Pengikut

Rabu, Februari 05, 2014

2014 Trip#2 : Legoland & Melaka (Part 2)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kita sambung di sini yerrrr..

Hari kedua kami dari Tampoi ke Melaka lebih kurang pukul 3.00ptg (terbabas skit sbb seronok main dengan Wajdi)

Kami menginap di Semabok Inn, hotel bajet jugak, tapi kali ini biliknya lebih luas & tidak jauh dari bandar Melaka, cuma perabotnya agak lama, katil pun berbunyi2, sinki pun dah bocor kuikuikui. Oklah untuk tidur kan. Kami book guna Agoda jugak


Lepas check in, kami keluar ke Umbai, nak pekena ikan bakar kat Parameswara ler kononnyerrr... tapi maaakkkk aiiii... ramainyer orang. Nasib baik kami parking kat kawasan baru, Medan Ikan bakar terapung kut namanya.. lebih kurang gitulah namanya. Yang kat tempat lama tuh memang sesak gilosss.

At last kami ambik je lah mana2 kedai yg ada kosong, kalau tak silap Rose Ikan Bakar kut namanya. So and so jer lah masakannya.
Saya ambil kerapu masak 3 rasa, sotong goreng tepung & pepahat goreng berlada (Silap besar pilih menu bergoreng!) Semua masakan ni berminyak, even sotong goreng tepung tuh tak di toskan minyak terlebih dahulu, memang outlah.. total damage? RM66++.. mood kebulur, tak de gambor hihihii

Keesokkan harinya kami jalan2 di sekitar bandar Melaka, kami datang awal, dalam pukul 10 pagi, jadinya jalan tak sesak, parking anywhere you like. Tapi since banyak barang dan nak cari covered parking, kami parking kat bawah Menara Pahlawan (erkss yer kerr.. rasa macam banyak sangat nama pahlawan niii) - Total parking fee sampai pukul 4++pm adalah RM8.00

First kami masuk museum Islam (fee RM2 dewasa, kanak2 RM1), banyak jugak info... ada contoh alQuran yang mula2 ditulis, tanpa titik dan baris, wahhhh camna ianya boleh preserve sampai kehari ini, kita masih boleh membacanya dengan betul... kalaulah bukan Allah yang memeliharanya... mesti dah pelbagai version agaknya.

Rasa bersyukur sangat2 sebab Raja2 zaman kesultanan Melayu Melaka dulu menerima kedatangan Islam dengan baik, bahkan Raja2 tersebutlah yang menyokong kuat penyebaran agama Islam. Moga mereka terus mendapat manfaat dan pahala dengan adanya kita sebagai muslim sehingga kehari ini... aduh syahdu plak.

Then kami naik ke bukit St John, yang mana asalnya adalah gereja pada zaman pemerintahan Portugis & Belanda. Kedatangan kuasa Eropah ini ke Tanah Melayu sebenarnya lebih kepada penyebaran agama Kristian. Syukur mereka kalah akhirnya, dan kita yang berbangsa Melayu ini masih muslim... moga kekal anak cucu kita beragama Islam sehingga kiamat
Fuhhh!!! banyak membebel plak makcik kan!

Tempat2 lain yang kami pergi adalah Menara Taming Sari (Dewasa=RM15, Kanak2=RM10) & River Cruise (Acik lupo kosnyerr). Actually teringin nak pergi Duck Tour, tapi tiket sold out for 2 days 8-0 (Duck Tour ni adalah tour keliling bandar di daratan dan di air, guna truck yg boleh masuk air.. bestkan!, rate dewasa RM35 rasanya, tapi tak sempat ambik detail)

Atas permintaan Cik Azue & Cik Melor.. kat sini saya cerita skit pasal kos ke Legoland

Seperti yang saya cerita sebelum ini, kami sebenarnya nak guna discount kupon yang dapat dari pembelian susu Dutch Lady.. lebih kurang macam ni lah
Pic. from internet
Legoland entrance fee : Dewasa full price combo RM175.00 (utk guna kupon & Izzah boleh masuk free) + Dewasa combo with Mykad RM150.00 = RM325.00 [Combo means dry+wet park] boleh tengok detail online here 

Parking di Legoland = Rate per hour up to max RM7 per day

Tol KL - Gelang Patah : Plus=RM40++ & RM3.90 (Hiway JB Singapore kut)

Food outside Legoland (Lego Mall kut namanya) is at normal price, ada KFC, Burger King, Chicken Rice Shop etc etc...

Hotel = RM100.00 per nite (erksss Izzah dok komplen awat tak tido kat Lego Hotel jerr... dan dah deal baik punyer dengan ayah.. kalau dapat 5A UPSR, ayah belanja pergi menginap di Lego Hotel, makcik rasa nak fengsan dengornyer-equivalent to total cost trip kami ni jadinya but habih in 1 nite, check the rate here hahaha)

Harap info ni berguna untuk kawan2 yang plan2 nak kesana. Memang recommended untuk small children but bukan remaja lah (tolak tepi kepanasan tu ler kan!) Rasanya by next year mesti Izzah dah takmo kesana kut!

OKlah.. setakat disini dulu story mory in the morning glory... balik dari Melaka memang jem gilosss.. Pukul 11.30 mlm baru sampai KL ::nangesss::

Seems that this trip marks as the end of our list for this year up until Izzah finished her UPSR, plan nak ke Kuantan weekend ni sebab ada kenduri, tapi Izzah ada kelas plak on Saturday :-P

Wassalam


Regards;

8 ulasan:

  1. fuuiihh dasat... tq noh cik mila kamila... i lop u lah... senang nak memikior budget nyer.... asik2 LEGOland ajer yg budak2 nie sebut... mcm nak beli LEGO byk2 buh dlm kawasan umah nie jer bila pikiau kan cost nyer.. boleh jadi LEGO LAND juga lah kans.... boleh berkali2 main.. kah kah kah... dasat budget ciput.. gini lah... huhuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lerrr.. mmg menung jugak memikirkan kosnya. Tapi tuan pengarah besar dengan disokong cik pengarah kecik... puan pengarah ikut je lah kan hahaha.

      Kalau azu ada kupon tuh 2 keping, boleh beli 2 tiket dewasa RM175x2=RM350.. bolehlah budak comel dua orang tuh masuk free.

      Kalau nak beli lego banyak2 (yg ori lerr) lg baik g legoland kut haha, tp kalau lego tipu bolehler beli banyak2 kut azu... lego ori mahalllll

      Padam
    2. lego hat LETGO cukup lah... ahhahaha... tengok lah... budget abah nyer.. ada... adalah... tiada.. tiada lah... buat masa sekarang nie mila.. kami cuba menerapkan utk kekanak ribena tu konsep kehendak n keperluan... ada sikit yg mereka paham.. n byk lagi yg harus kami paham kan... might be one day as a gift.. tgk la... hihii...

      Padam
    3. Hihihi lego to let go yerr..
      betul tuh kena ajar mereka sejak dari kecil... rasanya saya fail bab ni...anak sorang jer... mostly yg dia minta dapat hhuhuhu.. tapi taklah terus dapat.. mcm legoland ni dah lama dia nak g...

      Padam
  2. Balasan
    1. Sangat syiok, tapi balik dari jalan2 kain baju dah setinggi gunung nak kena tarah hihihi

      Padam
  3. Nak p juga tapi x tahu bila sebab cuti sekolah dipenuhi kenduri kendara. Tapi kalau pergi accomodation free. Lega. Hahahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Accomodation free tuh best tuh
      Actually rumah adik dekat jer, kat tampoi, tapi nak sempoi jer, dok jugak kat hotel kuikui

      Padam

Love your comments...