Pengikut

Selasa, Mac 23, 2010

Kenduri oh kenduri..

Majlis kenduri ala kampung stail niii mmg memenatkan yet meriah. (Kalu Stail bandar.. semua pakai order je kan a.k.a catering). Starting dari hari Khamis, kami gotong rotong menumbangkan nyior rendah belakang rumah. Abih dgondolkan pokok nyor tuh supaya daun2nya tak kena atap rumah bila tumbang. Proses2 mengambil umbut kelapa tuh mmg rumit jugak ler. Nasib ler gotong royong kan..

Hari Jumaat mcm2 bende nak kena buat. Org2 kampung pon dah dtg untuk tolong2 prepare bahan2 untuk memasak niii. Kupas bawang ler, hiris bawang ler, blender lerr.. buat keje ramai2 sambil pokpek pokpek... sedar2 dah abih bogel bawang2 tuh hehehe. Start dr pagi, nak g kepasar, kemas rumah, alih sofa, alih meja TV (nak sediakan tempat bergambar sbb takde pelamin)... Hasilnya seperti dlm gambor ni lerrr. Cantik tak ??? huhuhu... ahkak ler bersengkang mata menjahit tabir tuh, pastu takde sapa plak nak hias, bok mai aku pinkan segala bunga yg ada(Ni pon bunga recycle dari segala dulang hantaran sebelum ni.. ahkak ni berjimat a.k.a. kedekut kekeke) tu dia....gambor masa kenduri (gambor kidnap dr FB sapa ni) Agak2nya mana satu tuan rumah blog nii.. ada kenai ke? Dah kurang larat nak senyum dah time ni. Nak pengsan pon ada jugak... Nampaknya ada adik beradik pompuan jer dlm gambor niii.. si izzah pon ntah kemana menghilang. Sibuk bg gula-gula kat tetamu kut (teringat zaman kecik2 dulu.. time kenduri ler paling best.. mak n abah dok sibuk tulun org... I am freeee)
Buat kenduri camni mmg banyak yg diluar jangkaan.. contohnya hari jumaat tuh, time org siang daging semua, ingatkan dah cukup nasi n lauk yg disediakan, siap aku masakan seperiuk patin masak tempoyak lg.. tak cukup jugak... (licin jugak patin masak tempoyak tuan rumah tau.. idok ler periksa sedap keee or sbb tak de pilihan kekeke) sampai kena urgently goreng ikan masin lerrr, wokey ler djodohkan ngan sayur umbut yg manis2 tuh yummy. Nasib ler tenaga kerja ramai.....

Kerja2 menggulai dilakukan pada waktu malam, so dah sampai pagi tuh mmg dah siap ler 1 kawah gulai kari daging, pajeri nenas n sambal perut. Pagi2 baru buat acar mentah n goreng ayam n masak nasi. Emmm bila tengok team masak nasi niii.. semuanya yg baya2 arwah abah dulu. Takde sorang pon org muda. Semuanya rambut dah putih. I wonder how long lg agaknya tradisi bergotong royong kenduri ni akan wujud dikampung ni. Ada ke another 10 years agaknya.... Allah lebih mengetahui

Start kul 11.30pagi dah ramai orang dtg.. semua dok cari tuan rumah.. kekekeke. almaklum my mum niii one lady show... semua nak refer kat mak (kalu refer gambor tuh dah takleh nak senyum dah...) kalau dulu dulu.. mak sibuk kat dapur, abah cover kat depan. Mak aku plak jenis yg takmo nak bawa handbag tunggu kat pintu pagar, dia jemput org ikhlas katanya, takyah nak salam2 berkaut nii... tp kalau org bg mmg amik je lah kan.

Time ni ler jumpa kawan baik masa belajar yg dah bertahun tak jumpa.. tp biaser ler.. dah part of tuan rumah, mana ada masa nak layan sgt, nak kejar kan meja pengantin lg, nk kejarkan goodies lg, nak kejarkan itu ini... rasa mcm berpinau mata niii.

Emmm nasib ler ni kenduri belah lelaki, takde nak pikirkan barang hantaran n majlis akad nikah lg. Kalau idok, mmg lg memengsan kan diri. So after this whose next? 2 of us dah selamat, tinggal lagi 5 to go. Harapnya kalau adikku yg lelaki tuh, takyah ler nak wat kenduri besar2an, takat wat doa selamat pon dah ok kut.... tp ye lah, ikut hajat si pengantin ler....

Regards;
Rimbun with LOVE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Love your comments...