Followers

Tuesday, October 23, 2012

Cerita Telekung Comel..

Assalamualaikum kawan-kawan..
Pagi ni cerita pasal projek malam tadi, a bit excited nak buat telekung lagi, tapi Izzah dah banyak sangat telekung. Dan sejak saya cerita pasal telekung Izzah, ramai plak yang bertanyakan tempahan telekung. Saya plak, undecided, nak ambik ke tak?

At last saya ambil juga... can't resist.. tengok telekung cantik2 kat kedai, teringin nak buat satu, so ambil tempahan adalah salah satu cara untuk merealisasikannya hihihi

Inilah dia cubaan pertama saya, untuk budak umur 5 tahun, saiz telekung ni saya ambil dari telekung lama Izzah yang dah singkat, berguna jugak rupanya. 
Polkadot pink tuh sangat matching dengan solid pink, tambah plak dengan lace di hujung ruffles tuh

Saya letak strap getah dan ada lace jugak di muka
Bahagian muka ni ada lapik dagu dan dahi. Lapik di dahi menggunakan getah untuk keselesaan. Nasib ada Izzah yang boleh bagi feedback kan, yang ada getah ni lebih selesa dan boleh dipakai lebih lama. Terutama budak2 ni cepat membesarkan, kalau telekung dewasa ok kut guna teknik mcm smocking tuh.

Sorrylah.. takde gegirl 5 years yang boleh jadi model..
Telekung ni comes with a drawstring bag, tapi begnya belum siap...

Ini model 10 years old hihi.. in her favorite telekung, 
Kain yang saya guna ini agak nipis, jadi saya letak lining sampai dada. Yang pink di atas saya tak letak lining sebab kain dah agak tebal, budak2 ni kalau tebal sangat rimas n panas plak kan.
Seronok jahit telekung ni, terutama bila boleh hias sesuka hati letak lace and ruffles...
Till another story.. wassalam


Regards;
 

17 comments:

  1. cantik sangat kak
    basic ukuran nak amik kat mana ye kak

    ReplyDelete
  2. TQ NoEn, ukur telekung Izzah yg lama, masa dia 5 6 tahun gitu. Nasib baik simpan lagi

    ReplyDelete
  3. cantikkk..kaler pink lagi..so sweet :-)
    sue pun igt nak buat jgk untuk si adik, selalu berebut yang kakak punya, dh beli lace tp x de ms nk jait lagi..siapkan tempahan cust dulu..adik br setahun setengah tp sibuk nak pakai telekung bila tgk org solat :-)
    bhgn muka tu keliling dia akak letak getak ker?

    ReplyDelete
  4. The pink telekung looks so adorable! Well done on a beautiful finish!

    ReplyDelete
  5. Comelnya pink...kalau saya ni comel nak juga warna pink ...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Alololo suwitnya! dah lama nak jahitkan telekung utk Ayna saya. Kain dah beli lama tp belum kesempatan lagi. Masa oh masa! T___T

    ReplyDelete
  7. cantiknya!! akak dah lama teringin nak cuba buat telekung..tapi x buat2 pun sampai la ni..tengok telekung cantik gini bersemangat semula akak..

    ReplyDelete
  8. salam mila, buat jgak warna putih..everything white. bbrapa tempahan telekung budak yg kak zai terima, mak2 nak putih je.

    ReplyDelete
  9. Dee Sue...ada lebih kain ni saya buat untuk anak sedara, lebih kurang anak awak lah.. lom lg 2 yrs pun

    saya letak getah kat lapik dahi jer, kat lapik dagu tak letak.

    ReplyDelete
  10. Suzie... boleh jer.. comel apa.. buat melaram solat kat rumah. kalau solat kat surau tak berapa ok sgt kut... nampak berbeza sgt ngan org lain kan

    ReplyDelete
  11. Ira.. insyallah ada masa tuh.. saya siapkan telekung in few hours jer start dari gunting at 8pm, lepas maghrib, siap at 11pm++... kasi vrooommm laju skit hihi

    ReplyDelete
  12. Kak Ida... happy sewing.. insyallah jahitnya tak lama sgt hati kembang setaman tengok budak2 ni pakai telekung kita buat..

    ReplyDelete
  13. Kak Zaira... kalau telekung dewasa warna pink untuk pakai kat rumah ok kut eks. pakai ke masjid/surau tak berapa sesuai, takut mata orang dok terpandang telekung kita je hihi.. so far ini first time saya ambil tempahan...

    ReplyDelete
  14. Comel telekung budak color pink. Sweet je.

    ReplyDelete
  15. amik tempahan x? untuk 3tahun berapa harga yea

    ReplyDelete
  16. Salam Aida,
    Boleh email saya my.milakamila@gmail.com

    ReplyDelete

Love your comments...