Followers

Wednesday, January 11, 2017

Jalan-jalan Setahun 2016-2017

Assalamualaikum...

Tuan blog ni dah macam chipsmore kan.. kejap ada, laaamaa takde kiki

Hajatnya, tahun 2017 ni nak aktif semula di blog. Best apa, bila baca balik catatan kat blog ni, rasa seronok

Ini cerita kami di akhir tahun lepas (amboi rasa mcm lama sangat plak ayat "tahun lepas" tu kan)

Kami memang tak kemana cuti kalini, walaupun umi ni dok rumah, tapi ayah memang bizi memanjang sepanjang cuti sekolah. Akhir tahun baru ada ayah tak bizi... K.long dah bising memanjang, sibuk dok hapdet kawan2 dia pergi bercuti.

HB ada jemputan ada kenduri di Kluang, Johor, kalau ikutkan hati nak jer bercuti2 ke utara or pantai timur plak, tapi oklah.. JB pun ok je lah

Kami pergi awal, hari Jumaat dah berlepas ke JB.., kenduri hari Sabtu

Singgah isi "tangki" kikiki
Masa ni dah dekat pukul 3 petang, walaupun nampak kat situ beroperasi sampai 3ptg, pelanggan masih ramai.. even masa kami balik pun, masih ramai yang baru sampai

 
Tertanya2 jugak, kenapa dipanggil Kari Kambing 40 Hari erks?
Di peram 40 hari kah kikikiki
Oooo baru tau (adik ipar bgtau) 40 hari tuh di ambil sempena 40 hari khuruj geng tabligh. OK acik faham.
Kari kambingnya memang saya bagi 9.9 over 10 lah hahaha.. memang sedap. Tapi kalau ambik ayam, rasanya biasa2 je lah.
NasiArabnya agak banyak, so kalau next time kami pergi (siap2 ada next time :-P), rasanya better kami ambik 2 pinggan jer untuk 3 orang makan. Mana gambor nasi??? hahahah.. acik dah lapor, sempat2 baca doa jer, terus ngap... takde masa acik nak buka phone dah :-P
 
Di JB kami menginap di M Suites Hotel,
Tengok gambar macam nampak lawa jer kan,
 Apa pun oklah.. cuma hotel ni Nampak kurang terurus. Nampak macam facility yang dah lama n kurang maintenance

Traces of mesin jahit umi kikikiki..
Kami sedondon pakai palazzo purple-black ni kikiki.. tapi gambar k.long jer yang ada
Kain yang sangat lembut, beli kat jakel : section lelong @ RM12 semester. Dengan semester kain dapat 1 palazzo, jimat kan. Lawo plak tuh hihihi.. Adik je dapat sepasang...
 
Jumpa hero 2 orang ni kat JB... (backdrop HB tuh takde kaitan hihihi)

 Kami tak meronda JB pun.. setakat singgah di laman di raja kat Danga Bay jer.. tak tau apa namanya tempat tuh. Malam2 ramai orang singgah dan tak jauh dari hotel.

Malam sambutan tahun baru pun nampak meriah di JB, tapi kami balik ke bilik awal, dalam pukul 11 dah tido hahaha...

Balik hari Ahad... dah masuk tahun baru 1.1.2017
Disebabkan takdelah rushing nak sampai rumah, kami ambik keputusan untuk gunakan laluan dalam nak ke Melaka.

Dari JB kami ke Pekan Nanas dan Pontian.. uhuk uhuk tapi tak beli nanas, encik driver takmo singgah punggg

 Singgah di Laman Diraja Pontian, masa ni tengah hari ngit ngit... sempat gak k.long ajak selfie, nampak lawa jer pemandangan kat belakang tuh kan.. saujana mata memandang..
 
Tapi erkssss... kita tengok dekat skit, sebelah tembok tuh jer
Adoiiiii... sapaler punya kerja buang sampah camni... kadang saya rasa kesian dengan manusia yang tak menghargai alam sekitar nih... stop blaming pihak berwajib, its starts from US.. US means semua orang tau... kecik besor tua muda... Acik sedih laaaaa gini..
 
Apa pun, jom teruskan perjalanan...
Kami ke muzium Bugis, tapi tak masuk muzium pun hihihi
Singgah menikmati pemandangan tepi pantai dan muara sungai..
K.long dah kebulur... buka bekal Kacang Pool Haji (bekal dari Larkin hihi)
 

Kat sini, facilitinya dah agak lusuh di mamah usia, mungkin PBT tak cukup bajet nak menten kut... tapi apa pun tempat ni bersih. tak banyak sampah (nak kata takde tipu sangatlah kan.. adoii dah macam wartawan alam sekitar plak kikiki)
 Adik seronok dukung ngan ayah..
Asyik nak tong jer hahahaha (tong=dukung)
 Adik tengok air laut kat bawah....
 
Dari Pontian kami terus ke Batu Pahat, tapi hajat nak cari mee Bandung Muar, so tak singgah pun, teruskan perjalanan ke Muar.
Perut pun dah berkeroncong, dah masuk Asar pun...
Cari2 dalam dalam apps waze, mee bandung yang terdekat dari Bt Pahat adalah Mee Bandung Kamisah niiii... a.k.a Mee Bandung Parit Bulat
 
Honestly... tak rugi singgah,
Memang sedap sangat
Cuma harga yang dipaparkan rasanya tak sama dengan harga yang dibayar
Tak taulah itu harga tahun bila, mee bandung special cuma RM6 wahhhhhh.. murah amat 

Saya ambik mee bandung biasa
Hubby ambik mee bandung special

Si Kak Long plak nak makan nasi jer, so order nasi goring cina... adik pun dah lapar kut... banyak di tumpangnya nasi k.long tuh

Dari Muar kami ke Umbai, cari ikan bakar, plan nak ke ikan bakar Parameswara, tapi pukul 7.30 mlm dah beratur panjang.. nasib laaaaaa
At last kami pilih jer gerai yang kosong..
Tapi masakannya so n so jer... pastu kami ambik siakap, kat depan tuh tulis RM38 sekilo, bila tengok resit di charge nya RM50 sekilo. Dsebabkan nak cepat, malas lah nak argue, dah bayar pun (sedar2 dah dibayar). Halal je lah kan... harapnya adalah yang akan tegur pekedai yang sedikit menipu ni...

Dari Umbai, kami terus balik ke KL, singgah jap kat Air Keroh jer untuk solat dan rehat jap. Pukul 12 malam baru sampai rumah... letihnyerrrr. Nasib baik k.long belum sekolah esoknya hihi..
JB-Larkin-Pontian-Batu Pahat-Muar-Umbai-Batu Caves = 13 Jam
Till next journey....


Regards; mila

6 comments:

  1. seronoknya jalan-jalan..
    keep on blogging sis :)

    ReplyDelete
  2. kan...suka sgt buang sampah...frust betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg frust, tak tau lah mentality camna orang yg buang sampah nih. kita sanggup simpan dalam kereta bawa balik kalau tak jumpa bakul sampah

      Delete

Love your comments...