Pengikut

Khamis, Mei 24, 2012

In 2 and 1/2 hours...

Plan asal saya malam tadi adalah nak siapkan order.. ada sikit lagi, pillowcase dan bolstercase yang perlu di siapkan, dan lepas tuh bolelah proceed siapkan quilt yang satu lagi.

Tapi si Izzah ni dok remind pasal hadiah hari guru sekolah agama dia esok.. ayoyoyo.. dia dah cakap dari last week lagi, tapi sebab bizi sangat hujung minggu arituh, terus saya lupa.. dannn jadi urgent ler plak

Dah pikir2 kan apa yang paling simple nak buat, sekali makcik tuh nak beg plak dah.. aduzzzz
So ini je lah hasil jahitan saya dalam masa pukul 8 hingga 10.30 malam... semuanya start dari potong kain yerr... from scratch. Pilihan kain pun Izzah yang buat.
Beg kereta tuh nak bagi ustaz, saya buat quilted bag, simple jerr
Beg biru bunga2 tuh untuk ustazah, saya dah malas nak potong batting, so saya buat drawstring bag sahaja, sesuai sangat kalau nak isi telekung niii


Dan yang ini plak pencil case. Saya guna waterproof fabric CathKidston, ikut tutorial Diaryof a Quilter on oilcloth zipper purse. Senang sangat sebab tak de guna lining, interfacing or even batting.

Fabric ni takan pecah kat hujungnya (fraying), so no worries.. plus sturdy bag on its own
Tuan punya beg ni dah tidur, tanpa sempat siap, bangun2 untuk ke toilet terus tanya beg2 dia ni siap tak hahaha... agaknya dia mimpi beg ni kut.

Oklah.. harapnya ustaz dan ustazah gembiralah menerima hadiah yang tak seberapa ini. Jasa anda tidak terbalas dengan hadiah sebenarnya.

Mana hadiah untuk cikgu2 sekolah kebangsaan plak? Saya korek tong handmade jer lah, pilih mana yang si Izzah kenan... bertuah sungguh anak ku itu

Regards;

4 ulasan:

  1. Sama la mcm adibah n aiman. Nyai derang kata.." mcm x nampak mama bawak perut"
    Nak jgk adiah pencil case tk cikgu dia...tapi kak su demand...sorang bg 1 cikgu yg faberet je! Bukan semua cikgu...

    BalasPadam
  2. waaa... hebat... tu la kalau maknya da "mak rempit" jap aje menjadik.. kalau saya.. uhuh merangkak cam siput.. hehehe belum lagi part meretas...

    BalasPadam
  3. baru ni anak2 saya beli kan marker pen warna warni dengan pen merah jer untuk cikgu .pencil box tak jadi kasi ....heheheheh

    BalasPadam
  4. wahhh!! memang bertuah cikgu izzah!

    BalasPadam

Love your comments...