Pengikut

Rabu, April 22, 2015

Kompilasi Milk Booster

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Ok adik-adik.. harini kita belajar pasal penggalak susu, ataupun dengan nama lainnya milk booster..
Adoaiii mcm dalam kelas tadika plak kan..

Sajer lah nak share kat blog ni pasal penggalak susu.. bagi ibu2 yang menyusukan. Kut2 ada manfaat kat kawan2 yang lain, dan jugak kut bermanfaat pada saya dimasa hadapan (kut berguna untuk zaman cucu cicit nanti kihkih)

Halba/Fenugreek
- surprisingly, halba ni takde dalam kamus berpantang mak saya huhuu (my main referral). Tapi memang sangat2 berkesan. Boleh rasa effectnya dalam 2 3 hours
- cara pengambilan :
#boleh rebus/rendam dengan air panas + honey = minum
#bahan utama dlm nasi nagang (pantang nampak nasi dagang.. mesti nak beli kihkih)
#masuk dalam kari ikan yumyum
#goreng tanpa minyak, tumbuk halus n campurkan dengan honey
#boleh jugak beli dalam bentuk kapsul tp agak mahal.. x berbaloi lerrr
#boleh didapati di bahagian spices di supermarket.. murah jer pun

Durian
- yang ni baru cuba, memang berkesan, next day effect
- dan ini memang ada dlm kamus my mum.. bole je nak makan time pantang asal jgn lebih2, moderation is the key

Pegaga
- masa pantang arituh selalu jer mak belikan pegaga, tp masa tuh takdenye nak kisah sangat dgn milk booster ke apa.. semua direct feed jer, bila dah ngepam ni baru terfikir, memang betuller milk booster
- boleh ambil sebagai ulam, boleh jugak buat kerabu (yumyum), blend jadi jus or boleh gak buat masak lemak (adoiii lamanya tak makan)

Milo/Horlick
- apa minuman dengan malt adalah penggalak susu bagi sesetengah orang, tapi rasanya bagi saya macam so and so jer

Kurma
- makanan sunnah kan.. since saya memang makan setiap hari, so tak tau ler nak kata booster ke tak.. but bagi sesetengah orang memang milk booster
-kalau dapat kurma ajwa lagi bestkan

Soya/barli
- arituh saya minum vsoy.. ooooo sedapnyerr.. rasa soya sebenar kiki opss iklan plok
- nak kata boost susu sampai berkilo tuh idok ler kut. for me biasa2 jer

red dates & longan
- yang ni dari petua orang cina rasanya... boleh dapat kat kedai2 herba cina or supermarket mcm JJ
- saya selalu gak minum, tapi emmm tak nampak sgt ler kesannya, cuma sedap n menyejukkan badan je lerr, boleh tambah biji goji jugak (saya baru nak beli, jumpa packing besar plak, terus tak jadi nak beli)

Badam
- roasted badam + low fat milk + kurma + kismis = blend... yummy
- saya rasa taklah jadi MB sangat tapi lebih kepada nak pekatkan susu jer pun

White Raddish/Lobak putih
- my milk booster... tapi saya tak reti sangat nak masak.. selalu buat sup jer, dapat 2 3 kali makan dah buat muka moyok kuikui

Jantung Pisang
- Yang ni mak pun suggest makan.. tapi mak kata kalau beli yang kat pasar tuh tak berapa ok sebab tak tau pisang apa. Sesetengah pisang tuh berangin huhu.. balik kampung je ler baru dapat makan nampaknya.

Overnight oat
-yumyum.. sedap

Chia Seed
-boleh tambah dalam overnight oat, ataupun masuk dalam air minuman
-make sure banyak minum air tau
-masuk dalam cookies pun sedap gak yumyum

Air sejuk/plain water
-minum air sejuk yang berpatutan, tapi jangan terlebih plak
-setakat ini saya cuma make sure ambil 3 liter sehari

Kalau baca2 di internet, brewers' yeast pun MB, tapi tak sure halal ke tak.. tak berani nak try

Pengetahuan pasal MB ni kadang tuh perlu jugak, tapi yang penting jangan terlalu obses dengan milkbooster sampai kita lupa yang sebenarnya above all, positive mind is the main key to successful BF.

Honestly saya bukanlah seorang ibu yang berjaya dalam BF ni... tapi bukanlah total failure.
Saya ibu yang berusaha kikiki

The key is.. enjoy your journey as a breastfeeding mother... enjoy every moment
Ada ibu yang susunya melimpah ruah, tapi keep on feeding the freezer not the baby, so bersyukurlah dengan apa yang ada setelah berusaha

Dan.. dan.. tak lupa... Yang Memberi Rezeki itu bukanlah kita, tapi hanyalah Satu, Yang Maha Kaya....





Regards;
Ibu Berusaha
  

7 ulasan:

  1. Semuanya dengan isinNya juga. InsyaAllah...:)

    BalasPadam
  2. Betul juga Mila kalau banyak simpan dlm freezer aje pun no point kan.
    Yg penting baby minum selayaknya..

    Pengaga kakak dah buktikan dulu memang kakak percayalah. Sama juga dgn red dates and longan. Kakak dulu buat tau lagi pun kakak memang suka sejak preggy lagi itu yg terikut masa dlm pantang..

    BalasPadam
  3. Semua yang kat atas tu pernah try sebagai MB tapi tak semuanya menjadi pun. Apa2 pun alhamdulillah semua cukup untuk baby

    Setuju dengan dengan statement "feeding the freezer" tu. Kadang2 mommies ni ghairah sangat nak kumpul EBM for not sure reason. Kadang2 terfikir juga kenapa la nak bagi baby susu yang dah lama (3-4 bulan lepas punya) sedangkan yang fresh la yang terbaik kan... Lepas tu usaha la nak cari anak susuan sebab sayang nak buang susu2 tu...

    BalasPadam
  4. Good sharing tu Mila.. tapi akak dah tutup kedai dah eheh :)

    BalasPadam
  5. banyak rupernya penggalak susu badan..

    BalasPadam
  6. Betul, betul. Setuju. Yati tak pernah amalkan dulu, apa-apa penggalak keluar susu ni, sebab susu memang banyak, mungkin sebab yati surirumah kot. Tak pernah pam. Cuma kena minum air banyak, dan happy. :)

    BalasPadam

Love your comments...