Pengikut

Jumaat, Februari 08, 2013

I am on Monovision?

Assalamualaikum kawan2 semua..
Sepatutnya hari ini tak jem jalan kan, sebab dah ramai Chinese yang ambil cuti untuk Chinese New Year.. tapi disebabkan hujan lebat, maka terjadilah jem yang teruk di KL ni... pada yang dah bercuti tuh, selamat bercuti

Dan entry harini tiada kaitan langsung dengan craft, telekung, cloth pad what so everlah... entry hari ni berkaitan serba sedikit review on my lasik treatment. Berikutan ramai bertanya, macamana rasanya bila dah buat lasik, ramai yang nampak best jer tak pakai spek kan...
Kalau nak jawab di PM ataupun email, terpaksalah saya tulis banyak kali... kalau 5 orang email, maka ada 5 version jawapanlah plak, ada baiknya saya buat satu jawapan sahaja.. dan boleh di kongsi dengan ramai orang.

Saya menjalani lasik procedure pada Jumaat, 21 Dec 2012 yang lalu. Dimana? Di Prince Court Medical Centre dengan Prof. Dr Muhaya. I post about it here

Power mata saya sebelum lasik taklah tinggi mana, kanan 1.5, dan kiri 1.0, bagi yang power tinggi, mesti rasa dengan power camni macam tak berbaloi jer nak buat lasik kan.. dan satu tabiat buruk saya adalah suka tanggal spek bila tengok dekat... ingatkan its good, tapi its a sign of an old eye or presbyopia

Untuk lasik procedure ni Doc advised me to do a monovision.. first time dengar tuh.. apa ke mende plak monovision ni kan...

What is monovison?

Monovision corrects your vision to allow for near vision in one eye and distance vision in the other eye. This means that each eye is working independently instead of together. For monovision, your dominant eye becomes the distance eye and the other eye is used for near vision.
Full version boleh tengok di sini or boleh google jer.. banyak article pasal monovision ni.


It might be a bad news for me, but good news was... saya hanya perlu jalani lasik untuk mata kanan sahaja. Mata kiri saya tu ditinggalkan pada power 1.0 untuk tengok dekat.

Sebelum procedure lasik tuh di jalankan, punyalah dup dap jantung, takutnyerrr... ye lah... ianya mata, salah skit jer kut buta terus aku ni hahahaa... otak jahat. Tapi honestly, procedure yang sungguh simple, lama masa menunggu dari masa procedure tuh.. dan langsung takde rasa sakit. Cuma mungkin selepas tuh akan rasa kering dan agak berkabus, macam ada wap air gitu.

Disebabkan hubby jalani procedure untuk kedua mata, dan matanya agak terasa pedih, maka saya ambik keputusan untuk drive masa balik. Alhamdulillah... selamat dan takde masalah pun. Mungkin nasib baik sebab traffic jam.. time berenti boleh pejam mata jap, bagi berairmata

Tidur malam tuh yang lawak skit, nurse tuh kata, untuk nak elak dari tanpa sedar menggosok mata, maka dinasihatkan kami pakai spek mata masa tidur kikiki.... kena gelak ngan izzah jer pakai spek hitam masa nak tidur wakakaka

Sehari lepas procedure memang rasa macam pening skit, sebab otak asyik ingat dua mata ni berbeza.  Tengok jauh dengan cahaya yang terang memang takde masalah.. semua nampak terang benderang jer.. tapi come to hari malam or tengok dekat fuh.... mencabar betul. That weekend saya try siapkan quilt untuk Wajdi guna satin stitch applique guna NV50... yuhuuuu memang mencabar, kekadang dok tutup sebelah mata untuk tengok lurus ke tak jahitan, nak masukkan benang pun tak betul hahaha

Come to office on Monday, bila buka PC, mak aiiiii... am i making a correct decision to do lasik? everything seems double... saya take a deep breath and go out for a walk.. kengkonon pergi beli breakfast hihi..
Then slowly tengok with one eye, then another eye, then open both, baru boleh tengok.
Dan agak memalukan jugak bila salah tengok  angka 3 jadi 8 hahaa.. siap dah email someone for correction and clarification awat budget tak cukup... rupanya daku salah tengok nombor... maluuuuuuu

So I would say, for the first 1 week, lasik ni ibarat indah khabar dari rupa...
dan saya spare my spectacle, kanta kanan tuh dibuang, dan kanta kiri tuh masih ada, incase tak boleh nak adapt dengan new vision.
Since both of us on the same treatment (me n hubby), so kami saling motivate ourselves. Percaya tak.. spec tuh saya tak pernah guna pun..  dalam hati kuatkan semangat dan cakap pada diri sendiri, aku takmo lagi dah pakai spec...

Dan sekarang.. dah lebih dari sebulan...saya dah pun tak ingat pasal mata saya ni... dan saya boleh melihat dengan terang, mungkin maknanya otak saya dah pun menterjemahkan apa yang dilihat tuh sebagai satu objek kut. Well... mungkin saya tak bolehlah nak mengintai dengan mata kiri kut eks hihi.. tapi saya dah tak perlukan spec untuk drive, dan jugak tak perlukan spec untuk membaca... menjahit tooo. Now dah takde masalah untuk masukkan jarum walaupun melihat dengan dua mata. kira oklah tu kan.

Mengikut kata Doc... it takes about 3 months to adapt, mungkin after 3 months it will be better than today... who knows. Tapi saya rasa memang perlu ada positive attitude untuk kita serasi dengan new vision ni. Kalau  google "complication on lasik monovision" ni.. sampai ada yang kata terfikir untuk bunuh diri tuh, fuh... teruk betul. Its either the doctor menjanjikan sesuatu yang perfect, maka patient pun expect it to be perfect ataupun memang kurang positive attitude kut.
Saya suka dengan cara Prof Muhaya yang mana beliau memang tak menjanjikan perfect vision, dan sikap beliau yang positif tuh menjadikan kami juga positif.

wah wah... panjang cerita... dan perlu ingat tau.. ini pandangan orang yang mendapat rawatan sahaja, bukan medical practitioner yang tau pasal medical terms ni... layman (erkss woman) view sahaja ok. Harap ada manfaat sedikit sebanyak.

Kalau anda dah lebih kurang umur saya, yang mana for sure doctor akan recommended for monovision, sebab kalau perfect vision, lepas setahun dua, anda terpaksa cari reading glasses plak... dan anda rasa, you are positive enough untuk bersusah2 skit untuk adapt dengan monovision ni, maka bolehlah teruskan niat untuk buat lasik. Kalau rasa macam tak boleh nak adapt, baik teruskan dengan spek mata shj. Arituh saya dok terfikir... agaknya kalau nak rasa dulu camna lepas lasik tuh, ada baiknya try pakai contact lense dengan sebelah terang (dominant eyes), sebelah lagi try power 1.0 (non-dominant eyes) hahaha.. just terfikir jerlah.

The rest consult your doctor ok...
Wassalam

Regards;
 

3 ulasan:

  1. oooo... gitu kisahnya.. ada juga cabarannya ek.. kalau la saya buat lasik (kalaooooo) mahu saya amik cuti panjang... sampai boleh adapt.. hihihi... ;)berangan... hihihi

    thanks for sharing kak.. :)

    BalasPadam
  2. MamaD... cuti tuh kena tolak annual leave yer... sebab doctor bagi MC cuma on the day operation tu jer, kalau buat hari Isnin, Selasa tuh dah kena g kerje hihi

    BalasPadam

Love your comments...