Followers

Thursday, February 02, 2017

Gigi G.I.G.I

Assalamualaikum..

Alahai lah kisahnya gigi..
Alamak, gigi pun nak masuk blog kikiki

Masa cuti CNY arituh unplanned balik kampung ke Kuching, plan asalnya nak pergi kenduri di Melaka, pastu convoy balik ke Temerloh dengan adik2 yang lain.
.
Tapi Allah yang Maha Perancang, tetiba mak mertua tak berapa sihat plak, takleh bangun sebab sakit pinggang, jadi kami pun balik ke Kuching jer lah.
.
Itu pun banyak cerita gak... asalnya hubby nak balik sorang jer, tapi betul2 last minute balik semua.... flight pun tak sama, hubby pukul 8.40 pagi, kami pukul 2 petang. Mereput tunggu kat Golden Lounge tuh 5 jam, nasib perut di isi... dari sarapan pagi, sampailah ke lunch... buhsan dah orang nengok kami anak beranak ni melepak kat situ kut kuikui
.
.
Gigi geraham saya ni dah lama ada serpihan, dah jumpa doctor gigi kat Sharifah Aminah kat Greenwood, tapi doctor tuh suruh dating lain kali untuk consult permanent doctor kat situ, suruh buat rawatan gigi, since gigi pun dah retak. Macam biasalah acik ni kannn... susah betul voluntarily nak jumpa dentist kikiki...
.
.
Dah ada tanda2 nak sakit gigi, tapi layan jer nyut nyut tuh
Dah tuh CNY kan... mana ada klinik buka
.
Last2 Isnin tuh dah tak tahan lagi dah... Nasib baiklah klinik kat kubah ria ni buka, ramai plak orang. Dua jam jugaklah menunggu.
.
Tapi berbaloi gak lah cabut gigi kat Kuching ni... Percaya tak, kos nya cuma RM60 untuk gigi geraham ni.
Itu rate kanak2 kalau kat KL ni tau :-)
.
Bila doctor offer untuk bawa balik, cepat je acik setuju hihi

Jenuh membelek gigi ni..
Dengan gigi sebatang ni acik rasa, terlalu besar kurniaan yang Allah berikan.
Selama hampir 40 tahun berbakti, entah berapa tan makanan dah di prosesnya. Keras dan teguh, tapi retak jugak akhirnya
.
Wahai gigi gerahamku.. Terima kasih atas khidmatmu, moga kau jadi saksi yang baik2 sahaja di akhirat nanti. Maaf kerana selama ini tak nampak sumbangan mu. Atau mungkin kurang menghargai mu. Atau mungkin tidak menjagamu dengan baik.
.
Aduh syahdu plak acik..
Yer sedikit sahaja ujian buat acik ini, sakit gigi. Saat tu lah "tak nampak tanah' mencari doctor gigi :-P

Ok sampai jumpa lagi di akhirat sana cik gigi.. (kalau ikut kuliah Ustaz Ahmad Dasuki, diakhirat nanti kita akan dapat kembali anggota badan yang hilang masa di dunia ini)

Sampai jumpa lagi kawan2.. hargailah gigi anda... cheeewahhh pesanan penaja


Regards; mila

4 comments:

  1. sedihkan hilang gigi. kita pun dah ilang sebtg gigi geraham. anyway apakhabar awk sekeluarga?

    ReplyDelete
  2. seram tengok gigi tu..gigi sy ni pun selalu sakit huhu nampaknya nak kena cabut la jugak ni..
    nasib baik gigi geraham..boleh gak cover nanti hehhe

    ReplyDelete
  3. Selagi tak dicabut selagi itulah nyut-nyut..
    Rate di hospital kerajaan pun naik mencanak dah...

    ReplyDelete
  4. Panjang juga akar dia ye MR. Sama le kita MR, saya pun spesis seram jugak kalau nak menyerah gi dentist ni.

    Itulah....walaupun cuma sebatang gigi, tp sumbangannya amat besar bagi kita ye

    ReplyDelete

Love your comments...