Followers

Thursday, June 28, 2012

Mini Jubah

Dah lama rasanya saya tak jahit baju, terutama baju lelaki. Bukan takmo jahit tapi kena banyak bereksperimen dulu, baru jadi. Kang kalau kurang sedap pakai, or tak dipakai, rasa macam kecik hati plak kan. Nak buatkan baju budak lelaki, saya takde anak lelaki.

Since last week saya testing buat mini jubah, macam jubah tapi takat lutut jer lah. Kolar pun takat bulat jer.. betul2 simple niiii hehehe

Ada berani ke tuannyer pakai?
Kain ni saya beli dah lama sangat, bertahun dah. Cotton untuk buat kemeja lelaki di Kamdar. Agak cantik kainnyer, tapi saya beli remnant sahaja. Adalah setakat 2.5 meter.
Leher tuh saya guna bias tape jer. Buat sendiri dan attach macam quilt tuh, nampak agak kemaslah (hati manyak suka...).
Hujung lengan plak plan asal saya takmau isi cuff, tapi nampak tak berapa cantik plak.. adoiiii tambah je lah (read: tambah kerja). Nasib masih ingat cara2 nak isi cuff ni...

Kenapa entah.. dah dekat2 nak cuti niii banyak benor kerja, mokcik bizi memanjang. Nasib dah tutup order quilt awal2, kalau idok, makin pening nak siapkan tempahan customer kan.

Sunday to Tuesday arituh ke Langkawi (hilang masa menjahit den)... sakanlah bershopping cekelat... tapi takde gambar lawatan yang boleh di tampal disini.. kerana apa? kerana hanya ada gambar lawatan ke loji kumbahan hihihi... tidak ada lawatan ke cabel car keee, makam mahsuri kerr.. pulau dayang bunting kerr... TIADA.
 One fine day, nak jugak ke Langkawi lagi.. boleh bawa Izzah sekali. Last time kami pergi sekeluarga 6 or 7 tahun lepas rasanya. Masa tuh Izzah belum sekolah pun, dia pun dah tak ingat kut. Banyak betul perubahan di Langkawi, terutama area pantai Chenang sana, kalau dulu dari jalan raya dah boleh nampak pantai kan, now hanya nampak kedai dan kedai. Kalau kesana malam2, dah macam kat oversea plak hahaha.. hanya nampak foreigner jerr. Yang masih belum berubah... rasanya airport kut hihi.... masih lagi takde aerobridge, kena menapaklah nampaknya. So.. naik MAS or AA, setaraf je lah.

OK salam sayang semua..

pst pst.. esok last day saya akan hantar barang, untuk sebarang pembelian dengan pembayaran yang dibuat selewat2nya malam ini. Kalau bayar esok pagi, maknanya saya hanya akan pos pada 16hb yerr. Harap maklum yer. Saya tak larat nak entertain last minute posting walaupun untuk satu dua barang sahaja, terkejar2 sangat rasanya.

Regards;
 

18 comments:

  1. akak...sy failed kalau wat leher baju mcm baju melayu tu..

    ReplyDelete
  2. cantik dah tu mila..akak nih kalo baju nih still failed kat part belahan bawah tu... konpius cemana nak buat bg dia bertindih + tertutup cantik..mok cik blajo tp dah lupa..:(

    Dah siap smua persiapan??
    akak doakan semoga mila n keluarga selamat dalam perjalanan pergi dan balik . Serta mendapat keberkatan di sana nanti...

    psttttttt: Doakan moga akak jua sampai di sana suatu hari nanti..:)

    ReplyDelete
  3. salam mila.. waaa.. cantiknya.. anak teruna saya mmg suka pakai baju camni g solat jumaat.. mmg da kena try try buat.. leher tu mmg selesa kan?? senang tak?? kasi tutorial leh?? heheheh

    waaa mila nak gi umrah ya?.. bestnya.. doakan moga kami ada rezeki g sana pulak ya...

    ReplyDelete
  4. baju dan pakaian yang sewaktu dengannya masa ditakuti untuk dicuba.. hahaha..

    Selamat bercuti kak!

    :)

    ReplyDelete
  5. Saya kat leher tu memang out kot ...hehehe tak pernah cuba lagi .Selamat berangkat ye...

    ReplyDelete
  6. umie.. yang ni kat bahagian dada jer mcm baju melayu, collar tuh tak pun, guna bias tape jerr.
    Kalau buat leher baju melayu, bukaan leher tuh kena ngam2 ngan leher, itu yg sedikit malas..

    ReplyDelete
  7. Kak Jamilah, belahan bawah kat mana tuh kak? kat leher baju ker? tak susah sgt rasanya, yang penting akak potong skit supaya kain tuh boleh keluar.. fuh susah nak terangkan in words kan hihi

    tgh buat persiapan terakhirlah ni, nasib ada 2 hari cuti weekend ni, kalau betul2 hari sabtu, kelam kelibut

    ReplyDelete
  8. Umi-Eca.. nak tau selesa ke tak kena tanya tuan yg pakailah nnt hehehe. tapi leher camni senang jer, sebab guna bias tape binding jer. bahagian dada tuh sama jer mcm baju melayu. memandai sendiri jer ni, sebab malas nak buat collar hihi

    ReplyDelete
  9. MamaD.. dah cuba nanti terus jatuh chenta hihihi. maka harus dicuba dulu

    ReplyDelete
  10. Suzie... heheeh saya bahagian collar mmg out.. tapi yg ni saya guna interfacing untuk collar yg lembut, rasanya kalau try buat collar mmg ok kut. tp masa dah suntuk, tokleh nak banyak sgt eksperimennyer

    TQ suzieee

    ReplyDelete
  11. Heheheh, cantik dah ni Mila...lepas ni leh buat lagi banyak2.Dah terror membinding tlam baby...x de masalah dah kalau takat leher sikit tukan...;) Kemas...;)

    ReplyDelete
  12. ha'ah yg bawah tu ler mila..ntah tak tau panggil ape. tuh tempat kita tebuk/letak butang2 tuh... insy.. one day nak try jugak..:)

    ok mila - selamat berangkat :)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Assalam-Sy nak tanya sikit.Kalau nak modify kolar jubah Arab mcm kolar baju Melayu lelaki punya tu bolih tak digantikan mcm diatas tu..Saya lebih selesa kolar mcm atas yg lebih simple.Bagaimana nak buat-dan bolihkah lebihan kain kolar yg dibuang kita gunapakai balik utk buat kolar jenis bulat tu.Adakah mencukupi?TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh jer, tapi kena ada kain yang sama ler. Sebab kain dari kolar tak boleh nak guna semula, kena ada kain yang boleh dipotong secara bias (45 degree) untuk dapatkan kelim yang cantik

      Delete
    2. Terima kasih Puan
      Satu jawapan yg tepat.
      Kolar yg saya maksudkan tu jenis cekak musang-lupa pulak nama.

      Delete
  15. assalam sis, leher bias binding tu potong kain bape inci ye?pastu camne nk jait cantik kat leher tu ye?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap lebar 2.5 inc... lipat 2 macam quilt binding tuh. Try search quilt binding, besarnya cuma saya potong bias jer

      Delete

Love your comments...