Pengikut

Sabtu, September 03, 2011

Jom Jahit Table Runner Aidilfitri

Menyahut seruan JomJahit Table Runner dari Tinihani... kali ni jahit-jahit sempena Aidilfitri eks
Due date sebelum raya kan... dan tau tak bila table runner ni siap?? hahahaa malam raya kuikui. Nasib baik tenaga kerja raya kali ini ramai, so segala rendang, ketupat, kuah kacang semuanya siap sebelum berbuka, jadinya saya ambil kesempatan untuk siapkan table runner ini khas untuk rumah bonda tercinta hihihi


Ini je lah kuih raya yang ada pon.. pattern table runner ikut suka suki sendiri jerrr.



Dan ini plak.. dik kerana kesilapan teknikal, maka ada lebihan (salah cantum lerr hehehe). dan kujadikan cushion cover.. molek benor lerr sedondon dengan table runner niii (walaupun takler molek sangat corak patchworknyerrrr yer)


Salam Aidilfitri buat semua...

Regards;
 

4 ulasan:

  1. ...shantekk....

    saya klu dah last minit ni tak denya nak patch dah.....guna sekeping tu je....hahahahahahah....tahun ni pun tak sempat buat table runner...table cover untuk meja kopi tu pun siap raya digunting dan dijahit pada hari raya ke-3...over betul!

    BalasPadam
  2. Fieda.. seronok sbb dok testing JACK (industial machine)kat kampung, laju n cepat jer buat patchwork, tp quilting mmg takleh.. asyik terbabaz jerr

    BalasPadam
  3. wah.. sempat lagi jahit malam raya.. kalau saya sudah cari bantal lah.. hehehe.. sambil tunggu turn nak iron baju raya.. ;)

    nice kak.. suka rama-rama itu.. :)

    BalasPadam
  4. Wah, sempat lagi kak Mila menjahit di malam raya. Yati sama kes dengan Zila, malam raya kalu, kena gosok baju raya.
    Cun table runner dan cushion cover tu! :)

    BalasPadam

Love your comments...