Followers

Monday, August 08, 2016

Kitchen tool : Slow Juicer

Assalamualaikum..

Dah almost 3 weeks rasanya abang sado ni ada kat rumah.
Dipinang dan dibawa pulang jua setelah sekian lama survey sana sini hihii..
Almaklumlah, bajet skit ajer.. konon nak cari bawah 1k..
Tapi bila test.. ada jer tak puas hati, juice kasar sangatlah.. susah nak basuh lah.. besar gedabak sangat lah.. aishh macam2 kan.. dah takde jodoh gitu ler. Macam jugak orang nak kawin kan kuikui (lari topic plak makcik ni krikrik)

Kami beli di Maybank TreatFairs.. hubby bayar guna point dan ditambah dengan cash.
Setelah tengok Elba, Kenwood, Hurom, Kuvings... akhir sekali kami ke gerai Primada ni...
Apa yang best sampai hubby pun tertarik erks?
Acik ni tak tertarik tak per, sebab acik tak bayor kuikui
 
Juice yang smooth, tak banyak keladak
Hampas agak kering
Motor yang agak powerful
Boleh guna sebagai grinder/sorbet/icecream maker (tukar kepala jer)
Boleh guna untuk menguli (tukar kepala)
Free plak ozon sterilizer kat belakang tuh
Harga? Biarlah rahsia hihihi
Alamak buhsan bila baca review orang tapi bab harga nak berahsia plak kan...
Oklah... disebabkan saya pun memang suka mencari review orang kat internet, dan memang kecewa bila nak kena Tanya pasal harga hihi... saya bagitau je lah kan, harganya RM2400
 
Tak pastilah worth buying ker tak dengan harga tuh kan. Kuving yang new version tuh harga lebih mahal, tapi takde striliser. Hurom plak ada striliser tapi cuma boleh buat juice jer.
So far untuk juicer oklah.. tapi belum pernah cuba grinder.
Untuk menguli dah cuba dan memang ok jugaklah, untuk uli tepung dalam kuantiti yang kecil dalam 2 - 3 cawan. Dalam 10 minit, dah kenyal (nampaknya makin senyap sunyilah BM acik tuh yer hihi)
 
Nak basuh pun agak senang. Ada 5 part sahaja dan takde perlu menyental. Jirus dengan air pun dah ok. But bare in mind, saya terus basuh selepas guna untuk elak ada saki baki buah yang kering kat tapis juicer tuh.
 
Harap bergunalah review ini bagi orang yang tengah mencari slow juicer yer. feel free to ask kalau perlu maklumat lanjut (saya bukan duta Primada tau.. sekadar pengguna sahaja... dan mungkin thru time, review ini akan berubah)
Hari2 buat jus untuk hubby bawa ke opis hihihi
Terasa seronok plak
Macam2 nak cuba
 
Sebelum ada juicer ni ada juga dok terfikir, mesti perbelanjaan dapur meningkat sebab nak beli buah banyak kan...
Tapi luckily... takde lah banyak sangat pun. Seminggu mungkin tambahan dalam RM20 sahaja. Pandai2 lah matchkan buah supaya dapat hasil yang optimum.
Kadang tuh beli sayur2 seperti timun, tomato, pegaga, carrot etc kat pasar malam tak banyak pun. Tak sampai RM10 pun, tiap2 hari boleh buat juice.
 
 Selamat mengejus yer kawan-kawan


Regards;
Mila@Rimbun

4 comments:

Love your comments...