Followers

Wednesday, February 17, 2016

Cik Maryam kesayangan

Assalamualaikum..

Lama dah tak update projek jahit kan..
Hujung minggu sempat gak sejam dua menjahit, tapi projek yang ntah apa2 jer, kadang sekerat jalan, sampai la ni tak siap2 hahaha

Cik Maryam sekarang dah pandai jalan, terkedek2..
Pantang buka gate tangga, kalau dah naik tangga, kejap turun kejap naik je lah kerjanya, kalau angkut turun marah, angkut ke atas ngamuk. Adoiii cik Maryam

Dah beberapa hari ni dok nursing strike. Merajuklah sangat sebab kena marah gigit nenen kan. Tapi bila dah nak tutup mata, nak gak ada nenen. Dreamfeed je lah. Agaknya dah towards end of the BF journey buat Asfa Maryam kut. Dah 15 months pun... Target nak sampai 18mo, tapi nak wat camna...

Gambar budak pakai baju umi jahit.. umi namakan butterfly wing raglan dress
Uihh nama punyalah gempak kan...

Wassalam
Regards;

Wednesday, February 10, 2016

Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris

Assalamualaikum
Ada yang masih berminat dengan buku ini?
RESTOCK : Cetakan ke 7, January 2016

Harga retail masih lagi dikekalkan pada RM39.00 sebuah
Dan saya jual dah termasuk kos pos semenanjung Malaysia, menggunakan pos ekspress

Andai ada yang nak beli borong or nak jadi agen, harga dah ada sedikit kenaikan:
10 buah = RM30.00 sebuah
50 buah = RM26 sebuah

Harga adalah tidak termasuk kos pos

TAAAPPIIII...
Untuk masa terhad, saya bagi free kos pos pada harga yang disebutkan di atas, masa terhad sahaja yer.

Boleh message or WA saya ok
019-254 8268
(No phone call, just message shj)





Regards;

Wednesday, February 03, 2016

Senyum lagi...

Assalamualaikum...

Tak abih2 lagi senyum yerr hihi
Senyum itu sedekah
Senyum tanda gembira

Masa awal2 ambik tempahan telekung dulu2 memang ada gak terima tempahan telekung dewasa. Yang sedondon mak dan anak2, ini antaranya hihi

Lepas 3 tahun dapat testimoni camni... rasa mcm seronok sgt..
Rasa mcm nak ambik tempahan dewasa plak kuikuikui (Sila jangan TAMAK yer tuan blog :-P)



Wokey la... kasi chan tuan blog perahsan sorang2 yer kuikui
Terima kasih pada yang bagi positive feedback...

Disaat semua harga barang dah naik ni, terasa gatal tapak tangan nak naikkan rege telekung. Tapi bila fikir2 telekung ini adalah satu amal jariah jugak untuk latih anak2 belajar solat, maka masih tertangguh sampai sekarang. Last beli kain sebelum GST, walaupun masa tuh memang harga cotton naik melonjak-lonjak.

Dan sekarang stok kain ni dah berkurangan... jadinya bila dah start guna stok kain baru, terpaksalah kami naikkan harga telekung.... bila tuh? Entahlerrr... Banyak ker naik? Mungkin seminima mungkin,
Cadangnya nak offer telekung jersey jugak, yg mana kos kain lebih murah. OPssss makcik ni memang suka verangan... semua itu cuma perancangan, jadi ker idok tak tau ler... Doa kan makcik yer kikiki



Regards;

Tuesday, February 02, 2016

Senyum sepanjang hari :-)

Assalamualaikum..

Bila dapat komen positive, kadang tuh senyum sepanjang hari
Banyak komen positif dari customer setakat ini, cuma kadang tak sempat nak share, ada yang return customer jugak

Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan biz sebesar tungau kami ni hihihi.. setakat ini customer pun baik hati, tunggu dengan sabar tempahan disiapkan, kadang kalau banyak tempahan, lambat skit, kadang tukang jahit saya yang seorang tuh tak berapa sihat, lambat gak ler siapnyer




Wassalam

Regards;