Pengikut

Jumaat, Mei 16, 2014

11.05.2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Tarikh yang dah lama berlalu, baru ada kesempatan nak bercerita

Apa istimewanya 11th May?
A woman, for first time celebrate her mother's day 12 years ago..
and a man become a father in a mother's day 12 years ago.


Tahun ini dah plan nak celebrate in different way, bukan lagi nak buat birthday party or nak bawa jajan/kek ke sekolah
Kemana kita?

Kita ke Kidzania... horayyy
Panjang cerita pasal kidzania nih.. plan asal nak bawa BFF sorang nih, tapi seminggu sebelum tuh kelahi plak kuikuikui. (saya memang tadah telinga jer bila dia cerita pasal kelahi, merajuk semua nih... bukan boleh layan sangat, sambil tuh bagi ler jugak kata nasihat skit2 skit kan.. banyak sangat karang kata kita tak faham plak)
Dah tak tau nak ajak siapa lagi, di ajaknya BFF sekolah agama (macam2 peringkat BFF aderrrr). Dah yang sorang ni setuju, berbaik plak dah dengan BFF sorang nih adehhh..
Akhirnya kami setuju jer la... bawa ler kedua2 BFF tuh sekali join ke Kidzania. Nasib baik parents diorg ok, bagi greenlight. Lagi pun dah cakap dah, dont worry about tiket masuk dan makan, kalau nak beli cenderahati sendiri tuh jer yang mungkin perlu duit sendiri

Pada hari kejadian.. bukan main lagi sukahati budak 3 orang nih hihihi. Excited!
Walaupun dari Batu Caves ke Kidzania tuh just takes about 20 minutes jer, tapi this is our first time... the day before dah sibuk2 cari info camna konsepnya dalam kidzania nih. Dah baca2 barulah dapat gambaran tapi dalam banyak2 cerita kat blog semua ni.. satu yang tertinggal..(or aku yang tak paham kut hihi) Pasal camna kekdahnya dalam sana.

Ternganga2 jugaklah kami, nasib baik ada yang tolong terangkan. Rupanya setiap station tuh ada nilainya. Mungkin boleh dapat kizzo (earn income) ataupun mungkin kena spend your kizzo (kizzo ni matawang dalam kidzania, masuk2 jer dapat 50 kizzo)

So kalau nak cari duit, boleh pergi station(ai lupo apa namanya panggilan station nih) yang akan bayar upah mahal. Contoh station pos laju, lepas buat kerja dapat upah 10 kizzo. Jadi ahli bomba rasanya 10 kizzo jugak.Kalau jadi model pertunjukkan fesyen (pukul 1 tghari) akan dapat 15 kizzo.

Kalau lapar plak, ada beberapa tempat yang boleh spend kizzo, macam kat marrybrown ni, spend 15 kizzo, buat burger sendiri dan boleh makan. Tempat2 lain macam sushi king pun ada, boleh buat sushi. Di station Ayam Brand boleh buat cupcake.
Macam-macam ada ler.. nak jadi pilot or paramugari boleh masuk Airasia, nak jadi doktor boleh ke KPJ, nak jadi technician boleh ker TNB, etc etc.
Mula2 kami ikut jugak diorg, last2 tak larat weih! Duduk jer kat Parent Lounge, ada sofa dan ada jugak PC & internet access. Boleh plak saya tertidur kat situ hihi

Ni jadi pemberita plak kat TV8


Dah lapar...cari makan dulu (ini masuk Marrybrown, tgh prepare nak buat burger)


Kemudahan surau jugak ada, walaupun kecil jer, tapi agak selesalah.
Kalau parent nak makan ada jugak gerai jual makanan, sajer ambik makanan korea, with halal cert kat restoran tuh tau.

Jadi doktor kat KPJ plak dah.. ni dah last, dah 4.15pm dah.


Kalau nak tau.. kamilah orang pertama yang masuk arituh hihii.. sampailah habis pukul 5 petang baru keluar (sessi ahad selalunya 10 am - 5 pm) tapi tak dapat nak cover semua station. Rasanya dalam 10 station jer yang sempat diorg pergi. Itu pun memang takde beratur panjang. Takat tunggu 5 - 10 minit jer pun (kebanyakan tempat boleh terus masuk)
Menurut cerita yang saya jumpa kat blog, kalau time cuti sekolah, kena beratur panjang kat each station. Oh! cant imagine
So kawan2.. kalau bercadang nak kesana, silalah pergi pada bukan cuti sekolah yer. Dan juga.. rasanya avoid hari yang ada 2 session, rugi 2 jam tuh (boleh refer kat website kidzania)

Oh ya... pada yang memikirkan bajet kesana... mungkin boleh ambil peluang discount 30% untuk pembayaran menggunakan credit/debit card CIMB, tawaran sah sehingga 30 September 2014 (uihhh macam iklan gitu kan)
Arituh kami masuk dengan 2 dewasa dan 3 kanak-kanak patutnya kami bayar RM60x3+RM35x2=RM250.00
Tapi dengan discount 30% tuh, kami bayar dengan harga RM175 sahaja. Ada kupon free... popcorn, donut, gula2, face art dan sekeping gambar (gambar ni shj kalau beli sekeping RM25 yerr.. kalau beli 3 = RM60.00)


Kepenatan sudah... apa pun birthday girl berpuashati dengan hadiah nih... pastu kan.. dapat jugak handphone baru dari ayah kan kan.. buku dari ummi.. brooch dari cu.. 

Sekian dulu... wassalam

Regards;
 

9 ulasan:

  1. happy belated birthday buat anak dara Mila..seronok budak2 pegi situ..kaksura tak berkesempatan lagi bawak anak2..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok budak2 kesana.....cuma kena spend the whole day lah kan, kalau sejam dua tak berbaloi

      Padam
  2. wah.. tq mila for the info.. pekak dah telinga dengan bujangan ni nak ke KIDZANIA nih... meehaaa.. jom la berjimba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. mesti diorg excited nak kesana. Memang best sebab mereka boleh belajar sesuatu. Bukan macam g taman tema ler... Izzah ni dok terfikir nak pergi lagi nih.. ayahnya macam ok jer, tapi kena pergi before 30september lerr.. boleh dapat discount.
      Kalau azu takde kad CIMB, boleh bawa bungkus cadbury jugak, dapat 25% discount. Boleh tengok kat fanpage kidzania

      Padam
  3. wahhhh hadiah yg paling best tu....

    BalasPadam
  4. Seronoklah anak dara Mila ye.
    Anak dara kakak pergi juga masa labour day hari itu.
    Macam-macam kerjaya dicuba. Anak-anak seronok macam ini Mila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak, seronok sgt2... diorg boleh belajar cari duit sendiri. Kalau duit dah sikit kena cari kerja hihihi. dah banyak bolehlah nak makan or nak belajar ker

      Padam
  5. Seronoknya! Nak bawak abak dara ni kena tunggu dia besar sikit baru dia seronok kot.

    BalasPadam

Love your comments...