Followers

Monday, November 30, 2015

Setahun Berlalu

Assalamualaikum wrt

Setahun berlalu
Syukur Ya Allah
Di atas kurniaan Mu

Moga Asfa Maryam jadi anak yang solehah, Moga Asfa berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, Moga Asfa bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh, Moga Asfa akan melahirkan zuriat yang soleh & solehah yang menyambung kalimah Allah di muka bumi ini.
Aminnn


Panjang plak bebelan umi yer..
Masa mengandungkan asfa tahun lepas, umi berharap dalam hati agar dapat anak lelaki. Ala2  mungkin last dah kut mengandung, umur pun dah nak masuk 4 series lagi setahun dua ni hihihi
Tapi Allah rezekikan Asfa, a girl, tetap jugak umi syukuri, sebab tuh ummi nak jugak nama Maryam. Moga jadi solehah sperti Maryam binti Imran. Samalah kan..., Hanna mengharapkan bayinya lelaki, tetapi Allah bagi perempuan, satu satunya nama wanita yang terpahat dalam alQuran.
Asfa ni  budak baik...
Tidur awal malam, jarang bangun kecuali minum susu
Tak suka botol susu, tapi suka nenen hahaha, walaupun susu umi ni ala kadar jer kekdahnya. Umur dah setahun, tapi masih lagi guna botol susu kecik jer, Kalau buat susu lebih dari 3oz, mesti tak abih. 3oz tu punkadang2 2 kali minum baru abih
Sekarang dah ada dua gigi atas dan bawah, gigi sebelah tuh baru nak muncul gak dah
Dah selera makan,

Asfa yang ummi sayang
Happy Birthday...


Regards;

9 comments:

  1. Sanah helwah Asfa. macam baru kan Mila tahu-tahu dah bear dah:)
    Insya-Allah Asfa ni kain putih. Kalau dicorakkan apa pun ia akan jadilah corak itu
    Moga impian umi dan keluarga menjadi kenyataan. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... rasa mcm sekejap jer masa berlalu

      Delete
  2. alhamdulillah kejap dah setahun....ada rezeki dpt lelaki pula...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. batuk makcik kat sini dengornyer kikikiki...

      Delete
  3. comel asfa maryam, takda rambut saa cam makcik google kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. rambut tuh tak pernah potong/cukur sejak dari lahir. Sebab memang takde rambut, camna nak cukur.

      Delete
  4. Selamat hari lahir asfa maryam.. semoga menjadi puteri solehah.. amin... :)
    Kak.. semoga dikurniakan Allah seorang putera kelak.. amin.... :)

    ReplyDelete

Love your comments...