Followers

Tuesday, April 18, 2017

Mini telekung a.k.a telekung umrah

Assalamualaikum..
Bersiaran dipagi selasa yang indah
Semalam Asfa tak berapa sihat, demam. Dah sekian lama tak demam rasanya, sampai umi pun dah lupa bila last demam kakakaka, Rasanya tahun lepas, dalam bulan 9 gitu ada demam.

Mini telekung in da hauz...
Asal kejadiannya telekung umrah, sebab ramai yang berminat dengan telekung yang pendek skit, just sampai hujung jari jer dan juga berpoket.
Tapi bila dah dekat nak puasa ni, dah masuk Rejab, ramai plak yang request telekung yang sama untuk terawih. Bukan apa... telekung yang tak labuh sangat ni amat selesa untuk solat Jemaah, tak terpijak telekung masa nak bangun. Sesuai jugak kalau dipakai dengan jubah jer, poket kecil plak jadi tempat untuk isi duit untuk tabung masjid.... senangkan.

Terima kasih lah atas tempahan, ada yang siap promot kat kawan2 opis plak tuh...



Moga Asfa cepat sembuh... boleh umi sambung menjahit.
Sampai jumpa lagi... ilalliqa

Regards; mila

1 comment:

Love your comments...