Followers

Sunday, October 09, 2016

LABUAN : Kami di sini

Assalamualaikum..

Salam pagi Ahad yang indah

Nota catatan kami bercuti ke Labuan..

Gara2 adanya offer 1k Enrich point untuk destinasi terpilih, dan kami pilih Labuan (destinasi paling jauh hihihi)

Disebabkan Biz Class pun guna 1k point juga (tapi surcharge ikut Biz Class ler yer hihihi), maka boss ambik keputusan untuk belanja kami dengan biz class. Almaklum, bos memanglah dah selalu naik biz class bila official travel, kami jer yang memang tak pernah naik biz class hihihi

Jakun skit :-P
Singgah Golden Lounge dulu sebelum fly
Wahhh best, macam makan buffet kat hotel lah.
Ada nasi, ada laksa, ada wantan mee, ada sandwich, dessert etc etc
Ikut tekak saya ni, makanannya agak sedaplah
 
Kami ambik flight petang, pukul 6.55
So sampai sana dah malam, dalam pukul 10.
Disebabkan ada khidmat airport transfer, kami minta pihak hotel ambik kami di airport.
Senang gitu.. takyah nak sibuk2 ambik teksi,
 
Sampai dah malam kan.. terus tidur jer. Perut dah kenyang makan dalam flight dan kat Golden Lounge tadi, macam ular sawa kekenyangan dah kami ni kikiki
 
Pagi2 celik mata kul 4.50am, dah masuk subuh
Pukul 6 dah cerah macam pukul 7 kat KL
 
Abih jalan2 tepi pantai adik dah teruja tengok kolam hahaha
Tapi kami plan takmo berendam kolam lagi, harini nak jalan2 dulu
Kolamnya agak besar, cuma yang tak best, kolam buka pukul 8
Bayangkan pukul 8 tuh dah macam pukul 9 kat KL ni, dah panas terik. Kalau buka pukul 7, best skitlah kan 
 
Kami ke pusat bandar, guna shuttle van provided by the resort
Ada jadualnya, so kami ambik yang pukul 1.30 petang, sebab nak solat dulu kat bilik, zohor masuk pukul 12.10.... lepas solat baru bersiap2
 
Jalan2 sesaja kat Bandar
Dari jeti kami berjalan kaki ke Labuan Walk, then terjumpa muzium Labuan
Best jugak, banyak sejarah pasal Labuan ada kat sini
Agak selesa sebab toilet dan surau disediakan, bolehlah Asfa "isi tangki" dan tukar diaper kat sini kikiki
 
Then kami ke Ujana Kewangan, shopping kompleks
Then ke Pantai apa ntah.. acik tak berapa ingat..
Jalan kaki jer weihhhh.. penat macam nak tercabut kaki dahhhh

 
Tanya2 kawan2 kat Labuan ni, dia rekemen Restoren Mawilla untuk makan seafood
Tengok review kat google pun ramai yang puashati makan kat Mawilla
Maka kami pun pilih Mawilla
Fuhhhhhh.... kalau acik tau awal2 yang Mawilla ni ada hidangkan arak, acik sanggup jalan kaki balik ke pusat Bandar tau
Dari segi servis dan harga memang oklah, tapi ini bukan restoren muslim, tiada logo halal dan diorg memang hidangkan arak
Tapi mungkin sebab review ok, ramai jugaklah muslim yang makan kat sini
Masa nak balik, hubby call teksi.
 
Ok.. ini info skit pasal teksi kat Labuan ni, harga kalau call ke taxi centre RM40 per trip, kalau call driver directly RM30 per trip, dengan rate ni, better sewa kereta kut.. paling rendah boleh dapat RM55 per day untuk Viva manual
 
Kita sambun citer.... dalam teksi tuh pakcik drebar tuh tegur kami ngapa makan kat Mawilla tuh, sebab itu restoren non-muslim, hiding arak. Terus terang kami cakap, memang kami ikut suggestion orang jer, dan tengok review kat internet huhu
 
Pagi kedua di Palm Beach
 
Hari ke2, kami sarapan dulu, pastu terjun kolam
Sarapan kat sini agak sedap jugaklah. Siap ada laksa Sarawak dan mee kolok lagi
Laksa saya rasa, dan oklah. Mee kolok tak sempat rasa sebab dok simpan ke hari last, tapi ramai sangat orang plak dah
 
Permandangan dari bilik kami... 
 
Hari ke2 kami ke Bandar lagi
Jalan2 kat kedai bebas cukai, cari coklat jer yang sebenarnya
Pastu ke pasar Labuan
Cari makanan tradisi
Ada kuih cincin yang sedap... lembut dan rangup
Beli jugak ambuyat (tak buat pun lagi tuh hihi)
Banyaknya kuih tradisi ler ada di jual kat pasar tuh
Konon nak ke taman burung dan chimney, tapi panas sangat plak, lagipun hari cuti public holiday, kalau tengok kat google map tuh , chimney tuh tutup. (Padahal tempat ni dekat jer dengan hotel)
 
Petang tuh sempat jugak kakak tengok sunset...
 
Malamnya kami ke Medan Ikan Bakar
Minta shuttle van jer hantar dan ambik kami, lagipun takde dah orang lain yg guna shuttle pun
Tak jauh dari hotel je pun, dalam 10 minutes kut
Punyalah ramai orang...
LAst2 kami ambik gerai yang tepi sekali, gerai no.4
Agak lambat servisnya, tapi Kerapu stim yang kitorg order tuh agak sedap, sayur pun sedap. Oklah tunggu lama pun
 
Disebabkan teringin nak makan ketam, saya order kat gerai no.2 (gerai no.4 ni takde ketam)
Cepat betul diorg ni, kejap je dah sampai (gerai no.2 memang ramai sangat orang, penuh meja, kena Q)
Saya order ketam buttemilk
Walllaaaa.. sedapnya
K.long makan sampai menjilat pinggan :-P
 Ini saya ambik 2 ekor ketam sederhana jer... RM12, cukuplah untuk kami makan ber3 niii
Kerapu stim, sayur kalian ikan masin, nasi 2, air 3, semuanya RM39 (kat gerai no.4)
Fuhhh terasa agak murahlah, sebab harga kerapu tuh kalau kat KL ni macam beli yang mentah jer hihi, ini siap masak dan sedap plak
 
Hasil membeli belah siang tadi..
Takdeler banyak mana pun kami shopping
Harga pun lebih kurang kat KL jer
 
Ok... hari ke3
Dah nak balik
 Overall memang ok duduk kat Palm Beach ni
Bilik besar, ada air-cond dan kipas
Bath tub besar
Makan best
Pantai bersih
Kolam besar
 
Sempat posing jap ngan Asfa dalam baby carrier
Dok kat biz class ni minum jer kerjanya...
welcoming drink
makan
minum
coffee
kudap-kudapan
 
adehhhh penuh perut acik ni tau
Masa balik ni sajer en.hubby ambik seat no.1, saje bagi Asfa luas skit ruang kat depan tuh 

Regards; mila

2 comments:

  1. seronoknyer cuti-cuti malaysia ye.. tun blom smp labuan, padahal dh duk sarawak. tiap2 kali cuti duk nk balik semenanjung je, mmg xsempat nk jln2 borneo.. hihi

    ReplyDelete
  2. Wah! Bestnya. Boleh la tambah kepada list jalan-jalan. Boleh ke Labuan selepas ni. :)

    ReplyDelete

Love your comments...