Pengikut

Isnin, September 10, 2012

Menang 5 ribu ringgit!!!!! WOW

Kring kring..... (fuh conventional ringing phone hihi!! phone nyer pun conventional tau)

Aikk "private number".. sapa eks

Saya : Hello

Caller : Hello, Ini Puan K* ke?

Saya : Ye saya bercakap

Caller : Puan, saya buat panggilan dari Menara Celcom, Puan adalah pemilik nombor 019****** kan? [dengan dialek Indonesia yerrr]

Saya : Ye saya

Caller : Tahniah Puan, nombor telefon puan telah terpilih untuk memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak 5 ribu ringgit dari Celcom. [beberapa kali jugak ulang sebab saya tak berapa faham/dengar sangat apa yang dia kata, mungkin dialek indonesianya mmg agak jelas]

Saya : Oooo ye ke (jawapan takde perasaan hahaha, mungkin dia expect saya akan terkejut and menjerit keriangan kut)

Caller : Puan, untuk dapatkan wang tunai ini, Puan tidak perlu bagi akaun number, cuma perlu tahu puan pakai perbankan apa yer? 

Saya : Maybank

Caller : Puan tidak perlu risau, saya cuma perlukan puan untuk pergi ke ATM berhampiran sahaja, agak2 ada tak ATM maybank berhampiran puan sekarang?

Saya : Saya dalam perjalanan, tak taulah bila boleh pergi ke ATM maybank

Caller : Yang terdekat ada tak puan, berapa minit perjalanan kesana? saya akan telefon puan semula bila puan dah berada di ATM

Saya : Nak buat apa plak kena ke ATM, kalau duit saya, sesuka hati sayalah nak keluarkan bila

Caller : Puan jangan susah hati, kami takkan suruh puan keluarkan duit, kami cuma perlukan bukti yang duit puan telah sampai ke akaun puan sebagai bukti kepada pihak celcom

Saya : Aishhh bukti pindahan duit pihak banklah bagi, kalau saya ada duit 5 ribu pun kat dalam bank, mungkin itu duit gaji saya, bukan duit dari celcom... apahal plak nak saya yang buktikan (saya dah start hangin, tapi control lagi, sebab sajer nak mengabihkan credit si pemanggil)

Caller : Ini duit hadiah puan, tak sama dengan pindahan duit biasa

Saya : Aikk boleh plak bank buat polisi lain untuk transfer duit hadiah yerrr. Celcom takmo tangkap2 gambar n letak kat paper ke.. takan bagi camtuh jer..

Caller : Puan, ini prosedur kami, ini duit 5 ribun ringgit tau

Saya : Saya peduli apa dengan 5 ribu ringgit tuh, gaji saya pun banyak dari itu (hahaha tempat yang terbaik untuk menipu bongkak sombong dan riak!!!! 

Caller : Ok terima kasih

Bila dah letak terasa rugi plak tak terus layan n buat2 dah berada di ATM. actually nak jugak tau dia nak suruh kita buat camna? Nak suruh kita daftar online banking ke agaknya... or any other method?. Kalu jenis yang telefon untuk aktifkan credit card tuh mmg tau sangat, mula2 dia minta nombor credit card, lepas tuh dia minta nombor belakang kad kita, katanya itu nombor siri yang bank bagi hihihi... sorry! Aku tak bodoh.

Tak mustahil ada jugak yang betul2 tertipu dengan panggilan seperti inikan.
So kawan2, berhati-hatilah. Kurangkan rasa tamakkan duit dalam hati kita ni, penuhkan dengan rasa cinta dan mengharapkan keredhaan Allah. Moga Allah lindungi diri, family dan harta kita semua... Amin


Regards;

12 ulasan:

  1. 1st time dengar scam macam ni kak.. selalu emel2 je.. skrg dah berani telefon ek.. bahayanya.. takut kena kat mak abah kita jer.. huhuhu

    BalasPadam
  2. Betul tuh Ziela, siap tau nama n no. phone lagi. Pastu kalau orang2 tua ni kekadang tuh tak sampai hati nak kata "saya tak nak". Kena inform2 lah yer.. ini true experience, petang semalam akan dapat call ni

    BalasPadam
  3. Dulu kakcik pun pernah terima panggilan yang kakcik layan sampai dia minta nombor 3 digit di belakang kad kredit. Hai hai bai bai la jawabnya...

    BalasPadam
  4. Kakcik.. saya pun pernah dapat call camtuh, itu guna no. opis, rasanya no. phone tuh area setapak. kalau kita call balik no. tuh, mesti diorg tanya, ini sapa, ngapa call kat sini.

    saya pernah layan, tapi bagi no kredit card palsu, yang peliknya diorg tau, siap cakap lagi "eh.. akak ni salah nombor kut, kalau visa, mesti camni camni...." hehe.. dalam hati "ko tipu, aku pun tipu, suka hatilah aku nak bg no. apa"

    BalasPadam
  5. Salam Mila, saya pun pernah dapat.. tapi sms.. sy called balik dia.. dia kata dia kat bangunan Astro.. (kebetulan kakak saya keje kat Astro) kakak sy kata xde langsung tingkat yang dia kata tu.. tapi memang dialek Indon.. hubby suruh buat polis report.. sy lak malas nak lalui proses tu.. tah polis layan ke tak.. lagipun mesti ramai da dia cuba.. rajin pulak tu, kan?? geram!! mak bapak kita boleh la baca suratkhabar ke dengar news ke.. saya risau kalau dia kacau anak remaja.. yang duit da la seciput tapi lagak kaya...sabar je la, kan Mila..

    BalasPadam
  6. Salam umi E-ca... betullah.. kalau repot polis, akan dilayan ke tak. mcm ni guna private number lagi. Jadi just share kat sini supaya kawan2 pun beringat, atau sekurang2nya, boleh ingatkan mak ayah adik kakak abang yang lain kan.

    BalasPadam
  7. Mila ..Sekarang banyak call mcm tu..kakak sya kat kampung pun pernah dapt call - bgtau dia dapat saham percuma dr syarikat ape ntah.. pastu nak tau pkai bank apa + baki acc bank ada brapa..sbg syarat .. trus hangin ler akak sya tuh .. kena tempik dgn akak sya kat tpn - trus dia letak tpn ..

    kalo dia call bgtau DC cotton tengah sale Rm10/yard kan bagus.. mau jugak tumpang terjah kedai mana?? ekekekek

    BalasPadam
  8. sy pun penah kena..lama dulu la..tp ganjaran dia lg tingi ..RM18k gitu..yg call tu lelaki indon tp sgt berusaha nak ckp style org kita, tp bunyi indon ttp ada..dia tanya acc bank apa yg sy ada...sy ckp sy ada bykkkkk acc bank..pastu mula la mintak no acc..sy pun malas nak lyn pjg2 sgt sbb tau ni percubaan nak menipu..sy ckp kat dia.."u amik la duit RM18k ni..sy kasik semua kat u..sy taknak, duit sy pun ada byk lagi" terus sy letak tepon..ahahaha

    BalasPadam
  9. Saya pernah kena juga ,Celcom n join dengan CIMB lelaki India ,tapi insuran ,saya siap cakap saya berminat tapi saya kena check dulu dengan Celcom .Dia marah juga la sebab saya nak check kan .Dia cakap dia bukan tipu lah .Tak pe nanti call balik .Saya call Celcom ,Celcom kata tak ada pun insuran CIMB dengan Celcom .Saya tunggu dia call x call sampai sudah ...tahu pun takut .

    BalasPadam
  10. kak jamilah SClover... kikiki kalau dapat promo camtuh terus melompat kegembiraan haha

    Shieda... dah dia nak menipu, kita pun kena menipu jugakler kan, baru temu buku dan ruas. Mesti kalau dia tepon 10 org n semua cakap camtuh mesti dia wat conclusion org malaysia ni kaya2 gitu hahaha

    Suzie.. yg makan cili mesti terasa pedas, sebab tu lah bila ckp nak check jer terus melentingkan. kawan saya plak kalau caller tanya pakai credit card ot not, mesti cakap semalam saya dah cancel semua kad kredit saya haha..

    BalasPadam
  11. bukan setakat tak mustahil malah ramai dah yang tertipu begini. kita doa kan lah semoga kita ni tak tertipu. dia org nak menipu pun mesti ada pelbagai kaedah, ada yg kita boleh 'bau', mungkin juga ada yg mcm betul2, so be careful ok.

    BalasPadam
  12. hrp2 x terkena. setakat ni penah dpt surat, email & sms tp dpt agak mesti sindiket tipu menipu so x layan sgt. Semoga Allah lindungi kita dr sebarang niat jahat & bala bahaya.. aminn...

    BalasPadam

Love your comments...