sampai jumpa lagi yer kawan2...
Wassalamulaikum

Regards;

Isnin, Oktober 28, 2013

Cuti2 Malaysia at MY SEWING ROOM :)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Comes again Monday..
Hari ini berapa Zulhijjah erks? Alahai.. lupo ler, next week dah awal Muharram kan (Bab cuti ingat jerrr kan hihi)

This week santai betul weekend saya, hari sabtu dok "membakor" jer.. bakar lemak lerr, pagi ke taman tasik, malam plak swimming. Izzah plak dok sibuk dengan novel dia, so tak mo join (sementara Cu ada ni boleh ler tinggalkan kan kan!), So berjaya buat 20 laps in 1 hour, tanpa gangguan ahaks!

Ahad plak, hubby ajak makan kat luar, hajatnya nak ke Dapur Sarawak, tapi tutup ler plak. Terus divert ke Nasi Arab AFC kat Greenwood, amik kooo... kaput diet weh!, yang di bakar semalam pun boleh cover balik in 1 day kui kui....

Yang best bila makan kenyang2 kat luar, balik rumah relex jer lah... takde nak sibuk2 masak lagi dah, dinner kita makan roti jer laaaa...

Jom layan gambor...


Projek nak mengabihkan scrap ( yang dah se-tong besor tuh kan )
Tapi nampaknya tak berapa nak luak pun scrap saya tuh hihi...
Guna teknik paper foundation... rasanya saya pernah share teknik ni sebelum ni (malesh betul nak cari link balik hahaha)


Yang kat bawah ni plak tempahan customer...  my favorite... mix and match.. colorful patchwork



Dan yang ini plak complete set Birdie for Aisyah.. siap juga akhirnya


Colorful backing...


Pillowcases tuh sebenarnya dari lebihan panel. Panel ni herot teramat, at last saya made a decision to cut it off, tapi sayang plak kalau tak guna kan, buat pillowcases je lah, but still nampak herot tuh (anggaplah satu kesenian yer hihih)


Ok.. thats all for today, kepada yang ingin nak tempah quilt, boleh email saya yer :)
Yang nak tempah telekung budak pun.. sila sila yerr
(Amboi mokcik promo sakan kan...)
Yang dah email, tapi belum di balas, insyaallah saya replay by today, maafkan mokcik ni sebab agak bizi.. lunch hour pun occupied dengan kojo huhuhu...


Regards;
 

Isnin, Oktober 21, 2013

Liltle Birdie for lil Aisyah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
The longest silent ever...
Masih bernafas di bumi Allah ini, Alhamdulillah

Aidiladha pun dah berlalu, tanpa ada sebarang ucapan pun dari empunya blog ni kan... Nak buat macamana, empunya blog tersangatlah bizi dengan kerja di ofis. Projek jahit menjahit pun suam-suam kuku.

Hasil rempitan sebelum balik kampung untuk aidiladha arituh, in one night sempat basting, quilting dan binding


Nampak gelapkan... warna sebenar fabric stars tuh adalah dark brown... nampak gelap dalam gambar. tapi live memang very nice combo


Dari koleksi ChirpChirp from Moda if not mistaken...


Siap di sulam nama, date born, height and weight...
sesapa bertanya.. sila tunjuk jer kat quilt ni hahahaha
Ada lagi nak kena siapkan bolstercase dan pillowcase.

Adeh! saya rasa amatlah malasnya nak buat bantal kekabu dah... nak ambil readymade bantal mahal ler plak kan... tak kuasa betul dengan abuk kekabu nii......

Thats all for today...
Wassalam


Regards;
 

Selasa, Oktober 08, 2013

Cuti-cuti Malaysia - Pangkor

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Our weekend escape last week, 4-6 October 2013
For the first time kami menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor...
Kat atas ferry...

OPssss... Nampak tak yang extra tuh? extra apa? Extra chin lerrrr hahahaha. 

Kami gerak dari KL pukul 10.30 pagi (I remembered listening to Usrati at ikim.fm hihi)
Singgah di area Teluk Intan untuk makan dan hubby solat Jumaat. 
Sampai di jeti Lumut lebih kurang 3.30pm
Boarding ferry to Pangkor at 3.45pm
*Parking fee at Jeti Lumut RM0.50 for first hour, subsequent hour RM0.40 per hour, for 3 days 2 night we pay about RM18.10
(saya sertakan info on cost kesana untuk rujukan dimasa depan dan jugak rujukan kawan2 yerrr)

Sampai di bilik dah petang, lepas solat asar, kami turun ke pantai. Dekat jer dari hotel tempat kami menginap, rasanya dalam 5 meter kut

Sunset at Nipah Bay, Pangkor

Dah letih main ombak, main pasir plak dah


2nd day kami go for so called island tour and snokelling..actually taklah jauh bebenor, nampak tak pulau kecil kat gambar kat atas ni... kat situ je pun


Kos sewa boat kecil untuk 3 aktiviti (island hoping, mandi & snorkeling) cuma RM40.00 tak termasuk set untuk snorkeling (RM5 per set)

Island tour nyer kejap jer, takat tengok batu bentuk ikan paus nii kat Pulau Giam
Then batu bentuk croc niii..
Then batu bentuk penyu (actually belakang croc tadi jer)

Disebabkan air agak surut, kami pergi mandi pantai dulu di Coral Island
sakit kaki wehhh... asyik dok pijak batu dan serpihan coral.. better terapungkan diri je lah..

Bila air dah pasang baru kami g snorkeling,
Mungking dsebabkan hujan on and off kat sini, air taklah jernih dan tak nampak ikan pun, jauh sekali nampak batu karang huuhuhuhu... Tak puas hati betul! Tak macam di KK arituh, memang ainya jernih sangat2. Bare in mind, ini selat Melaka yerrr

Kami yang tak pandai pakai google set untuk snorkeling, pakai google sendiri jer lah hahaha...

Dua2 kena cop dengan batu... alaaa skit je pun huhu
Actually ombak agak kuat, so memang agak merbahaya untuk snorkeling

Tempat tinggal kami selama 2 malam, Anjungan Beach & Spa Resort... lengkap dengan kolam renang bentuk perahu kat tengah tuh, siap ada jacuzzi, best jugak berendam...

Harga2 bilik.... (takde breakfast yerr)

Kami ambil bilik yang 4 orang (yang 3 pax dah sold out!)

Biliknya agak selesa, Izzah tidur kat attic tuh yerrr hihi (whoops sorry for the messy, sampai2 jer terus cepat2 nak solat dan nak turun laut kan)
Kedai makan banyak di tepi2 jalan are Nipah Bay ni, tapi compared to kat pekan Pangkor, disini lebih mahal, standard macam harga KL gitu. Kami makan ikan cencaru bakar, cost us RM25(malam sebelumnya ikan apa ntah, RM38.00), all over termasuk air about RM50++ jugaklah sekali makan. 
Nasi campur + air untuk 3 orang disini cost us about RM23, sedangkan di pekan Pangkor cuma RM17.00

Oklah.. thats all for today...
Sajer share kut2 ada yang hunting for latest info. Sebab saya pun selalunya banyak skodeng blog untuk info ke tempat2 percutian nii.. :)
Wassalam


Regards;
 

Selasa, Oktober 01, 2013

Tutorial Quilted Tafsir Al-Quran Cover

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Just a quick project late at night... siang2 tak sempat, dah nak tidur baru terfikir hihi

Pastu ter'rajin' plak nak ambik gambar buat tutorial, actually dok berkira2 jer yang saya dah lama tak buat tutorial (dah kurang investment akhirat weiii)


Mula2 jom ambik ukuran

Untuk mini tafsir ini ukuran tinggi (garisan lurus merah tuh) dan lebarnya (measurement tape) adalah 6 inch x 9.5 inch - refer gambar kat bawah

Now boleh potong fabric... remember
add 1/2 inch seam allowance untuk lebar, dan 1 inch seam untuk tinggi

Main fabric 7 (6+1) x 9.5 (9=0.5) inch (1 piece)
pocket fabric 7 x 3 inch (2 pieces)
Thin batting 7 x 9.5 inch (1 piece) - saya letak batting kat sebelah luar sahaja, so that taklah nampak bulky sangat.


Batting & main fabric dicantumkan.. quilt as you wish
actually patchwork yang saya guna ni adalah dari tong UFO (UnFinishObject) saya... tetiba ngam plak dengan saiz body tuh.

Attach pocket fabric on both sides of the body fabric, refer arrangement below


Then trim any excess fabric

Cut the lining (saya potong lining selepas confirm size body - kes malas nak kira hihii)

Tandakan titik tengah

Lekatkan ribbon untuk jadi bookmarks

Sew body and lining together, leave a small opening to turn the inside outside

Trim hujung bucu fabric seupaya senang nak dapat sharp square, kemudian terbalikan (turn inside outside) dan gosok bagi kemas

Lipat bahagian pocket kedalam dan top stitch
Lebih baik try fit in dulu untuk dapatkan saiz yang sesuai yerrr.. karang syok sendiri menjahit, last2 tak dapat masuk (ehem! macam saya hihihii)



Here you areeeee......


Ok now kalau baca kat public pun orang tak perasan yang kita sebenarnya baca al-Quran kan... bukan malu nak baca alQuran kat public, tapi takut dalam hati ini ada sedikit perasaan PERASAN

Moga bermanfaat dan selamat mencuba yer kawan-kawan
Kalau anda nak cari idea2 lain, boleh search kat google "book cover tutorial" or "fabric journal cover tutorial", banyak tutorial yang available... rajin or malas jer nak tengok satu2 hihihi..
Anything kurang jelas boleh comment yer...

Wassalam

Regards;