Pengikut

Sabtu, Mei 19, 2018

Umrah DIY : رمضان كريم (part 3)

Assalamualaikum...

Post ni sajer nak jot down certain tips n things yang mungkin berguna sebagai rujukan di kendian hari. Apa pun mungkin through time ianya akan berubah, sebab expansion, renovation n construction masih lagi berjalan:

1. Keluar awal at least 45 minits sebelum masuk waktu solat untuk mendapat tempat yang selesa. Port yang saya suka adalah di tingkat bawah (selari dengan mataf, tp belah belakang), belakang hijr Ismail. Tempat tuh kurang orang kecuali dah dekat2 nak solat, so senang nak pilih tempat yang boleh nampak direct kaabah
Tambah plak dekat dengan tempat wudhuk for ladies.Tempat wudhuk sekarang dah tertutup tau... tak macam 6 tahun lepas


Nampak tak... masih blom siap sepenuhnya, tapi tempat ni memang dah ber aircond.

Kalau dari Safwah selalunya saya ambik entrance no. 1, King Abdul Aziz, lepas tuh ambik jalan ke kiri n turun eskelator ke bawah.

Sementara hubby lebih suka nak solat belakang imam, so dia akan masuk guna entrance Ajyad, ambik kekanan, turun bawah terus area imam. Ada pagar khas yang dijaga polis untuk solat bersama imam, tp kalau dibelakang imam tuh ikut first come first serve lah.

2. Toilet agak jauh, kalau agak2 ambik hotel yg dekat berbaloi lg balik ke hotel. Yang saya tahu ada 2 toilet perempuan, di area Marwa n area berdekatan Hilton Mekah (in between hilton n Dar Tauhid)

3. Tempat2 baru (yg dibina recent 2 years ni) memang banyak kemudahan, selain ber aircond, ada juga dedicated place untuk charge phone, mmg dah ada USB point kat situ, cucuk jer cable anda. Sorry tak de gambar plak


Ini kawasan baru, saya tak nampak plak ada wanita kat kawasan ni, mungkin belah belakang kut.


Information counter, kalau ada masalah agama pun boleh tanya. Tapi in arabic lah yer kikiki... kadang beratur panjang diorg ni


Kalau nak dengar khutbah jumaat dalam.bahasa kita pun boleh. Dengar kat phone, ada frequensi FM yg kita boleh pilih. Tapi bg saya bahasa khutbah ni simple n bahasa buku, mudah paham jer. Mungkin org yang takde asas arabic langsung perlukannya

4. Untuk elak kehilangan kasut or selipar, pls bawa ler plastik sendiri dan bawa jer kat mana2 kita duduk. plastik kasut tuh kita letak kat bhgn tepi, in shaa Allah ok. Saya mmg bawa selipar khas yg saya dah basuh siap2. Tapi hari ke 4 kut rasanya, saya terlupa bawa plastik, bawa jer selipar masuk ke dalam n letak kat rak kasut kat area tempat solat tuh. Tetiba.... amikko.. tengok dah hilang. Tak tahulah sapa yang ambik, or mungkin org keluarkn n tak masuk betul, bersepah n abih kena sapu dik cleaner.... haha... nasib ada selipar bekap (back up)

5. Benda yang saya ingat TAPI lupa nak bawa 😄😄😄😄 adalah panadol. Kat sini kalau nak beli kena beli sekotak 20 biji terus. Saya plak dapat selsema on 3rd day kat sini huhuhu... beli jer laaaa

6. Since ini DIY jer... saya tak bawa banyak baju. Bawa cabin bag satu sorang jer, tak masuk kargo pun (hala pergi)..
Baju saya ada 3 pasang jer : 2 pasang jubah seluar n 1 jubah hitam; baju tidur ada 2 pasang (1 tshirt n pant untuk pakai dgn jubah).
Jangan lupa juga bawa hanger sendiri (2-3 pieces)...senang nak basuh baju. Kat sini lain skit sbb kita berpeluh pun takde bau, so mostly boleh pakai seharian... basuh guna sabun mandi kat hotel jer, terus hang n biarkn kering. Di mekah mmg lambat skit kering berbanding di Madinah (cuaca sekarang lah, kalau yg dtg musim sejuk saya tak pasti camna)

Pemerhatian saya.... kain seperti cotton n poliyester cepat skit keringnya. Kalau t.shirt mmg lambat kering.

7. Walaupun saya ni penjahit telekung, tapi langsung tak bawa telekung pergi umrah 😆😆😆😆. Memadai dengan tudung yang labuh. Lebih senang sebab kalau berhimpit dengan jemaah lain masa solat, takde terpijak hujung telekung.
Dan kekadang kita terus pergi makan balik dari solatm takdelah nak berjaga2 sangat macam pakai telekung putih kan...

Nantilah acik letak gambar... takde satu pun gambar full ni 😄😄😄, selpi fun takde kat phone sendiri... sabau je lah kan

8. Yang ini saya beru jer terfikir bila tengok orang lain buat (kenalan orang Malaysia jumpa di MasjidiHaram).. bawa biskut yang pack kecik2 tuh, mungkin boleh beli dari Malaysia jer, kat sana bole sedekahkan kat budak2 or orang dewasa pun. alaaaa ini mcm pek kecik biskut kacang ker... senang je nak bawa pun..

9. Shopping kurma better di Madinah. Rasanya harga lebih murah. Kami dapat kurma Ajwa (said sedang) SR40/kg, siap packing dalam kotak terus, in total 7kg. Kami memang cari ajwa sahaj, sebab susah nak dapat kat KL hihi

Ok... nnt2 saya tambah lagi kalau teringat ye..
posted from Bloggeroid

2 ulasan:


  1. تقدم شركة تاج 0551844053 افضل خدمات التنظيف للمنازل والبيوت وكذلك ايضا تنظيف السجاد والموكيت والمجالس وبيوت الشعر
    بالدمام والخبر تنظيف فلل وشقق ومطاعم نقدم عمليات التنظيف الشاملة بمفهموها العصرى والحديث
    شركة تنظيف بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة تنظيف خزانات بالدمام
    شركة تنظيف سجاد بالدمام
    شركة تنظيف فلل بالدمام
    شركة جلي بلاط ورخام وسيراميك بالدمام
    شركة تنظيف شقق بالدمام
    شركة تنظيف مجالس بالدمام
    شركة طيوب لتسليك المجارى بالدمام

    BalasPadam

Love your comments...