السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
Motivasi pagi hari ini... marilah kita sama2 perbanyakkan selawat ke atas nabi kita Muhammad ﷺ
Dah pun di minggu2 terakhir persekolah sessi 2013 kan...
Jalan raya pun dah mula lengang. Actually bukan sahaja budak2 yang seronok nak cuti, mak bapak budak pun seronok sebab nak bercuti, pada yang kerja plak, jalan lengang jer... 15 minit sampai ofis, fuh best kan!
Last week kami ke JB... ops bukan Johor Bahru, tapi Janda Baik, Pahang
Nak kat first time taklah jugak, cuma dah lama sangat, dah luput pun dari ingatan.
Seingat saya first time kami kesana, masa 3rd year di UIA, masa tuh kami join berbasikal dari UIA Gombak, ikut jalan lama ke Janda Baik. Bermalam di Janda Baik, chalet tepi sungai, tapi dah tak ingat apa nama chaletnya... aishhh banyak makan semut kut, itu yang banyak lupo tuh kikiki
Gathering kali ini ala-ala camping, cuma khemahnya diperbuat dari papan hahaha..
Ada 8 family kesemuanya yang bermalam, manakala satu family datang daytrip shj.
Actually faciliti kat maklang chalet ni taklah memuaskan sgt pun, tapi booking online kan... tengok dalam website memanglah nampak best jer.
Keluarga yang besar dengan anak kecil duduk chalet besar, ada 1 katil queen & 2 katil single... keluarga kecil macam kami duduk A shape jer, lebih kurang besar khemah jer, bilik air pun kongsi2.
Anak2 pun seronok sesekali berjumpa... air sungai depan chalet jer pun... part tuh memang best. Sampai2 jer budak2 ni sibuk nak turun ke sungai. Tapi hujan lebat belah malam, so pepagi air nya dalam dan deras, warna pun dah macam teh susu. Masing2 dok tenung sungai... muka poyo minta kesian nak mandi lagi kakakaka
Selasa plak cuti MaalHijrah kan...
Bergather2 dengan member sebilik masa kat UIA plak, actually nak hantar quilt lilbirdie for Aisyah ni... sambil tuh gather2 sekalilah...
To be honest... bila dah lama bekerja, jumpa dengan ramai kawan2 sekerja baru, kawan2 semasa belajar jugak yang masih kekal in touch dan mesra seperti dulu...
Semalam plak... Izzah dok sibuk nak ke majlis hari kecemerlangan sekolah agamanya... dah tuh di adakan di Rawang plak tuh huhuhu.. jauhnya.
Fuh! mencabar minda betul kan.. majlis bermula pukul 2, tapi ambik hadiah pukul 5, jenuh dah tengok persembahan budak2 ni kikiki (Dalam hati dok teringatkan bilik jahit ler tuuuuuu)
Oklah,.. bizi2 pun sempat jugaklah saya siapkan Off to the Rescue niiii
Ada lagi sarung bantal yang perlu disiapkan ni sebelum di poskan kepada tuannya...
Sempat jugak memvacum rumah, mengemop lantai dapur, nasib baik anak dara ku rajin mengemop kat ruang tamu, sempat jugak masak2... buat bubur jagung+barley, basuh kain, lipat kain... fuh!!!!
Setakat disini dulu...
Till another story :)
Regards;
tahniah
BalasPadamBestnya dpt bercuti. Best juga sbb nak cuti sekolah. Yg x best kerana siapkan brg2 sekolah utk 5 anak saya ni. Thn depan semua dah sekolah.
BalasPadamsaya plak excited nak belikan kasut baru untuk izzah, pastu rasa mcm tak puas shopping brg sekolah ni sbb sikit sgt yg perlu dibeli. Since next year dah darjah 6, rasanya malas nak buatkan baju baru, pakai je yg lama, kain yg singkat saya sambung jer kikiki
BalasPadam