Pengikut

Isnin, Mac 18, 2013

Si Tudung labuh

Selamat berhari Isnin...

atas permintaan si chomel kat rumah tuh... 
akhirnya siap jugak tudung labuh nii hihi
Nak tudung yang labuh dan boleh dibawah solat katanya, khas nak bawa masa travel...
Anak umi ni memang kreatif..

Saya guna kain jersey kat kamdar tu jer.. versi jimat cermat. Huhuhu umi ni buat untuk anak orang bukan main memilih lagi fabriknya kan, anak sendiri yang murah jer hihihi
Nak wat camna.. kena bereksperimen kan... so sapa lagi nak pakai yang eksperimen tuh kalau bukan anak sendiri..

Bahagian muka saya ikut mcm tudung sahaja, dan letak jugak lapik bawah dagu, ikut saiz lapik dagu telekung.
Saya cadangkan letak tali ikat kebelakang mcm telekung, tapi cik chomel ni tak mo ler plak. Mmg nak purely mcm tudung jer..

Aishhh berapa banyak dah entah telekung budak ni, satu untuk kat rumah, satu bawa ke sekolah, satu lagi spare, satu ni untuk travel... Tapi yang bagusnya kan.... telekung lama dia yang dah tak muat tuh, di sedekahkannya kat kawan2 yang masih boleh pakai saiz tuh hahaha... dah bagi baru tanya umi tuh... tak kisahlahkan... yang penting dia buat kebaikan (nasib baik umi dah tekap saiz tuh buat pattern telekung tuh huhu)




Regards;
 

11 ulasan:

  1. good2 anak umi..semoga sampai besar suka sedekah..

    BalasPadam
  2. Izzah seorang saja,anak2 saya pula turun temurun sekarang yang tak muat tu widad guna ....
    Baik hati izzah dapat pahala sedekah

    BalasPadam
  3. tutoriallah skit buat kita yang mata kayu ni... heh.. mata jarum hahaha

    BalasPadam
  4. Subhanallah.. bagusnya bila dia terfikir nakkan sesuatu yg memudahkan dia bersolat.. beruntungnya dia ada umi yang berbakat dan pandai menjahit.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. ...mmg cantik telekung tudung labuh ni..bgsla, kck2 izzah dh pndai bersedekah..mst menurun perangai uminye kan :)

    BalasPadam
  6. memang labuh.. hihi.. pandai dia buat request ek... hihihi... :)

    BalasPadam
  7. Kuazue... harapnya begitulah, susah skit nak ajar budak yang sorang2 ni supaya berkongsi dan bermurah hati sebenarnya.. tp nampaknya setakat ini oklah

    Suzie... tu la... kalau ada ramai cousin oklah jugak, ini cousin pun baru umur setahun, dan mereput dulu kain tuh nnt

    fiqkbe.. ameeennn...

    BalasPadam
  8. Chik Att.. boleh tengok tutorial telekung saya tuh, tak jauh beza pun, cuma tang lapik dahi tu jer yang tak perlu kedut, kiranya lg pantas n cepat siap hihi

    Nafisa81.. Thanks, Ameeen...

    Hanis Azla... bukan apa hanis, selalunya telekung budak tak disediakan kat musolla kan.. emm tetiba terfikir plak satu kerja amal, apakata buat telekung untuk budak2 dan sedekahkan di masjid/surau/musolla berhampiran kan. lagi pun kalau guna kain jersey ni murah, cepat dan agak flexible.. means tang muka tuh tak perlu betul2 ikut saiz sgt.. emmm ada sesapa nak join tak?

    BalasPadam
  9. Zira... umi nya takat sedekah ilmu menjahit kat blog ni jer hihi, itu pun skit sgt... emm umi ni kena mencontohi anak nampaknya hihi

    MamaD... request memang berlambak, malas ngan rajin jer nak layan. arituh selamba jer dia g cari kain denim akak, terus suruh wat seluar jeans untuk dia, mesti guna getah katanya, senang nak pakai... siap nak potong list order yg ada tuh hihihi... tapi still dlm list jer tuh hihi

    BalasPadam

Love your comments...