السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Warming up mood jahit yang suam2 kuku ni..
A KitchenAid Cover
Order yang dah sekian lama, actually this is last order in the list yang saya plan nak siapkan sebelum puasa.
Tapi... disebabkan saya dilanda selsema yang teruk sampai sebulan-sampai deria bau pun hilang huhuhu- (lepas balik dari Jakarta arituh)... maka time badan tak sihat, entah berapa kali dok tenung kain ni hihihi... padahal simple jer, tapi idea macam dok kena blok... penangan badan tak sihat kan...
Apa pun... terima kasih kepada cik pelanggan yang memahami dan sabar menunggu.
Cabaran buat kerja kreatif ni camni lah kan.... kena berfikir, bila badan tak sihat otak pun jadi beku.
Cabaran buat baju orang plak kena ukurannya betul, kalau tak kang tak sedap pakai.. betul tak cik2 tailor semua..
Sulam gambar mixer tuh saya dapat free pattern from Juliasneedledesigns
At first nak combine fabric Dessert Party ni dengan plain black.. tapi nampak mcm gelap sangat, so the best combination yang elok di mata saya adalah denim. This is soft denim.
Actually its a pocket.. boleh letak resepi banyak2 dalam ni hihihi
Ini bahagian belakang
Dan gambar bawah ni bahagian dalam... polkadot dark pink gitu... both boleh digunakan.
Oklah.. setakat ini dulu saya melaporkan dari bilik jahitku yang masih malap, suram dan kelabu ahaks!
Ada beberapa order menunggu... tapi saya baru nak buat listing ni.
Pada yang dah email order masa puasa dulu (or sebelumnya) silalah confirm balik yer, saya "malu" nak follow up sebab takut macam memaksa plak (boleh tak gitu!)
Yerrr.. saya memang camtuh, kalau customer senyap jer, saya assume tak jadi.. takut customer malu nak cakap tak jadi hihihi.
Wassalam....
Regards;
cantik
BalasPadamcantik kak!
BalasPadamtak sihat ek kak.. jgn lupa makan vitamin ek... :) take care kak!
MamaD, yang tak sihatnya before puasa arituh... itu yg ada order yg drag tuh
BalasPadamLa ni akak dah ambik vitC, so far alhamdulillah.. ada skit2 jerebu baru ni tak rasa sgt nak batuk, skit2 tuh adalah jugak
Pelan-pelan warm-up Mila. Lepas raya apa pun sikit malap biasalah tu. Tapi dlm pada malap hasil yg dibuat sgt menceriakan.. Cantiklah:)
BalasPadamCantik kak Mila jahit. Corak fabrik cantik.
BalasPadamKalau customer senyap, lepas 3 hari, biasa yati follow-up, tanya, masih berminat kah? Bagi pilihan kat dia, kalau dia berminat, dia reply, kalau lepas 3 hari tak de respon dari pihak dia, kita anggap order tak jadi. Bukan pushing, sebab kita niaga, nak tahu sape serius, supaya dapat prepare material barang nak siapkan tu, kalau dah habis. :)
Thanks kak zakie...
BalasPadamSebenarnya kalau dah dok dlm bilik jahit, semangat tuh akan dtg jugak, tapi bila dluar bilik jahit, rasa malas jer nak masuk hihi.... biasalah kan. weekend pun penuh dgn jemputan open hse
Thanks Yati
BalasPadamBetullah cara yati tuh.. kena follow up. lg pun kekadang brg yg customer pilih tuh ada org lain plak yg kenan kan.
Yang ni sebab akak dah cakap awal2 masa before raya arituh, sila email balik sbb order tutup masa bulan puasa. Tapi at the same time akak rekomen jugak suruh tanya kawan2 yg lain, kut kalau urgent n ada rezeki kawan2 jugak :), itu yg malu nak follow up tuh hihi
cantiknya cover tu... kalau Amy nak tempah satu boleh?
BalasPadamHilmirda, insyaallah boleh. tapi kena bagi ukuranlah, takut model lain2 ke.. saiz x sama plak kan. Boleh email saya.. tapi kain yg sama dah habis lah
BalasPadam