Dengan bangganya (oitt apa bangga2 plak ni!) oh tidak, dengan tanpa segan silunya saya nak share meja makan saya yang lama ini dengan kulit yang baru..
Meja makan ni penuh dengan nostalgia, beli masa baru kawin. Masa tuh kami ni hidup agak susah, tinggal di tumah sewa yang ada 2 bilik sahaja. Gaji bulanan saya sebagai audit asst. pun cuma RM1k ahakss!.. nowadays.. gaji kerani pun lebih dari ini kan. Jadi bila beli barang, pricing was the main criteria plus no hutang2, semua mesti cash term, sanggup kumpul duit dulu baru beli barang. Rasanya kami beli meja makan ni dengan harga tak sampai pun RM200.00.... murahkan. Compare to my friend yang masuk rumah arituh... meja makan dia je dah RM6k.. fuh keciknyer daku. Adoiii melalut sudah.
Zoom skit bawah meja, camnilah keadaan fitted table cloth tuh... rasanya kalau kawan2 tengok ni, mesti boleh imagine camna nak buat kan. Bila fitted camni, taklah alas meja tuh bergerak bila ditarik. Selamatlah skit
Zoom skit kat depan dan belakang kerusi tuh... tak banyak pleat sebab takut tak cukup kain.
Rupanya memang betullah tak cukup. Yang last tuh skirtnya ditampal2 dan sambung2 (lucky that patchwork is my cup of tea kan) so memang tak nampak sgt bersambung, unless belek betul2.
Ada ramai jugak teman crafter yang email saya on cara nak buat slipcover ni... untuk tidak menghampakan, maka saya buat tutorial simple ni. Bare in mind, this is my first attempt in sewing this, dan dengan berjayanya menjahit 6 kerusi sekali hahaha.
Material yang diperlukan :
Kain about 11 meters or more untuk 6 kerusi +tablecloth (better lebih sebab saya menggunakan 10 meter, cukup2 jer, dan depend pada saiz kerusi anda jugak)
1. Lukis pattern penyandar dan juga tempat duduk. Saya terus lukis pada fabric, alternatif lain, boleh jugak lukis diatas kertas
You need : 2 pieces untuk penyandar, dan 1 piece untuk alas tempat duduk dan 1 piece of fabric for skirt, I just cut at WOF. Untuk skirt, make sure to add at least 2 inch from the height of you chair, arituh saya ukur 17 inci, pastu tambah 1 inci jer seam, last2 dapat ngam2 betul. so terpaksalah tambah kain kain kat bahagian bawah
Additional info : saya buat ada padding, so saya perlukan 1 piece of fiber of each (penyandar+tempat duduk) and lining. But in this tutorial, that step omitted
Gunting kain dengan 1 inci seam allowance (perlu besar skit sebab boleh adjust kalau ketat)
Layer both penyandar dan jahit sekeliling (line hijau muda). Jangan lupa tinggalkan 1/2 inci tanpa dijahit (seperti dalam gambar di atas)
Bahagian depan dicantumkan dengan alas tempat duduk (see.. reason kenapa kena tinggalkan 1/2 inci tadi, senang nak jahit alas tempat duduk dan skirt nanti)
Saya trim excess fabric dengan pinking shear jer, malas nak jahit tepi.
Now step nak cantumkan skirt.. saya mulakan dengan titik tengah bahagian belakang. Saya lebihkan kain untuk pleat dalam 4 inci. tapi it depends on you chair.. mungkin ada kerusi yang lurus je kebawah kan..
Jahit skirt dari belakang penyandar dan terus ke bahagian tempat duduk. Boleh jugak kalau nak letak pleat di bucu hadapan tempat duduk. Jahit sampai bertemu dibahagian belakang.
Then cut off the excess fabric and sew the beginning and ending fabric together.
Sew the pleat
Bahagian luar nampak camni..
Dan seterusnya jahit kaki skirt. boleh jugak nak letak piping or apa2 ikut kreativiti anda
Iron it before put in to the chair... dah siap
Harap bermanfaat tutorial simple ni.. Jangan lupa link kesini kalau anda guna tutorial ini untuk projek anda yer.. seronok saya.. hilang penat mengedit gambar dan mengarang ayat ... ahaksss
Pst pst.. kalau kerusi anda kerusi mahal, maybe boleh tengok tutorial ni kut http://bibbidi-bobbidi-beautiful.blogspot.com/2010/06/how-to-slipcover-henriksdal-parsons.html or kat sini http://ana-white.com/2012/05/plans/easiest-parson-chair-slipcovers
Dan kalau nak lebih kemas, boleh letak tali kat bawah tempat duduk supaya boleh di ikat. Pardon me for bad english and bad malay... campur aduk dah jadi manglish plak kan.
Byeeee
Regards;
Memang rajin sungguh Mila ni. :)
BalasPadamkak,
BalasPadammcm kosi pengantin ja kak..:)
cantik sangat.
kakcik.. kerusi tu memanggil2 suruh buat baju hihi kesian depa
BalasPadamRozy.. jom dtg rumah boleh jadi pengantin hahaha.. actually warna dan corak kain ni taklah padan sgt ngan tema simple kat rumah akak tuh, tp inije lah kain yg ada (ahakss nampak sgt menipu kan, kain banyak tp nak ada puluhan meter ni takdelah)
BalasPadamkreatif, dah macam kerusi di meja makan pengantin
BalasPadamwow.. i like it.... satu hari nanti, i could also sew for my chairs.. :)
BalasPadamsuka idea fitted untuk alas meja...tak terpikir pulak..selalu advise custommer tempah cermin meja and letak cermin atas alas meja supaya tak bergerak..Thanx mila for sharing..and the set is very lovely lah...
BalasPadamThanks yus.... Nk jadi oengantin bole dtg rumah yerrr hihihi...
BalasPadamAnic... Hope to see it one day.. Good luck... (everytime i used this word, izzah told me its too common to use 'good luck', but try to use ' break your leg' haha.... All because of oh my english at astro)
kak ros, glad that this posting giving you some ideas.
BalasPadamThanks for the compliment, i am over the moon bila dapat komen dari orang yg biasa buat deco2 ni
Mila...siap pun berseri la rumah tu ,...hehehe saya kahwin dulu meja harga 200 juga.Dah sedekah pun kat kawan dah beli meja baru juga itupun dah 5 tahun kot .berbaloi la harga dengan meja ...
BalasPadamSuzie.. agaknya saya pun patut sedekahkan jer, tapi ada ke orang yg nak agaknya yer hihi. meja ni dah berusia 10 tahun niii
BalasPadamKak Mila.. mekaceh atas perkongsian ilmu ini.. entah bila la teman nak mencubanya.. ekekekek
BalasPadamWahhhh....macam hotel nih.....huhu
BalasPadamdah lamaaaaa dah saya nak buat alas meja sendiri tapi tahap malas yang tiada bandingan... adoi...
BalasPadami like!!! thanx 4 d tutorial.
BalasPadam