Pengikut

Jumaat, Mac 07, 2014

Kelas SUKASA 01.03.2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Aktiviti last weekend..

Kelas Sulam Kasih Sayang (SUKASA) di restoren Big Brother, Jalan Ipoh
Seronok jugak jumpa dengan kawan2 yang mempunyai minat yang sama. Cuma agak terkilan kerana banyak masa kat kelas Embird sahaja. Bagi kami yang tidak membeli dan takde niat nak beli embird ni....dok menung jer. Adalah skit2 ilmu digitizing kat embird tuh yang mungkin bolehlah apply kat SWA kut.
Cuma dah lepas lunch baru ada skit2 sharing pasal mesin NV950 ni dan menyulam kat belakang in small groups, tapi masa tuh hubby dah datang ler plak. Dah nak balik huhuhu.. sedih tau.
Patutkah daku pergi lagi gather2 camni? Tapi bab jumpa dengan kawan2 yang kenal online jer memang best.. maklumlah sama minatkan.
Apa pun saya tidak menyalahkan penganjur tau, rasanya bagi yang beli embird memang berbaloi ler join kelas nih. Mungkin sebab expectation saya berbeza skit kut.

Cerita lain plak..
Colourful new bag untuk budak yang sangatlah bizinya nih..
Beg pergi tuisyen malam

Kain tuh pilih sendiri tau...
Tuannya memang bizi setiap hari, pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam ada tuisyen plak kat sekolah anjuran PIBG, Sabtu plak cikgu2 sekolah buat kelas tambahan fuh!
Kesian jugak saya tengok, tapi nampaknya budak ni takde pun tension... relex jer hahaha.

Oklah.. sekian, wasssalam

Regards;
 

7 ulasan:

  1. ha.. budak yang nak belajar memang la tak tensen selalu nya walau bz sgt... yg tensen mak pak nyer la... duk ulang alik p hantar p ambik.. siap tu siap nie... yg tu la yg selalu cik azue dengar mila ...mmm beh no p gather2.. tapi nampak nyer.. i gather alam maya jer la... payah sikit la nie nak tinggal jejaka 2 ... hhuurrrmmm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laaaaa... memang betul sangat tuh, mak pak yang dah start tensen nih... nak hantar nak jemput, nak kejut bangun tido pagi sabtu cukup payah, bangun solat subuh kejap jer, pastu tido balik....
      Azu dah teroro dah menyulam... kena belajar ngan azu kut saya nih kiki

      Padam
  2. Baguslah Mila kat sana ada kelas macam tu. Tempat kakak tak ada. Kalau ada kakak pun suka nak join...

    Anak kita memang busy Mila kalah kita yg kerja ni. Anak kakak tu balik sekolah agama kalau tak makan malam memang balik tuisyen baru makan. Itupun kakak suap sambil dia buat homework. Kadang kesian tengok macam apa dah belajar sekarang ni... Pagi sampai nak tidur baru lepaskan buku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katanya kalau ada yg sudi jadi organiser, diorg akan buat jugak gather2 di lain2 negeri nanti..

      samalah tuh kak, sebab tuh saya try masak as simple as possible supaya boleh makan cepat balik dari sekolah petang, kena plan betul2 masa nak mandi, nak solat n makan, kul 8 dah nak ke sekolah semula. Kekadang time dia rajin, dah siapkan homework kat sekolah, time cikgu tak masuk.. tp nak kena pesan selalu. Leka main, lupaa

      Padam
  3. Kak ros pun terkilan jugak...rupa2 nye ade group share info guna nv 950 di depan dengan Prince Sulam tuh...kite terceruk duk kat dapur...admin patut wawarkan terlebih dahulu....kak ros da beli embird pun rasa nak termuntah dah tk bole nak absorb...too long...berapa banyak aje bole masuk otak tua ku huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangkakan kak ros memang khusyuk dgn embird sbb mmg dah ada kan.. yg tril very limited

      Yg kelas kat belakang tuh secara senyap2 jer diorg buat. saya tau pun bila dah nak balik tuh.
      Rasanya kelab kaki sulam ada jugak nak buat gathering weekend nih kut... tapi rasa macam malaslah nak g.. lelain kalilah

      Padam

Love your comments...