Pengikut

Isnin, Mac 29, 2010

Anak

Ada org ramai anak, sikit harta
Ada org banyak harta, sikit anak
Ada org takde harta, takde anak
Ada org banyak harta, banyak anak

Kenapa plak aku nak citer pasal anak hari ni eks?
Bermula dari masa kenduri hari tu aku terdengar mak sedara (kakak arwah abah) berborak dengan makcik2 sedara mara... antara kata2nya yg aku tak bole lupa adalah... "selama ini kehilangan ibu n ayah ada perkara yg paling sedih sekali di dunia ini... tp itu sbb belum rasa bagaimana kehilangan anak... rasanya 100 kali rasa sedih dari kehilangan ayah dan ibu. Bayangkan kita dah bersamanya sejak dari dlm kandungan lg.. jadinya tak terluah dengan kata macamana sedihnya kehilangan anak"

Teringat saya pada kata2 ibu saudara suami... dia ada ramai anak..(can't remember tp lebih dari sepuluh org rasanya)... pastu di bilangnya setiap seorang yang dah meninggal dunia... lebih dari separuh dah meninggal dunia.. katanya "aku dah melalui zaman2 gembira bila anak dilahirkan, aku jugak dah mengalami masa2 sedih bila anak ku itu di ambil kembali Penciptanya, entah bila ler plak masa aku.."

Aku plak di kurnia kan hanya seorang anak setakat ini... Kata2 sinis org bertanyakan kenapa seorang anak jer mmg dah selalu di dengar.. ada yg bertanya ikhlas, ada yg bertanya memperli, ada yg bertanya sekadar pemanis bicara... honestly aku dah kekadang malas nk menziarahai new born baby sbb malas nak menjawab dah. Itu adalah lebih baik dari aku dengar segala pertanyaan dan kekadang membuatkan aku tension n kurang kesyukuran kepada Allah... menyebabkan aku lupa bahawa orang lain tuh ada yg langsung tak dkurniakan zuriat, aku seharuskan lebihkan kesyukuran atas segala kurniaannya... I have plenty of time for myself, plenty of time for my only child, plenty of time for my husband... SO..

JANGAN MENGELUH
Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
ALQURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan;
'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah')
sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2
yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN?
ALQURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu,
danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqrah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
ALQURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
ALQURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,
jika kamu org2 ygberiman.'
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
ALQURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah
(be fearfull of Allah TheAlmighty)
kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan).

'KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
ALQURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar danmengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
ALQURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan
syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
ALQURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya,
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
ALQURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'- Surah Yusuf ayat 12
Pada yg dikurniakan zuriat yg ramai... maka seharusnya lah rasa bersyukur dengan apa yg Allah berikan, jagalah amanah Allah itu sebaiknya, dan janganlah merendah-rendahkan orang lain kerana kekurangan.. sesungguhnya segalanya adalah pinjaman belaka.. tiada yg kekal selamanya.

Regards;
Rimbun with LOVE

Rabu, Mac 24, 2010

How to use TN with NV50

Just nak menambah tips kat blog nii.. sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak dikendian hari... Nak dapatkan jahitan Twin Needle yg cantik nii mmg bermasalah, kekadang buat mengabih benang jer... jahitan kembung kat tengah lerr, melompat2 ler, benang bawah bersimpul lerr.. mcm2 n kekadang kena stop jap untuk release tension. so setelah melalui segalanya.. try n error sana sini.. baru lah saya dapat kumpulkan beberapa tips yg berguna buat diri saya untuk mendapatkan jahitan TN yg cantik menggunakan my NV50
First.. gunakan TN yg betul.. either 4mm or 6mm... personally saya lebih suka 4mm.. so far saya ada 2 unit TN 4mm and 1 unit TN 6mm. Brand of the TN does not important.. satu TN 4mm tuh saya beli dengan harga RM6.50 shj... local made, but satu lagi made in Germany berharga RM20 satu. Yg 6mm tuh takde plak local made, so ada yg made in Germany shj berharga RM30 satu. Mmg nangis kalau TN nii patah.. mahal wooo nak ganti baru.

Then ensure setting NV50 betul:-
i. Guna jahitan lurus mode jarum di tengah (NO.2).. Penting sesangat untuk mengelak jarum patah (demam sebulan kalau jarum TN makcik patah wooo)
ii. Then select Twin Needle selection (yg ada gambar 2 batang jarum tuh) afterthat LED screen tuh akan tunjuk gambar 2 btg jarum.
iii. Kecilkan jarak jahitan kepada 2.0 (Default is 2.5) dengan menekan butang arrow kebawah
















Jgn lupa tukar dialing tension benang ni to antara 0-1 shj.










Now pasangkan jarum TN anda and pasangkan benang... tukar tapak kepada non-stick foot.
OK now dah bole mula menjahit.. Insyallah takde masalah lg....
List of cost for using TN:
My NV50 (or at least machine yg ada zigzag option)= RM1250 (kena masuk ke as cost eks keke)
Twin Needle = RM20 (or RM32 for 6mm)
Non Stick Foot = RM32
Benang= RM0.60

Regards;
Rimbun with LOVE

Acceptable and Not Acceptable

Ada org tanya saya.... adakah diorg penyebab saya ni nak quit from jahit2 tudung niii... Actually my previous posting tuh takde kena mengena ngan sesiapa pon... just in general bila amik upah menjahit (tak kiralah baju or what so ever) kenalah bersedia untuk terima komen dr pelanggan and melayani pelbagai kerenah pelanggan kan. Kita ni sebagai tukang jahit seharusnya terima komen dr pelanggan seadanya untuk memperbaiki kelemahan jahitan kita yg mungkin tidak disedari. And I accept the fact...

So utk diri saya sendiri... apa yg acceptable contohnya:-
- design nii mcm kurang sedap skit pakai.. something wrong kat sini or what so ever
- bukaan leher ketat (nak besarkan skit)
- bukaan leher besar sgt (nak ketatkan skit)
- tudung labuh sgt, nak pendek kan skit, kes salah pilih saiz
- kalau kes terpendek tak dapet ler nak tulun kan
Normally kalau kes2 kat atas nii aku dengan rela hati betulkan without kos.... for me biarlah aku susah skit asalkan pelanggan puas hati kan...

Not acceptable
- dlm blog kata 51cm (saya tulis +-51cm) tp actual dapat 52cm, beza 1 cm..hangin jugak satu badan kalau suruh aku buka balik jahitan tepi tudung hanya kerana +-1/2 inci lebih besar tuh...
- suruh hantar dulu tudung, tp duit tak masuk lg, mcm2 alasan plak tuh. dah hantar lambat bayar plak tuh
- bila bgtau harga, jawab camni "uih... ngapa mahal sgt...pasar mlm dapat lg murah ler" pantang betul aku dengor ayat nii... toksahler nak susahkan aku wat tudung kalau nak tudung pasar mlm... mcm ler aku harap sgt ngan duit tudung niii huhuhu (tapi dlm hati je ler aku ckp camni kekeke.. aku takut kalau terluah kang ada org terasa hati.. biar ler aku yg terasa hati dr membuat org lain terasa hati disebabkan mulutku ini)
- Memandai discount the payment... aku ckp RM35, memandai dia bg RM30 jer..., pastu kata aku dah banyak duit jual tuudung, apalah sgt ngan RM5 tuh... tudung dah amik.. huhu kut ye pon tanya ler dulu... bole tak discount....

eeeeee malas ler aku nak cerita kat sini lg dah.... yg paling pentingnya aku nak buat my own project.. yg lepas biarlah lepas ok... tak perlu diungkit lg dah. But still aku akan layan all the tempahan... setakat arini nii pon ramai jugak yg menempah walaupon terpaksa tunggu lama skit... (dah ckp closed order kan)

OK Dear All My Beloved Customer... tempahan dibuka tp maybe hanya akan siap awal or mid of April... Tuan rumah nak siapkan project untuk diri sendiri dulu hehehe: Blouse Lycra for myself, telekung for izzah, nak belajar buat kemeja for man, nak try design baru tudung syria etc etc.. sempat ke in 2 weeks nak wat semua ni eks... bedal ler labuuu...

Regards;
Rimbun with LOVE

Selasa, Mac 23, 2010

Kenduri oh kenduri..

Majlis kenduri ala kampung stail niii mmg memenatkan yet meriah. (Kalu Stail bandar.. semua pakai order je kan a.k.a catering). Starting dari hari Khamis, kami gotong rotong menumbangkan nyior rendah belakang rumah. Abih dgondolkan pokok nyor tuh supaya daun2nya tak kena atap rumah bila tumbang. Proses2 mengambil umbut kelapa tuh mmg rumit jugak ler. Nasib ler gotong royong kan..

Hari Jumaat mcm2 bende nak kena buat. Org2 kampung pon dah dtg untuk tolong2 prepare bahan2 untuk memasak niii. Kupas bawang ler, hiris bawang ler, blender lerr.. buat keje ramai2 sambil pokpek pokpek... sedar2 dah abih bogel bawang2 tuh hehehe. Start dr pagi, nak g kepasar, kemas rumah, alih sofa, alih meja TV (nak sediakan tempat bergambar sbb takde pelamin)... Hasilnya seperti dlm gambor ni lerrr. Cantik tak ??? huhuhu... ahkak ler bersengkang mata menjahit tabir tuh, pastu takde sapa plak nak hias, bok mai aku pinkan segala bunga yg ada(Ni pon bunga recycle dari segala dulang hantaran sebelum ni.. ahkak ni berjimat a.k.a. kedekut kekeke) tu dia....gambor masa kenduri (gambor kidnap dr FB sapa ni) Agak2nya mana satu tuan rumah blog nii.. ada kenai ke? Dah kurang larat nak senyum dah time ni. Nak pengsan pon ada jugak... Nampaknya ada adik beradik pompuan jer dlm gambor niii.. si izzah pon ntah kemana menghilang. Sibuk bg gula-gula kat tetamu kut (teringat zaman kecik2 dulu.. time kenduri ler paling best.. mak n abah dok sibuk tulun org... I am freeee)
Buat kenduri camni mmg banyak yg diluar jangkaan.. contohnya hari jumaat tuh, time org siang daging semua, ingatkan dah cukup nasi n lauk yg disediakan, siap aku masakan seperiuk patin masak tempoyak lg.. tak cukup jugak... (licin jugak patin masak tempoyak tuan rumah tau.. idok ler periksa sedap keee or sbb tak de pilihan kekeke) sampai kena urgently goreng ikan masin lerrr, wokey ler djodohkan ngan sayur umbut yg manis2 tuh yummy. Nasib ler tenaga kerja ramai.....

Kerja2 menggulai dilakukan pada waktu malam, so dah sampai pagi tuh mmg dah siap ler 1 kawah gulai kari daging, pajeri nenas n sambal perut. Pagi2 baru buat acar mentah n goreng ayam n masak nasi. Emmm bila tengok team masak nasi niii.. semuanya yg baya2 arwah abah dulu. Takde sorang pon org muda. Semuanya rambut dah putih. I wonder how long lg agaknya tradisi bergotong royong kenduri ni akan wujud dikampung ni. Ada ke another 10 years agaknya.... Allah lebih mengetahui

Start kul 11.30pagi dah ramai orang dtg.. semua dok cari tuan rumah.. kekekeke. almaklum my mum niii one lady show... semua nak refer kat mak (kalu refer gambor tuh dah takleh nak senyum dah...) kalau dulu dulu.. mak sibuk kat dapur, abah cover kat depan. Mak aku plak jenis yg takmo nak bawa handbag tunggu kat pintu pagar, dia jemput org ikhlas katanya, takyah nak salam2 berkaut nii... tp kalau org bg mmg amik je lah kan.

Time ni ler jumpa kawan baik masa belajar yg dah bertahun tak jumpa.. tp biaser ler.. dah part of tuan rumah, mana ada masa nak layan sgt, nak kejar kan meja pengantin lg, nk kejarkan goodies lg, nak kejarkan itu ini... rasa mcm berpinau mata niii.

Emmm nasib ler ni kenduri belah lelaki, takde nak pikirkan barang hantaran n majlis akad nikah lg. Kalau idok, mmg lg memengsan kan diri. So after this whose next? 2 of us dah selamat, tinggal lagi 5 to go. Harapnya kalau adikku yg lelaki tuh, takyah ler nak wat kenduri besar2an, takat wat doa selamat pon dah ok kut.... tp ye lah, ikut hajat si pengantin ler....

Regards;
Rimbun with LOVE