Pengikut

Jumaat, Mei 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

16 May 2014
Setiap tahun kita semua celebrate hari guru hari ini kan...
Bukan main gembira anak dara saya arini, takde kelas katanya, semalam pun takde homework.. amboi sakan nak sambut Hari Guru yerr

Macam biasa ler.. bila hari guru, tak sah kalau takde hadiahkan..

Malas nak susah-susah fikir, buat sendiri jer lah.. kalau nak membeli kang, panjang benor beratur malam2 nak hari guru ni.. betul dak..
 Sesambil mengasah bakat menyulam...

Ok I have learned something.. see sulam kat atas tuh, yg ada epal tuh, itu first. Then baru buat baru yang belah bawah tuh. 

Ok.. kalau sulam kat tuala, silalah cari huruf yang gemuk-gemuk yerr (kasi cukup makan hihi), baru nampak jelas, cun dan kemas. Kalau huruf kurus tuh, malap dan padam bila bulu2 tuala tuh menutupnyer huhuhu

seorang cikgu akan dapat hadiah yg lain skit, special ke tak entahlerr, ada satu coin purse tapi dapat sekali dengan bookmark tuh.
Ini semua untuk guru2 sekolah kebangsaan yer.. sekolah agama belum lagi nihh adoiii..

Dibungkus sempoi jer yer... tak koser nak cari kertas wrapper bagai


Terima kasih buat semua guru-guruku (guru sekolah, guru ngaji, guru menjahit, guru memandu etc etc)
samada yang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia. Moga Allah rahmati & memberkati mereka semua, tanpa budi  dan jasa mereka, siapalah saya..

Terima kasih juga atas kesabaran dan ketekunan guru2 kepada anakku... saya sendiri tak termampu nak mendidik mereka seorang diri tanpa kalian.

Terima kasih cikgu

Regards;
 

10 ulasan:

  1. jasa guru... x terbalas...

    btw kraf tu smua cantik2 sgt...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Tips yang tak seberapa kak.. beginner forever nampaknya saya ni

      Padam
  3. salam...terima tempahan tak utk towel mcm gambar atas ni?cantik..berapa harga 1 piece eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. minta maaf, saya tak terima tempahan, sekadar buat untuk diri sendiri jer
      boleh try tanya rozy kat sini http://arryrozy.blogspot.com/

      Padam
  4. Huruf yg gemuk benang kena lebihlah sikit mila
    Tapi cantik:)
    Cikgu-cikgu Izzah juga yg untung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer betul tuh kak.. banyak benang guna.. kejap jer dah kurus hihi

      Padam
  5. suka la cikgu izzah dapat hadiah yg cun ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa plak nak tanya apa jadi dengan hadiah nih hihi

      Padam

Love your comments...