Pengikut

Isnin, Jun 17, 2013

The unlimited "RE" on Sunday...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

REfashion.. REcycle.. REdo.. REpurpose.. REuse.. what ever "RE"

Selepas siap Junior Pilot toddler quilt Sabtu arituh.. rasa macam malas nak start dengan another order (huhu.. one more final quilt order before Ramadhan plus small orders..) rasa nak relex2.. sewing for fun.. no rules.. unlimited creativity.. 

Biasalah... di mulakan dengan menyusun semula fabric di gerobok tuh.. maka jumpalah banyak pending project dalam kotak UFO saya tuh hihi

Ini salah satunya, asalnya blue T berkolar ni saya beli few years back.. rasanya in 2011.. a very cheap deal, less than RM10 kalau tak silap. Tapi materialnya cantik, cotton knit tebal n sejuk. Cutting T-shirt ni ngam2 dengan saya bahagian atas, tapi sampai kat pinggang ketat & sendat woo.. plus singkat (package tuh.. ketat, sendat & singkat kiki) memang not my taste.. almaklum bukan muda remaja lagi kan... opsss alignment dah banyak larik kan..

What I did was.. buang kolar atasnya, rasanya ada ambik gambar original T, tapi ntah kemana dah gambar tuh... then top stitch jer 2nd layer kolar tuh.. very easy peasy.. jadilah kolar bulat jerr


Dari bawah dada ke bawah, saya potong dan sambung dengan lycra ni... asal kain ni saya guna untuk dress sew-a-long, tapi tak pakai, so dress tuh sambung pada t-shirt ni hihihi
Untuk nampak lebih matching, saya potong lengan tuh dan letakkan matching lycra kat hujungnya..
Bahagian kaki baju plak just jahit tepi halus tuh jer... kasi nampak beralun gitu...

Opss satu tips.. kalau sambung lycra n knit nii akan nampak menggelembung skit kat bahagian sambungan tuh.. so saya try letak dat (dart seams).. baru nampak cantik gitu (maybe tak nampak sangat dalam gambar ni kut).


Dannn bahagian bawah t-shirt yang saya buang tuh tadi jeng jeng.... saya jadikan anak tudung gituuu hihi.. amat selesa sekali, boleh pakai style tudung syria gitu...

Bestkan... unlimited creativity project

And then... another quick project malam tadi..
Membongkar plastik2 t-shirt lama, sorting mana yang masih boleh di pakai dan akan di dermakan.. yang buruk2 tuh masuk satu tong dannnnnn...
kita potong dan potong dan potong...
Then kita cantum dan cantum hihi..
Hasilnya...
Will write a story about this later...... maybe together with a simple tutorial k.

Till we meet a again...
Thanks for reading
Wassalam

Regards;

Fabric clearance sale

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada kawan2 yang berminat dengan cotton yerr...

I am selling this at:- 
RM17.00/meter 
or 
RM9.00 per half meter
(exclude post : you can choose pos berdaftar or pos laju)
All 45 inch width of fabric (except if I put a note below the picture) and light weight of cotton suitable for dress making and patchwork or quilt
Pls note that CT001 is 60 inch w.o.f
Pls note that CT002/CT003 is a Medium weight of cotton
Interested?
email me at my.milakamila@gmail.com 

Regards;

Junior Pilot toddler quilt set

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa khabar kawan2... lamanya tak bersiaran.
Cerita lawatan sambil "mengosongkan poket" di Jakarta pun belum sempat nak share kat sini... 
Balik dari sana kami berdua diserang demam, batuk & selsema. Saya plak ada training di Mid Valley on Wednesday & Thursday.... emmm sunyi sepilah blog ni hihi.

Pending order yang patutnya saya siapkan last week lagi.. tapi banyak benor halangannya, maka this week baru siap huhu.. nampaknya saya terpaksalah tutup quilt order sampailah lepas puasa ok. 

Dari panel Junior Pilot... saiz toddler

The matching quilted pillowcase, dan ada satu lagi yang tiada dalam gambar adalah simple pillowcase.. so ada dua pillowcase, senang nak basuhkan...
Moga si abang gembira dengan quilt ni yer... takde lagi nak berebut dengan adik :)

Thank you very much for the order...
Wassalam

Regards;
 

Khamis, Jun 06, 2013

Telekung Chomel : Kaka & Insyirah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kita mulakan pagi kita dengan doa Nabi Sulaiman ini...
Surah Sad : 35
Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun setelahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi

Hihi baru dengar motivasi pagi kat ikim.fm tadi, baca doa ni supaya kita kaya di dunia dan jutawan di akhirat.. in shaa Allah

Ok cerita seterusnya..
Dah siap telekung untuk si comel Kaka dan juga Insyirah..

Pilihan kain yang lama arituh banyak yang dah not available, nak restock pun macam dah takde kat supplier.. so ini kombinasi baru... dan saya rasa tetap cantik, malahan lebih cantik dari sebelum ini.. nampak soft gituuu



Moga Insyirah dan Kaka rajin2 solat yerr.. moga jadi anak yang solehah. Harap mummy keduanya gembira dengan telekung ini. Lain kali tempah lagi yer wink wink ;-)

Kepada yang berminat nak menempah, silalah tengok detail di sini ok. http://blogrimbun.blogspot.com/p/tempahan-telekung-kanak-kanak.html
Akan ada matching baru masuk harini... dan hopefully saya jumpa kain yang cun melecun di Jakarta weekend ni huhuhu... tetiba mokcik dapat pelawaan ke Jakarta, mokcik pun dengan excitednya setuju ajerrrr...
Kalau kawan2 ada apa2 tips yg berpekdah... silalah share yer. Almaklum, mokcik yang super duper excited ni first time pergi.

Oklah.. sampai disini dulu (macam karang surat tak formal SPM plak yerr)
Till another story
Wassalam

Jom dengar cerita pasal Qarun dan ambil pengajaran darinya
https://www.youtube.com/watch?v=KFggbq9NnqU


Regards;