Followers

Monday, September 15, 2014

Makan dan makan..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Good morning..
Mood cuti, tapi pergi jugak kerja. Yang bestnya jalan clean n clear
20 minit jer dah sampai ofis..
Cuti sekolah + esok public holiday kan.. mesti ramai yang sambung jer bercuti harini.

As at today.. saya dah pun 23 weeks 5 days..
Dah hampir nak masuk 6 bulan dah... another 16 weeks to go
Si kakak ni memang excited sangat dah nak tengok baby, nak main dengan baby. Hari2 dok risau nanti baby nak tinggal dengan sapa, risau sebab tengok baby kat taska tuh selalu kena marah dan kekadang dibiarkan menangis oleh bibik.  Ni buat seriau nak hantar taska nih... Sikakak jugak sibuk melobi suruh umi duduk rumah jer.. ahaksssss

Macam biasa, cerita seterusnya, cerita pasal makan kiki... mana ntah perginya projek craft.
Pagi2 bangun tido jer perut dah berkeroncong, baby kat dalam pun dok tendang2 hihihi
Asal lapar jer mesti aktif menendang. Nak bgtau dia lapar jugak ler tuh
Umi ni dah makin montel... dari dulunya 49kg, now dah 59kg huuhuu


Yang ini plak roti puri, kawan2 WA group suggest resepi nih.
Memang sedap ler roti puri nih, rupanya kat kedai mamak ada jual gak. Si Izzah makan sampai berkeping-keping, last2 tinggal sekeping jer untuk ayah, nasib dapat diselamatkan sekeping tuh hihi

Sajer nak letak resepi, sebagai ingatan diri sendiri, sebahagian saya dah alter skit dari resepi asal...

ROTI PURI

3 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
2 SB susu pekat manis (bancuh sekali dengan air)
1 SK yis kering
3 SB minyak jagung
Sedikit garam

Campur semua dalam bekas kecuali air. Masukkan air sedikit2 sampai adunan boleh diuli. Rehatkan sekejap, Bulatkan kecik2, nipiskan dengan tangan dan goreng dalam minyak panas.

#Air tuh memang kena masukkan sikit2, arituh saya masuk semua sekali, kena tokok tambah tepung plak sebab agak lembik
# Nipiskan dengan ketebalan sederhana (agak2 1/4++ inci kut), kalau terlalu nipis jadi rangup plak, kalau terlalu tebal, tak kembong plak
#Boleh makan dengan kari ayam/daging or macam saya, makan dengan sambal sardin. Izzah plak makan dengan gula
# Disebabkan adunan agak lembik tuh, herot2 roti puri ku hihih... tak berapa cun. Lelain kali bole sedikitkan air dan buat bulat2.. cun2 :-)

Dah masuk musim kenduri kahwin kan... walaupun belum cuti sekolah. Setiap minggu ada jer jemputan. Semalam kami ke Jln Semarak, next week balik kampung, ada kenduri saudara plak...

Selamat pengantin baru pada yang akan melansungkan perkahwinan
Selamat semuanya yerr
Wassalam...


Regards;
 

4 comments:

  1. Jgn kata Izzah tak sabar nak tunggu baby, kakak yg dapat tahu dari awal pun teruja sama.
    Mama yg teruja sama apa lagi asyik kena tendang ye... baby pun cerdik lapar tendanglah apa lagi hihi... dpt makan puri senyaplah:)

    Kakak tak pernah buat tau puri ni... biasa beli aje.

    ReplyDelete
  2. Macam nak cuba pulak roti puri ni Mila.. nampak sedap tu.. esok cuti boleh cuba ni :)
    Kakak dah tak sabar nak tengok baby ye.. anak akak Nabil pulak sibuk suruh bagi dia adik adooiiii :D

    ReplyDelete

Love your comments...