Pengikut

Khamis, Ogos 29, 2013

A KitchenAid Cover

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Warming up mood jahit yang suam2 kuku ni..

A KitchenAid Cover
Order yang dah sekian lama, actually this is last order in the list yang saya plan nak siapkan sebelum puasa.
Tapi... disebabkan saya dilanda selsema yang teruk sampai sebulan-sampai deria bau pun hilang huhuhu- (lepas balik dari Jakarta arituh)... maka time badan tak sihat, entah berapa kali dok tenung kain ni hihihi... padahal simple jer, tapi idea macam dok kena blok... penangan badan tak sihat kan...
Apa pun... terima kasih kepada cik pelanggan yang memahami dan sabar menunggu.
Cabaran buat kerja kreatif ni camni lah kan.... kena berfikir, bila badan tak sihat otak pun jadi beku.
Cabaran buat baju orang plak kena ukurannya betul, kalau tak kang tak sedap pakai.. betul tak cik2 tailor semua..


Sulam gambar mixer tuh saya dapat free pattern from Juliasneedledesigns
At first nak combine fabric Dessert Party ni dengan plain black.. tapi nampak mcm gelap sangat, so the best combination yang elok di mata saya adalah denim. This is soft denim.


Actually its a pocket.. boleh letak resepi banyak2 dalam ni hihihi

Ini bahagian belakang 

Dan gambar bawah ni bahagian dalam... polkadot dark pink gitu... both boleh digunakan.

Oklah.. setakat ini dulu saya melaporkan dari bilik jahitku yang masih malap, suram dan kelabu ahaks!
Ada beberapa order menunggu... tapi saya baru nak buat listing ni.
Pada yang dah email order masa puasa dulu (or sebelumnya) silalah confirm balik yer, saya "malu" nak follow up sebab takut macam memaksa plak (boleh tak gitu!)
Yerrr.. saya memang camtuh, kalau customer senyap jer, saya assume tak jadi.. takut customer malu nak cakap tak jadi hihihi. 

Wassalam....

Regards;
 

10 ulasan:

  1. cantik kak!
    tak sihat ek kak.. jgn lupa makan vitamin ek... :) take care kak!

    BalasPadam
  2. MamaD, yang tak sihatnya before puasa arituh... itu yg ada order yg drag tuh
    La ni akak dah ambik vitC, so far alhamdulillah.. ada skit2 jerebu baru ni tak rasa sgt nak batuk, skit2 tuh adalah jugak

    BalasPadam
  3. Pelan-pelan warm-up Mila. Lepas raya apa pun sikit malap biasalah tu. Tapi dlm pada malap hasil yg dibuat sgt menceriakan.. Cantiklah:)

    BalasPadam
  4. Cantik kak Mila jahit. Corak fabrik cantik.
    Kalau customer senyap, lepas 3 hari, biasa yati follow-up, tanya, masih berminat kah? Bagi pilihan kat dia, kalau dia berminat, dia reply, kalau lepas 3 hari tak de respon dari pihak dia, kita anggap order tak jadi. Bukan pushing, sebab kita niaga, nak tahu sape serius, supaya dapat prepare material barang nak siapkan tu, kalau dah habis. :)

    BalasPadam
  5. Thanks kak zakie...
    Sebenarnya kalau dah dok dlm bilik jahit, semangat tuh akan dtg jugak, tapi bila dluar bilik jahit, rasa malas jer nak masuk hihi.... biasalah kan. weekend pun penuh dgn jemputan open hse

    BalasPadam
  6. Thanks Yati

    Betullah cara yati tuh.. kena follow up. lg pun kekadang brg yg customer pilih tuh ada org lain plak yg kenan kan.

    Yang ni sebab akak dah cakap awal2 masa before raya arituh, sila email balik sbb order tutup masa bulan puasa. Tapi at the same time akak rekomen jugak suruh tanya kawan2 yg lain, kut kalau urgent n ada rezeki kawan2 jugak :), itu yg malu nak follow up tuh hihi

    BalasPadam
  7. cantiknya cover tu... kalau Amy nak tempah satu boleh?

    BalasPadam
  8. Hilmirda, insyaallah boleh. tapi kena bagi ukuranlah, takut model lain2 ke.. saiz x sama plak kan. Boleh email saya.. tapi kain yg sama dah habis lah

    BalasPadam
  9. cantik kak...siap bersulam lagi tu ;)

    BalasPadam

Love your comments...