Followers

Friday, November 30, 2012

Telekung chomel lagi..

Starting Tuesday, saya dok bertungkus lumus menyiapkan tempahan telekung ni, dua helai untuk saiz S, (2 - 4  tahun). Seronok sebenarnya jahit telekung ni.. Tak siap sepenuhnya, so saya plan Rabu malam saya boleh siapkan hihi.. almaklum Rabu tuh nak MC (MC tau dari awal lagi tuh)
Tapi apa jadi????
Rabu malam sampai rumah dah pukul 9, dengan mata tua hahaha. Begitu rupanya penglihatan kita masa tua nanti. Dekat tak nampak, jauh pun tak nampak... isk isk berharganya penglihatan kita ni... So almost impossible untuk menjahit.

Akhirnya siap jugak semua ini malam tadi..

Yang ini untuk Masyitah, saya buat deco stitch munger munger

Yang ini untuk Qish, dengan deco stitch ranting2

Atas permintaan Mama Qish yang nak kan seluar besar dengan ruffle sebagai ganti kain, then bila saya tanya Mama Masyitah samaada nak seluar ataupun kain, she opted for seluar jugak.
Yer lah... diorg ni pun budak kecik lagi kan, kalau nak ajar detail sangat, tak boleh nak nampak kaki semua tuh, they wont appreciate it much, yang penting diorg dah boleh ada telekung sendiri dan boleh ikut sekali bila solat.

Dah nak packing baru teringat, kue raya kuuu hahaha
Label lupa nak letak plak, label2 ni plak saya letak dalam bekas kue raya, kat bekas tuh lom tanggal price tag lg tuh haha, dah banyak sgt bekas ni (almaklum kuih raya tunjuk2 jer), nak buang sayang.

Berbalik kepada cerita mata tua saya tadi, kenapa plak lah saya bermata tua tuh?
Actually saya pergi test mata, so kena ambik ubat untuk test tersebut, barulah saya tahu yang mata saya ni tua dari umur saya, bukan tua sedikit tau, its 10 years older than my ages huk huk
Reason why? otot mata saya lemah, my eyes become lazy... sebab? saya selalu buka spek bila tengok dekat, bila membaca dan bila depan PC dan bila menjahit, my daily activity jugak menyumbang... siang tengok PC (=dekat), malam tengok mesin jahit (=dekat).. so mata tak de rehat (=pandang jauh)
Moral of the story= selalulah tengok jauh, kalau menjahit pun, lepas beberapa minit tengok jauh sekejap, bukan jauh in glance tau, try focus tengok sesuatu yang jauh.

Hopefully my eyes boleh jadi muda balik
Good luck to my eyes haha.. 

Regards;
 

Tuesday, November 27, 2012

Cer teka...


Sampai jua akhirnya.
Ada sesapa kenal apakah ini?
Cheh!! dah terpampang namanya kat gambar tuh kan.. tanya plak lagi hihi
Bought this from ebay at USD11.99 with shipping cost USD6.99
Total paid in RM is 60.50
Dah try kat Olfa blade, yang dah tumpul dan saya buat potong kertas jer. Seems improved!! but still kalau potong kain ada tak putus, nothing compared to the brand new Friskars... or else sekejap sangat saya asah kut, kena banyak kali pusing agaknya.

Till we meet again..


Regards;

Monday, November 26, 2012

Finished order..

Akhirnya siap juga...
Panjang list order ni :
1 Crib bumper
1 fitted bedsheet
2 fully covered bedsheet
2 bantal karipap (Saya buat satu kecik n satu besar skit)
6 pieces of baby binders/barut
2 pillowcases
1 bolstercase
1 Nursing cover

First time buat bumper. Harapnya oklah. Almaklum, tak boleh nak testing kat my own baby cot, sebab dah hantar balik kampung hihi. Dok kat rumah sendiri buat menyemak jer, so ada baiknya hantar balik jer. Bumper baby cot pun saya dah buang wakakaka...


Harapnya tuan punya berpuas hati...
Terima kasih bebanyak kerana order dengan saya.
Pst pst.. kain2 ni semuanya dari customer.. antara order yang sempat menggunakan kain customer tetapi as at now, saya dah tak terima kain customer.

Seronok bila dah siap satu2 order ni, rasa puas hati dan happy sangat nak hantar ke tuannya
Emmmm order list pun masih panjang tuh, ada 4 quilts to finish, termasuk a gift to my sister yang tengah tunggu masa jer tuh. Niat di hati nak sulam nama, tapi baby boy or girl tak tau lagi... so tunggulah tuannyer keluar dulu hihi

Masa browsing gallery kat phone ni terjumpa gambar ni hihi
Sapalah yang punya kerja ni.. tak lain si budak kecik tu lah kan..

Mode Izzah masih kat kampaung..

010 : Umi tengah buat apa tuh
019 : Menjahitlah
010 : Umi kenapa umi balas terlalu cepat? Ma tengah solat ma kan nak sujud yang kedua ma terkejut nasib baik ma tak de sakit jantung (exactly apa yg ditulisnya, no comma, no fullstop hahaha)


010 : Umi ma tengah hafal doa qunut ngan mak
019 : Bagus. Solat subuh hari2 inysyaallah cepat ingat
010 : umi doa kan lah okey??
010 : Umi rindu ma tak???
......
019 : Rindu
010: Kenapa umi balas lama sangat???
019 : Tadi ma marah umi balas cepat sangat
010 : Sebab ma solat tu ajer kenapa merajuk ke??? (wakakakaka)
010 : Umi balas lah cepat2
010 : Umi pg td ma nangis sbb tpaksa solat subuh (notice... the words dah shortened... makin pandai ber sms)

Habislah kredit handphone kat sms jer nampak gayanya hihi

Happy working frens...

Regards;
 

Friday, November 23, 2012

Online shopping oh Shopping Online

Panjang kan kalau nak cerita pasal online shopping niii
Kekadang kalau dengan kawan2.. bila cakap "I beli online" ada dua dua kemungkinan reaksi dari member tuh... 
satu golongan : oh online ke.. selamat ke?
satu lagi : oh ye ke.. kat mana, nak beli jugaklah
satu golongan memang tak percaya langsung dengan online shopping
satu golongan memang dah terbiasa dengan online shopping ni

dan saya ni tergolong dalam orang yang tegar bershopping online dan orang yang tegar menjual online hahahaha...

As an online shopper, memang saya banyak berhati-hati, rules of thumb saya adalah...:-
  •  beli di website yang dah ada track record kawan2, recommended baru try, dan jangan percaya sangat testimoni kat website tuh... mungkin betul, mungkin tidak
  • Tapi kalau betul2 new, yang ini saya set tolerance limit yang mana agak2 kalau failure transaction, the amount that I spend will not effect me, either barang tak dapat tapi duit kena kebas or barang tak dapat tapi kena lalui pelbagai channel untuk dapat balik refund. Bukan sampai hutang bertahun nak cover balik that spending
  • Ambil tahu market price, so that anda takan tertipu dengan harga yang terlalu murah or terlalu mahal, contoh kalau barang yang selalunya berharga RM100, now djual dengan harga RM10... agak2 boleh caya ke? but again.. depends pada your tolerance limit, kalau rasa alaaaahhh.. RM10 jer, kalau betul best jugak, kalau scam takdelah kisah hilang RM10 tuh.. then boleh lah proceed kan.. ataupun ada jugak kes yg kata harga asal RM500, now dapat dengan harga RM100 jer hihi, padahal rege sebenar orang jual cuma RM90 jerr.. hihi tipah tertipu. Penipu ada di mana2 sahaja

Alhamdulillah, Lucky me... tak pernah lagi menjadi mangsa terpilih untuk any online shopping scam ni. Kalau setakat tersalah hantar barang dan seller sanggup hantar barang yang betul kemudian tuh biasalah... saya appreciate seller yang macam tuh sebab dia memang betul2 honest.. at least I know I am dealing with human, manusia tak lari dari kesilapan kan.

Dan... saya plak at the same time an online seller.. hajat nak buka kedai kat FB, tapi hajat ni kejap terpadam , kejap terpendam hahaha... belum confident kut. Dan lebih suka dengan blogspot ni, mungkin sebab niat asal saya adalah untuk berkongsi ilmu-ilmu jahit ni sahaja, tapi turn out to be a seller.

Disebabkan saya memang tak suka kena tipu, maka sedaya upaya saya untuk tidak menipu orang. 
Even dalam menetapkan deadline pun, saya akan bagi ample time untuk saya siapkan within deadline. Tak mau janji bukan main manis boleh siap, tapi tak siap2 jugak kan. Sebab tuh kalau saya tak dapat nak buat within yang customer minta, saya lebih rela decline the offer. Kira itu bukan rezeki saya lah nak tolong jahitkan.

Begitu juga dalam pemilihan kain, sebolehnya saya nak yang terbaik, walaupun kekadang agak mahal. Dan sebolehnya, kalau customer ada mention satu2 tema tuh, saya akan usahakan untuk adakan tema tuh.

Tapi kekadang as a human ada masa saya agak ber emosi.. bila orang desak saya untuk dapatkan harga yang lebih murah.. discount and discount.. saya pun rasa down... Bila dapat kain dari customer yang bila potong dah lurus, bila jahit bengkok or pecah n bila iron kecut.. adoiii.. cabaran semuanya kan.  Mana ada kerja yang takde cabaran, dan saya cuba untuk take it as an opportunity. Takdelah besar mana pun cabaran tuh berbanding orang Palestine yang berhadapan dengan rejim zionis di Gaza sanakan.

Adoi.. panjang plak cerita saya ni.. banyak sangat cerita karang macam nak tunjuk kebaikan sendiri sangat hihi, padahal taklah baik sangat pun. Ok kita citer bende lain plak.

Lately ni mesin sulam saya ni dah hot balik.. pushing myself untuk menyulam, apa guna ada mesin kalau buat tukun tiruan je kan..

Quilt untuk AULIA

Dengan tema bellerina dan rama-rama, quilt top dah siap, sulam nama pun dah siap.. next step basting n quilting

Every 3 months I am waiting for this... suka sangat dengan majalah quilting ni, rasa macam2 majalah nak di langgan... parah poket ku gini

Happy Friday kawan-kawan....
Selamat berhujung minggu semua
Mode : Nak buat apa yer hujung minggu ni, Izzah plak di kampung


Regards;
 

Tuesday, November 20, 2012

Jom donate.. GEMA

Kita mungkin boleh tidur lena.. tapi tidak bagi mereka
Kita mungkin boleh makan dan minum sepuasnya.. tapi tidak bagi mereka
Mungkin bagi kita RM1 or RM10 or RM100 tidaklah banyak maknanya.. tapi mungkin terlalu besar maknanya bagi mereka..
Oleh itu jom... bersama kita menderma

click here untuk menderma >>>> GEMA

Regards;
 

Restock cloth pantyliner

Kepada yang berminat dengan cloth pantylinerrr....
Kat tengah tuh saya menggunakan bamboo fleece, as usual..
Bahagian sayap (wings) ada pilihan samada menggunakan flannel  (1a, 2a dan 3a) atau pun cotton (1b & 2b).
Biarpun flannel akan sedikit berbulu selepas di basuh, tetapi makin lama, makin lembut dan sangat sesuai untuk kulit. Saya dah try flannel dan jugak cotton, rasanya saya prefer lagi flannel walaupun nampak lusuh skit selepas di basuh...

Harga : RM8.50 per piece
SOLD
Email me at my.milakamila@gmail.com for detail ok

Regards;

Monday, November 19, 2012

On top of the world (Quilt for Sale)

Another ready stock quilt in the house

On top of the world -map- hihi
Quilt size : 62 x 46 inch

And below are the matching bolster and pillow
All together you will get a quilt comforter, a kekabu pillow and 2 kekabu bolsters, plus the pillowcase and bolstercase, ready to ship
Price at RM250.00 RM220.00 inclusive of postage (post parcel)
OR.. if you are only interested in quilt comforter the price is RM220.00
OR if you are only interested in pillow n bolster + the case, the price will be RM55.00
Email me at my.milakamila@gmail.com for details ok.
SOLD OUT

Regards;

Untuk Alia lagi...

Hari Jumaat lepas saya cuti.. so saya ambik kesempatan restock bantal kekabu kat rumah tuh..
Tetiba teringat plak dengan anak sedara ku yang comel tuh... teringat nak buatkan satu bantal kekabu untuk dia...
dengan fabric kucing niii.. harapnya Alia suka.. 
adoii teringat peristiwa di Madinah, Alia ditinggalkan dengan saya di hotel, sementara umi and walidnya ke masjid, sepanjang masa dia nangis, sambil tangannya pegang ekor kucing dia hihih... ekor kucing tuh mmg tokleh lepas... hihiii.. sebab tuh pilih gambar kucing yg ada ekor kucing ni tau

Ada sulaman nama

saya buat bobbin work deco stitch guna NV50.... guna benang cross stitch, so nampak timbul gitu..

Wokey.. ada sesapa nak bantal kekabu toddler size, dengan sulaman nama ni email saya yerrr.... seronok buat patchwork comel2 camni....



Regards;
 

My CR1/16N


Coding apakah itu agaknya?
Long story, I am making it short.... I found this at Yee Button, but the shop assistant dont know anything about this and said to me its just a normal footer for normal sewing machine... Jawapan yang sungguh mengecewakan..


From the shape I know its for hi-speed machine, but dont know what is the function.
Back at home, I quickly searched through the net... oh mr. google.. thank you soo much. It was actually a top stitch footer, or also known as compensation foot (what to compensate hihi)

I tried this for the quilt binding.. and here is the result

Neat back and front stitch binding..
Lesser "out of track" stitch
I love this footer.. 
I dont know it works but the  result was awesome...

Opss cerita pasal binding jer kan... pasal quilt tuh bila nak citer... hihi 
Till next entry...
Byee


Regards;
 

Wednesday, November 14, 2012

Cuti dan cuti lagi

First of all Selamat Menyambut Deepavali to all Hindus in Malaysia

Rasanya ramai yang balik kampung ataupun pergi bercuti kerana minggu ini penuh dengan cuti.. ambik extra 3 hari cuti, dah boleh bercuti selama seminggu straight kan.

Pertanyaan pertama bila saya pick up the phone in the office.. tak cuti ke???
Adoiii tak bestkan dapat pertanyaan camtuh, sebab dalam hati teringin nyer nak bercuti, malas nak pergi kerja walaupun sebenarnya takdelah nak bercuti kemana2 pun, sekadar duduk rumah, belek mesin kain dan mesin jahit jer hihi. Tapi apakan daya, cuti saya tuh dah kering kontang, tinggal 5 hari jer lagi... sayang woooo nak sajer2 cuti, baik pergi kerja dan reserve cuti untuk awal tahun depan.. kut boleh pergi bercuti jauh skit lalala

Tak banyak cerita bilik jahit harini, sekadar menyiapkan tempahan customer, actually dah siap malam ahad arituh lagi, sajer ulang tayang kat sini.. tempahan sarung bantal, sarung bolster dan bantal karipap... hari ini akan di poskan

Berbalik pada cerita cuti tadi... yeappp hari ini saya kerja, datang kerja terasa macam jalan raya tuh saya yang punya hahaa.. bestkan boleh sampai office in 15 minutes. Kalaulah hari2 camtuh??? JAwapannyer.. TAK BEST!!!!
Awat tak best plak? Hihihi sebabnya saya suka duduk dalam traffic jam.. saya suka sebab saya boleh membaca alQuran, selalunya saya baca surah2 pendek adDhukhan, alMulk, arRahman, dan alWaqiah... dah partly hafaz, tapi kena jugak jeling2.. so bila kereta takde n bawa agak laju, memang dah tak boleh jeling2 dah. So at the end, terpaksalah berpada dengan baca makthurat jer, dah itu je pun yang ada dalam otak ni.. Thats why saya suka jem....

Wokey lah... cukup2lah membebel dipagi hari ni..
Wassalam

Regards;
 

Monday, November 12, 2012

Hooded Baby Bath Towel (For sale)

Jalan-jalan on the net cari ilmu baru, tetiba terjumpa tutorial Hooded Baby Bath Towel, terkenan plak nak try
Nampak comel dan sangat praktikal untuk baby kan, selalunya lepas mandi mesti nak selimutkan baby dengan kepalanya sekali kan, so hooded baby bath towel ni memang sangat praktikal

Saya beli satu towel dewasa yang medium thick + satu towel kecil untuk hooded tuh, dan inilah dia, 2 helai hooded baby bath towel, pink for girl, and green can be for boy or girl

Saiz towel ni 27x27 inchi
Matching binding with deco stitch... comel tak?

Oklah.. saya takde baby, so terpaksalah saya pinjam baby to my baby hihi... saiz patung ni kecik skit (kut) dari actual size for newborn baby



Ada sesapa berkenan dengan towel ni?
Since saya ni takde baby... isk isk hihi, so saya nak jual jer bath towel ni at introductory price of RM45.00 each, inclusive of posting using registered post within Malaysia.
Email me for further details ok

Pink - Available-
Green -SOLD-

pst pst.. being generous me, I share some of the online tutorial that I found


Regards;
 

Sunday, November 11, 2012

Restock New Nursing Cover for Sale

Ada sesiapa berminat dengan Nursing Cover?
Ready stock in a row.. boleh untuk diguna pakai sendiri bagi yang menyusukan bayi ataupun boleh jugak di jadikan hadiah untuk teman tersayang yang baru dapat baby :)

Actually saya menjahit tempahan customer, yang hujung sekali tuh, warna hitam tuh, alang2 tambah stok teruslah kan

Ciri2 Nursing Cover ini:-
15 inches boning for peeking windows
Quilted (padded with thin batting) strap
Adjustable neck strap using 1 inch D-Ring
+-40 x 30 inches

Since saya ni takde patung, so kena cari alive model (bukan baby alive tau) hihi... kena bagi upah ni tau :P

A = Not available (tempahan customer with her own material)
B = medium weight cotton, yellow, Price RM45.00
C = Pink Butterfly, medium weight cotton, Price RM45.00
D = Pink Butterfly, medium weight cotton. Price RM45.00
E = Happy day Ikea cotton, Price RM38.00
F = Belleboo light weight cotton, donuts, Price RM45.00
G = Yellow, medium weight cotton, Price RM45.00

Price is inclusive of posting cost using registered Pos Malaysia postal services within Malaysia.
Option to add a drawstring bag to store NC at RM8.00
Email me at my.milakamila@gmail.com for further details

Regards;

Wednesday, November 07, 2012

Oh sooo simple (but sweet :p)

At last sampai jua yang di tunggu tunggu
Agak lama jugak, tapi disebabkan memang murah, maka alkisahnya menunggu lama pun ok je lah.

Inilah dia label saya yang serba baru, serba simple gitu...
Dari awalnya memang saya agak reluctant nak order label ni, almaklum, kena order 1200 pieces terus, at my current rate of sewing, maunyer kena masuk dalam wasiat harta pusaka kang hahaha... tapi bila tengok kawan2 seronok jer menampal label, baru tergerak hati nak buat label.

Saya memang nak something yang simple sahaja, no phone number, no blog address, simply my name there 
Dari mana entah saya dapat idea dengan nama rimbun ni, saya pun tak taulah. Akhirnya jadi blog... blog kesayangan hamba, walaupun tak seglemer mana kan

Opss.. cer google nama ni... terus dapat blog ni kan kan... gitu ler kekdahnya haha. 


Salam Sayang...


Regards;

Monday, November 05, 2012

Laporan bilik jahit..

First thing first... gambar yang dah lama ku tunggu-tunggu
Here it is..
Gambar Alya pakai telekung baru yang Awe buatkan. Inilah dia satu2nya anak sedara ku, yang comel, macam mak sedaranya jugak Opocotsss 
Saya buatkan before balik raya haji arituh, hadiah raya haji hahaha.. tapi bila nak pakaikan dia takmo ler plak... 
FYI Alya ni baru 19 bulan.. (kalau tak silap kiraanlah)

Dan ini plak kakak Alya haha
Jadi model Nursing Cover.. (model berbayar tau!)

Nursing cover ni saya letak corset boning kat depan tuh, +-15 inchi untuk peeking window

Saiz NC ni +- 40x30 inch.
Strap tuh quilted, letak batting nipis kat dalamnya, adjustable guna D Ring

Dan ini pula.. bantal karipap, my 2nd and 3rd attempt.

Minggu ni memang the laziest week ever.. malas sungguh nak menjahit, hasilnya cuma 2 sarung bantal, 1 bolstercase, 1 sarung tilam fitted, a nursing cover dan bantal karipap dua biji ni jerrr... kalau list down memang nampak banyak, tapinya saya ni hari sabtu dok mengabihkan masa tengok..
Dah habis 24 episode... memang agak boring (seperti pendapat kawan2 lain) tapi endingnya saya suka hihi.
Lately ni saya dah agak jarang tengok Korean Drama, rasa macam jalan cerita sama jer... boringggg.. sesekali bila LMH berlakon saya tengoklah hihi, suka action movie..
Bila dah start tengok.. sticking like a gum to my tablet.. habis segala kerja jahit menjahit tergendala..
Ohhh kawan2.. jangan tiru tukang jahit macam saya ni yerrr..

Till another story.. byeee

Regards;