Pengikut

Isnin, September 09, 2013

Bebelan Monday... Ikhlas

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Its Monday again... I love Monday


Tetiba hari ini nak membebel ler plak hihi.. Nak membebel pada diri sendiri

Saya pernah begini uhukuhuk:
“susah payah aku tolong kau, bila aku minta tolong banyak benor alasan”
“time susah kitalah kawan, time senang terus dilupakan”
“Dah Berjaya, sedikit pun tak ingat nak appreciate pertolongan kita”

image from internet
Actually banyak juga terbaca keluhan orang pasal pertolongan yang tidak di dihargai ataupun tidak berbalas, termasuklah diri sendiri.
Menolong orang dengan harapan di balas, most of the time bukanlah mengharapkan penghargaan kewangan tetapi, harap agar mereka membantu dikala kita memerlukan, betul tak?

One day saya terdengar satu cerita (tak ingatlah bila), yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew kalau tak silap dalam ruangan Islam Itu Indah di ikim.fm... cerita pasal Saidina Ali & Saidatina Fatimah yang Allah nukilkan di dalam alQuran, surah al-Insan ayat 8-11

Al kisahnya pada hari pertama mereka hendak berbuka puasa,  yang ada hanyalah sekeping roti, tetiba datang seorang miskin meminta makanan, maka mereka memberikan kesemua makanan yang mereka ada
Pada hari kedua pula, ketika hendak berbuka puasa dengan sekeping roti juga, datang pula seorang yatim meminta makanan, maka mereka memberikan kesemua makanan yang mereka ada
Dan pada hari ke tiga  pula, ketika mereka hendak berbuka dengan sekeping roti, datang pula seruan agar mereka membantu memberikan makanan kepada orang tawanan, dan sekali lagi mereka memberikan apa yang ada.

(8)Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan
(9)(Sambil berkata) “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap sebarang balasan dan ucapan terima kasih daripadamu”
(10) “Sesungguhnya kami takut akan azab Tuhan pada hari orang yang bersalah berwajah masam penuh kesulitan”
(11)Maka Allah melindungi mereka daripada kesusahan hari itu dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan

INSAFLAH... percaya tak bila ada orang meminta pertolongan dari kita.. sebenarnya Allah nak bagi kita kebaikan. Seperti kisah keluarga Rasulullah ini, sebenarnya Allah nak bagi mereka kegembiraan di akhirat nanti, sebab itu Allah datangkan orang miskin, yatim & orang tawanan, untuk mereka berbuat kebaikan.
(Ya Rabbi, ceteknya perkiraan ku sebelum ini kerana menyangka bila ada orang meminta bantuan, meraka hanya ingin mengambil kesempatan dan mengurangkan harta benda ku)

Bersyukurlah kepadaNya.. kerana sebenarnya mudah sahaja bagi Allah nak bagi orang lain yang mendapat kebaikan tersebut, tetapi Allah pilih kita (Ya Rabbi Alhamdulillah).

Dan bantulah ikhlas kerana Allah, tidak mengharapkan balasan hatta ucapan terima kasih pun dari sesama manusia,  tetapi semata-mata kerana mengharapkan agar suatu hari nanti Allah yang akan membantu kita.

Sedarlah mereka itu manusia biasa yang ada keterbatasan waktu dan kudrat, mungkin di waktu kita perlukan bantuan, mereka memang betul2 tidak mampu membantu. Jadi haraplah bantuan dari Allah kerana Dia sentiasa ada, sentiasa hampir dengan kita.

Dan perlukah kita minta penghargaan dari manusia? Perlukah kita rasa kecil hati bila pertolongan kita tidak disebut-sebut? Leave it to Allah, kerana Allah tidak akan lupa kebaikan kita, sudah pasti! jika tidak di dunia, di hari pembalasan nanti ianya akan di sebut. 
Mahukah kita dik kerana mengharapkan penghargaan manusia, Allah padamkan kebaikan tersebut di akhirat nanti... padahal waktu itulah yang paling penting dan kritikal. Sedangkan di dunia ini kalaulah kebaikan kita tidak disebut, tidak luak sedikit pun kita kan.

Sekadar luahan hati buat diri sendiri yang banyak sangat kelemahannya.
Andai ada yang sudi membacanya, moga dapat serba sedikit kebaikan.

Opsss.. ini bukan part of marketing plan yer.. hihi baru2 ini saya terbaca yang kalau sesiapa yang pernah menghadiri kelas/seminar internet marketing plan, antara tips nak dapat ramai pengunjung adalah dengan banyakkan posting pasal agama. OOO patut ler yer, banyak share pasal agama kat page jualan ni... manalah ku tahu, sebab blog saya ini sebenarnya bukanlah untuk tujuan komersil. Lebih kepada perkongsian, tapi at the same time, saya turut ambil order kecil-kecilan... yang mana kekadang tuh saya lebih rasa seronok bila takde order hahahhaa.. (camno nak di komersilkan)


Regards;

4 ulasan:

  1. Kakak pun selalu ulang-ulang pada anak-anak utk belajar mengajar diri dan hati dgn keikhlasan. Hati kita kadang jahat tak sedar. Buat sikit pun harap ada balasan. Takut yg macam ini Mila..

    Moga ada kekuatan iman utk mencari keikhlasan dlm diri.

    BalasPadam
  2. hehe.. bagus perkongsian ilmu ni kak.. bukan bebelan ni.. kalau bebelan sedepa dua panjangnya.. hihihi..
    kita ni memang bukan orang komersil kekdahnyer kak.. hahah..

    tolong orang dan kongsi ilmu seperti share tutorial menjahit memang berpanjangan kebaikannya kak.. hihihi... ;)

    BalasPadam
  3. hahaha nie ler ghupa nyer kita nieh... tq for sharing... selalu juga harap.. tiada order kan... hehehehe... cam nor???

    BalasPadam

Love your comments...