Followers

Tuesday, February 04, 2014

2014 Trip#2 : Legoland & Melaka (Part 1)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Satu lagi projek merealisasikan angan-angan, walaupun bukanlah seperti yang di impikan... 
{yang di impikan adalah kembali ke alam semulajadi, suasana tenang dan damai di gunung or pantai :-P}
Apakandaya, Izzah masih belum appreciate semua itu, lebih suka tempat2 yang ada fake entertainment camni hihihi

Cuti CNY selama 4 hari di FT memang dinanti2kan. Asalnya saya tak berapa setuju sangat nak bercuti, sebab CONFIRM jalan jem hahaha.. tapi memikirkan Izzah nak sangat ke Legoland, plus nak ambik kesempatan umur dia masih 11 tahun, ada plak free entrance for child (dengan pembelian DutchLady milk) yang akan tamat bulan April ni.. so this is the right time to go.

Layan gambor cinonet ni je lah yerr hihihi..

Kami dari KL lepas subuh, terus direct ke JB, alhamdulillah tak jem but memang penuh dengan orang ramai di hentian. Nak makan pun susah nak dapat tempat. Nasib baik bawa bekal.
sampai di Gelang Patah pukul 12 tengahari, terus check in hotel. Nasib baik bilik dah ready, boleh check in awal, Yeah!
Kami menginap di Vintage Hotel, Gelang Patah. Budget hotel jer, first time booking through Agoda, senang jer rupanya, dan boleh pilih hotel yang murah sesuai dengan kemampuan kita BEST!
Hotel ni lebih kurang 15 minitlah ke Legoland

Bilik hotel memang tersangatlah 'comel' nyer. Kami bawa 'extra bed' sendiri jer untuk Izzah, nasib baik muat2 jer hihi. But thumbs up sebab bersih dan selesa, parking pun senang jer, dekat plak dengan restoran & kedai runcit. Cuma satu jer.. plug point satu jer, sedangkan kami ada 3 phones, 2 tablets & 1 camera yang takde bateri fuh!

Overall oklah kat legoland ni, much better and cheaper than USS, sangat sesuai untuk family yang ada anak2 kecil. Tapi kalau remaja, mungkin agak kurang permainan yang sesuai, roller coster pun taklah mencabar sangat (as per pendapat Izzah, sebab saya memang takmo naik hihihi). Dan satu lagi... tagline yang sinonim bila orang bagi review pasal Legoland.. panasssssssss

Another plus point kat Legoland.. surau yang sangat selesa... ada 2 surau yang saya jumpa. Telekung pun bersih. As compare to USS, suraunya tersangatlah tidak selesa, kecil dan tiada telekung.

Pricing for food & beverage pun oklah, plus semuanya halal certified food, tanpa ragu2 boleh makan.
Kami tak makan berat pun, sebab sebelum masuk kami dah makan di KFC di luar Legoland. Ada RM10 food voucher, kami guna untuk redeem nuggets & fun fries jer.
Kami masuk dengan combo ticket, both dry & wet park, terasa rugi plak sbb sejam jer di wet park, dah tutup. Nasib baik time CNY ni ada extended operating hours till 9pm. Lepas mandi manda di wet park, kami masuk semula ke dry park... sempatlah Izzah naik 2 roller coster, orang pun dah tak ramai, tak perlu beratur pun. Mostly tutup at 7.30pm. Lepas tuh kami berlegar kat mini land je lah, tunggu forework show on 8.20pm

Cenderamata di Legoland ni memang tokleh blah lerr regenyer kui kui... keychain paling murah pun RM10.. tu yang biasa2 ajer dan design yg sangat terhad. At last kami ambil t-shirt je lah. murah plak.. RM5 jer satu :-P

Second day.. kami memang qadha tidur hihihi. Bangun solat subuh, sambung balik tidur, pukul 11 baru check out, terus cari kacang pool pak Haji ni hihih
Tak sangka Izzah dah suka dengan kacang pool.... surprisingly kami jumpa dangan isteri pak aji.. pelakun Wan Maimunah di kedai niii :-P

Sempat jumpa dengan budak yang murah senyuman niii.. ehemm sambil dapat lunch free kan kan hihi

Lepas lunch kami ke Melaka... bersambung ke part 2#####
Wassalam :)


Regards;
 

11 comments:

  1. Macam best jer akak tengok picture yg cinonet kat Legoland tu Mila... rasa macam nak pergi jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 Yatie sekolah rendah lagi kan.. memang sesuai sangat kesini sebab banyak permainan untuk budak2, as compared to tempat lain ler. Kat water park tuh patutnya pergi seharian kut, baru budak2 puas hati...

      Delete
  2. mmm acik mila... meh la share.. berapakah budget yg perlu di adakan kalau nak polow trip ke LEGOLAND juger.. me ada teruna 2 org nie yg asik nak ajak ke LEGOLAND ajer.. tapi mokck macam x cukup nafas jer nak merialisasikan impian derang... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah nanti kat part 2 saya cerita pasal bajet k. Ingatkan orang takmo tau pasal bajet ni kikiki

      Delete
  3. yup, betul kata kuazue tu. share le berapa budget di perlukan untuk gi legoland. nanti boleh selit duit jahit bawah kain, kumpul wat bajet gi sana. kite ade 3 anak askar nih huuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi 3 askar melor mesti seronok dapat g sana niiii..
      kena wat tabung legoland lah pasni... nnt saya cerita k

      Delete
  4. waa bestnyer pi legoland...uwais ngan sara tak pernah sampai kesini lagi...ingat nak gi juga bawak dierang ni kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwais n sara mesti seronok kesana... trylah dapatkan kupon dutchlady, dapat masuk for free for kids, tp kena beli ticket full price lah

      Delete
  5. kak.. bestnya jenjalan.. lenkali gi la air terjun plak..izzah sure suka..
    saya biasa kalau teringat la kan.. akan bawak extension plug tu kalau travel.. senang... kikiki... ;)
    dan kami masih belum berjaya ke legoland.. hehe.. tunggu legoland sejuk sikit kot... miahahahaha... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kena masuk dlm list ler extension cable tuh.... tak pernah terfikir ler sebelum ni hihihi.. TQ for the idea.
      Next trip nak g pantai ler plak Ziela, nak snorkeling kerrr kan.. susah2 bnayk cekadak cik dara ni, kitorg g berdua jer lah kuikui

      Delete

Love your comments...