Followers

Monday, November 03, 2014

Jalan-jalan lepas lepas PSRA, tapi belum abih UPSR hihi


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Cerita lama.. baru sekarang nak update diblog.
Walaupun UPSR tertunda2, tapi kami dah rancang awal, hotel pun dah book. Izzah pun bukan semangat sangat dah dengan UPSR hihi. 

Plan asal nak ke TRAP di Sungkai jer, masuk on Sunday, nak dapatkan on weekend asyik penuh jer.
Tetiba hubby kata tak best plak Sabtu tak duduk kat rumah jer, alang2 pergi Cameron dulu, then Ahad baru ke Trap.
Hari Jumaat malam baru booking hotel di CH kikiki


Sampai ke CH pun dah petang, check in hotel, relex2 jap, turun makan n terus ke pasar malam. Jalan kaki jer pun sebab dekat jer dengan hotel. Tapi mokcik ni tak berapa nak rut (orang Pahang mesti faham kikiki). Lepas pusing pasar malam terus balik ke bilik... huhuhu nasib baik.. lepas tuh hujan lebat. Tak terbayang camna ler those yang bawa baby tuh kan.

Esoknya lepas sarapan singgah jap kat Time Tunnel, Izzah sibuk nak kutip strawberry. Rasanya harga strawberry kat pasar malam memang lebih murah ler. Izzah memang sibuk dengan strawberry cecah coklat je lerr huhu. Rasanya lebih 60 hengget beli strawberry jer. No more keychain or mende2 yang tak berapa berguna tuh.
Then teruskan perjalanan ikut Simpang Pulai, singgah KEA Farm, singgah makan homemade ice cream etc etc...
Takde lawatan beriya sangat pun, sesaja berjalan2 jer

Petang dalam pukul 5 baru sampai di Felda Hotspring Sungkai
Lepas check in semua, terus ke hotspring
Tapi dah nak tutup pun, dapat jalan2 and tengok2 jer.

Penginapan di hotel tersebut termasuk tiket hotspring for 2 days, so.. no worries.. esok boleh masuk lagi.

Pagi2 lepas breakfast kami dah pun ke kolam hihihi
Seeee.. takde orang pun lagi, punyalah susah nak suruh si Izzah ni bangun


Tempat ini kami yang punya hahahahaha
Izzah main sorang2 jer tuh kiki. Dah last2 ada beberapa orang budak main sama-sama dengan Izzah kat situ

Nasib baik masak telur awal2, lepas tuh ada yang masak telur sesarang huhu.. jenuh nak menunggu
Makan telur sampai rendam kaki.. best
Nak berendam badan malas ler plak

Overall, TRAP kat Sungkai ni oklah... out of 10 saya bagi 7 kut.
Sebab tak banyak sangat tarikan untuk budak2. Tapi memang masih mengekalkan hutan semulajadi, Kalau buka malam, macam Tambun lagi best kut kan.

Sekian melaporkan... sebagai rujukan dimasa depan hihi




Regards;

2 comments:

  1. Kami nak pergi tapi tak terpergi pergi lagi......tahun ni x da plan. Sofiya habis sekolah exam cambridge pula.....

    ReplyDelete

Love your comments...