Pengikut

Sabtu, Jun 16, 2012

Telekung pink vogue :P (with tutorial)

In pink youuuuu...
senyum memanjang budak kecik sorang ni, telekung ini hanya untuk special occasion sahaja katanya.. nak berjalan jauh niii

Saya try nak tulis sedikit tutorial camna nak jahit telekung sendiri, tapi rasanya agak terbatas bila guna gambar sebegini... emmm apa yang boleh di terangkan sahajalah yer.. andai anda rasa tak paham dan nak lebih detail, silalah belajar dengan guru menjahit betul. Janganlah sayang duit, insyallah tak rugi belajar. Boleh contact kak Zai kat sini http://zairazone.blogspot.com/ untuk kelas jahit tudung dan telekung.

Untuk saiz Izzah ni, first I need at least 1.8 meter kain dengan wof (width of fabric=bidang kain) 45 inch dan dilipat dua (Untuk telekung dewasa saya selalunya menggunakan 2 meter kain dengan wof 60 inch)
Ambil telekung yang sedia ada dan potong ikut saiz yang diperlukan, dari situ boleh adjust labuh belakang atau depan, ikut kesesuaian.

Gunting alas dahi dan alas dagu
(update on 18/2/2013)
Saiz lapik atas dahi, lebar 2 inci, panjang 12.5 inci
Kedutkan sehingga 10.5 inci or boleh juga guna getah 10 inci sahaja
Lapik bawah dagu, lebar 1.5 inch, panjang 10 inci (mesti di potong serong supaya ianya stretchy
.

Cantumkan alas dagu dan alas dahi dengan menggunakan pin dan ukur/test pada muka.

Kalau dah betul saiznya, bolehlah di cantumkan keduanya

Now cantumkan body telekung dengan alas dahi bermula dari titik tengah atas kepala, hingga ke titik tengah alas dagu.


Saya sebenarnya terlupa, sepatutnya dah lekatkan getah dulu, so saya tebuk skit dan masukkan getah, dan dijahit semula

Untuk telekung ini saya buat lining bahagian kepala, sebab saya tahu, Izzah memang jarang nak pakai anak tudung, tapi saya omit step lining sebab rasa mcm agak susah nak diterangkan

Now cantumkan dari bawah alas dagu sehinggalah ke kaki telekung

Top stitch muka telekung, kalau tak buat lining, bahagian muka ni hendaklah dijahit tepi terlebih dahulu, kemudian baru top stitch


Saya guna deco stitch NV50 untuk cantumkan lining dengan body telekung

Finished.....

Kalau anda nak lebih simple, boleh tengok tutorial dari AzimaDIY di sini  ataupun MakcikRehan di sini (update on 18/2/2012), yang mana tak pelukan lapik dahi, cuma perlu isi getah jer dan lekatkan lapik dagu. Dulu2 saya buat camni jugak, tapi since dah belajar dengan Kak Zai, yang ada lapik ini lebih selesa dipakai.

Selamat mencuba yerrr

Gambar Izzah  masa di Marwah, lepas saie in July 2012, senang nak cari hihihi (update 18/02/2012)



Regards;

24 ulasan:

  1. akak teringin nak buat yg ada lapik dagu mcm ni.. selesa pakai... so far cuma beli ready made ajer. blum penah cuba buat..

    Skg ni akak nampak ramai yg pkai tudung yg ada lapik dagu jugak... mcm selesa jer nampak(mcm org p umrah+haji tu)..

    akak penah jumpa - tp saiz beso sangat... akak nak sekadar L tu ajer..insy.nanti nak try jugak.. (menghabiskan Lycra kamdar yg terkumpul ni..)

    BalasPadam
  2. cantiklah mila ...tak berani la nak cuba ...jadike...senang macam jahit tudung ke ...

    BalasPadam
  3. Kak Jami... betullah, saya pun pernah jumpa org pakai tudung ada lapik dagu, mcm nampak lebih selesa jer, saya tak pernah try lg, tersangatlah malas nak jahit tudung

    Suzie.. tak susah mana pun, kalau dah biasa jahit tudung rasanya takde masalah pun

    BalasPadam
  4. teringin nk buat.. kain dh beli tp ntah bila la nk buat.. insyaAllah, soon.

    BalasPadam
  5. assalam , makuda berkenan sgt dgn telekung yg Mila jahit tu...mila ambikla tempahan...jahitkan sepsg telekung utk makuda....boleh ke...milaa dpt pahala tau....
    kalu boleh....beritahu makuda ye...tq

    BalasPadam
  6. Tutorial ni utk saiz izzah ye? Ade x utk saiz dewasa atau bdk2 4-5 thn?

    BalasPadam
  7. EdaManAli..
    saiz lapik dagu n muka tuh sama jer untuk telekung budak (S,M,L), yang berbeza cuma selisih (overlaps) between lapik dagu n lapik dahi jer, kalau telekung yg muka kecik, selisihnya besarlah.
    saiz body telekung tuh boleh ukur pada badan budak tu jer.. yg ini pun saya tekap saiz telekung saya yang kecik...
    ini basic sahajalah, rasanya kalau dah biasa menjahit, size tak menjadi halangan sgt, yang penting tekniknya :)

    BalasPadam
  8. syukran share toturial ni..niat di hati nk try wat telekung sendiri..Alhamdulillah pagi ni dpt jumpe toturial ni..tqvm

    BalasPadam
  9. terima kasih berkongsi ilmu menjahit telekung ni. saya dan team dalam proses mencuba menghasilkan telekung sendiri. seronok rupanya menjahit ni. macam-macam boleh buat. :) semoga murah rezeki sis dan keluarga.

    BalasPadam
  10. salam..kak kalau nk letak lining dalam perlu jahit masa bila? selepas cantum awning muka dgn badan ke?

    BalasPadam
  11. Nazifa.. saya lekatkan awning n lapik dagu ke body dulu, then baru lekatkan lining. then baru jahit dari dagu ke bawah.. both lining n main body

    BalasPadam
  12. salam kak mila..pandainya la adik akak yg sorg nie..semalam saya try buat telekung tp pandai awning tu dah ukur pastu tak jahit..hahah terkial2 la makcik buat telekung smlm..tejueh2 la awning dia tu kak..hahahah

    BalasPadam
  13. kak mintak izin copy toturial ye

    BalasPadam
  14. First time kekadang ada yg tak nampak lg kut camna.. try lg eks yer yaati

    di izinkan..

    BalasPadam
  15. Assalam. Thank u very much for sharing. Dah lama plan nak buat telekung for my daughter tapi just needed some explanation on how especially tang dahi tu. My daughter ni tall for her age so kalau beli telekung budak singkat, telekung dewasa plak muka besar sangat. InsyaAllah nak cuba buat sendiri dalam masa terdekat ni. Jazakillah sis, for sharing your knowledge.

    BalasPadam
  16. Wassalam, Sama2 Nin...
    Moga bermanfaat k.

    BalasPadam
  17. as salam k.mila, bile dah cantum lining, br jahit tepi bhgn muka tu yer.. then jahit topstitch ker? xdpt byg tang lining tu....

    BalasPadam
  18. tq k.mila.. kt dok pk jahit lining mcm dress...semoga Allah membalas jasa baik akak..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum kakak..terima kasih atas perkongsiannya..sangat berguna :)..boleh saya tahu kakak guna kain material apa untuk buat telekung ni?

    BalasPadam
  20. Chacha.. yang ni guna cotton, lebih kurang kualiti yg buat baju sekolah tuh

    BalasPadam
  21. salam akak.... nak tanye kedut2 kat kepala tu buat macam mana...

    BalasPadam
  22. Jahit dengan stitch yg besar, then tarik skit2 supaya kedut. then topstitch to secure kedut2 tuh.

    BalasPadam
  23. Ya Allah beruntungnya dia dapat pakai telekung yang ibu dia jahitkan..di tanah suci pula tu

    BalasPadam

Love your comments...